Pages

Showing posts with label Cinta dan Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Cinta dan Perkahwinan. Show all posts

Apr 7, 2011

Ciri-ciri Lelaki Di Sukai Isteri



Ciri-Ciri Lelaki Di Sukai Isteri




1) Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

2) Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

3) Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

4) Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

5) Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada Isterinya itu. Satu masa, Isteri berharap agar lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

6) Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya



Itulah 6 tip mengenai ciri-ciri lelaki yang disukai Isteri. Selepas ni bolehlah anda cuba-cuba untuk mendalaminya dan memahami dengan lebih mendalam supaya anda bersedia untuk mengharungi saat-saat bahagia.




InsyaAllah,


Wallahua'lam


Hujjati Qalam



Mar 19, 2011

E-Book : Nota Berkahwin Semasa Belajar - Dari Pelajar Untuk Pelajar



E-BOOK : NOTA BERKAHWIN SEMASA

BELAJAR

(Dari Pelajar Untuk Pelajar)





Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya, E-Book ini telah berjaya disiapkan!


Sekarang Sudah Memasuki Fasal Akhir!


Dimana E-Book ini akan di nilai dan di semak oleh Pensyarah-Pensyarah Dari Fakulti Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM, khas bawah Jabatan Undang-undang Keluarga Islam dan Sivil.


InsyaAllah, akan muncul seawal-awalnya pada awal bulan
April 2011
ini....!




Kandungan E-Book Ini Adalah :


1) Cara-cara @ tips meminta Izin daripada Ibu Bapa untuk Kahwin


2) Ciri-ciri Calon Suami dan Isteri


3) Bagaimana mahu mencari dan mengumpul duit sebagai seorang pelajar.


4) Cabaran dan Kelebihan Berkahwin Semasa Belajar


5) Persediaan-persediaan untuk majlis perkahwinan (Bermula dari 12 Bulan Sebelum Tarikh Nikah)


6) Peranan dan tanggungjawab seorang Suami dan Isteri


7) Tips untuk Ibu Mengandung


8) Prosedure-prosedure untuk Kahwin (borang-borang dan Ujian Test HIV)


9) Dan, macam-macam lagi..........................................................
.
..



Khas Untuk Kemudahan Anda!!

Nantikan Kemunculan dan Keluarannya Dari Saya!!!



Dari Minda :

Hujjati Qalam





Feb 13, 2011

Ciri-ciri Calon : Antaranya

Ciri-ciri Calon Pasangan : Antaranya....



"Ustaz, sempena hari terakhir ini, bagilah saya 1 nasihat atau tips...." minta saya dengan gurauan nakal. Biasalah, hari itu adalah hari yang terakhir bagi saya ketika berada di Madrasah KubangBujuk.

April, Memori ini tetap basah dalam ingatan walaupun sudah 6 tahun berlalu, iaitu pada akhir bulantahun 2005 sebelum menyambung belajar ke matrikulasi UIAM, Petaling Jaya.

"Hish, awak ni.... Ada-ada je... Tadi yang Ustaz berleter panjang lebar tu ape? Tak dengor ke?" kata Ustaz Wan.

Ustaz Wan adalah seorang ustaz muda yang berumur 29 tahun dan masih belum lagi mendirikanrumah tangga. Beliau merupakan seorang Guru tasmi' hafalan Quran di sebelah kelas saya.

Penerampilan dan gaya beliau yang sentiasa memakai serban ke mana sahaja beliau pergi telahmenarik minat saya untuk mendekati beliau tambahan pula beliau adalah graduan Pondok.

"Ala ustaz.... tu nasihat. Ni saya nak mintak tips pulak" beritahu saya dengan muka yang tersengih-sengih.

"Haa, tips pe pulak?" tanya Ustaz Wan.

"hehe.... Tips cari calon.." luah saya secara spontan dengan perasaan malu-malu. Hahaha

Tidak di nafikan lagi, Ustaz Wan ni memang seorang yang mempunyai banyak tips-tips dannasihat. Jadi, mana mungkin akan saya lepaskan peluang untuk membongkar tips-tips yang dimilikinya.

'"Ye la, umor saya kan semakin meningkat nanti, dan time blajar kat U ni lah peluang nakmengintai-mengintai' calon... he he he" tambah saya lagi.



"Hish gatal...! Orang masuk U, nak belajar. Awak masuk U, cari calon pulok doh" kata Ustaz Wan dalam ketawa kecilnya.

"Ala Ustaz ni, menyelam biarlah sambil minum air skali. Tak salah kan? Share la sikit ustaz...." minta saya dalam nada yang nakal.

Secara ringkasnya, antara banyak-banyak tips dan perkara yang Ustaz Wan share dengan saya, terdapat 1 perkara yang menarik untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan sekalian dalam mencari calon.

"Awak cari seorang yang dengar cakap dan nasihat awak. Apabila awak mengarahkannya @ suruhnya buat sesuatu, ia terus melaksanakannya dengan segera tanpa banyak soal dan sebarang bantahan."



"Dan seseorang yang tidak menunjuk-nunjuk kepandaiannya di hadapan suaminya. Apabila suaminya tersilap, ia akan terus memberikan pandangannya dengan penuh hikmah dan halus. Tapi, bukanlah dengan cara melawan."

"Dan carilah seseorang yang menjadikan suaminya sebagai seorang Raja nescaya dia tidak akan dapat jadi Queen Control" Kata Ustaz Wan.



"Kalu macam tu, saya kena cari yang jenis Ustazah la, kan?" tanya saya dengan penuh musykil.

"Oh, tidak! Tidak semestinya... Carilah yang mengamalkan agama dan sedia menerima tunjuk ajar dari awak. Kerana, tidak semestinya yang Ustazah-ustazah tu tergolong di kalangan orang yang mengamalkan agama dan sedia menundukkan dirinya di hadapan suami"

"Kadang kala, ada juga dikalangan Ustazah-ustazah yang 'Control' suaminya dan melawan cakapsuami. Bahkan, silap-silap dia pula yang akan keluarkan dalil-dalil dari Quran and Hadith untuklawan cakap awak. Akhirnya, awak pun jadi Pak Turut dan dia menjadi Queen Control" kah kah kah ketawa Ustaz Wan.

"Jadi? kalu camtu, macam mane nih?" tanya saya dengan keliru.



"Yelah, sebaik-baiknya, cari lah di kalangan yang :

1) nampak macam ustazah atau,
2) Islamic atau
3) memang ustazah,

yang mana di antara mereka ini memang amalkan agama" tambah Ustaz lagi.

"Kalu macam susahla Ustaz, cam mane saya nak tau..." dahi saya terus berkerut-kerut dengandi selubungi 1001 persoalan




"Lor, apa pulak yang susahnya..... Awak pilih la betol-betol dan lepas tu awak jalankan la ujian saringan" sengih Ustaz Wan.

"Ujian saringan? Macam mane tuh?" bertambah lagi la kepala saya menjadi kusut dan pening.

"Senang je... Ok, Macam ni, first, awak buat ......................... Second, ..........................................., Kemudian ........................................., Lepas tu, ..........................................." bagitahu Ustaz Wan dengan penuh strategi.

"Fuh, hebat jugak Ustaz Wan ni....." Bisik hati kecil saya.


*Untuk mengetahui langkah-langkah dengan lebih lanjut tentang Nasihat dan Tips-tips dari Ustaz Wan yang panjang lebar ini, sila nantikan keluaran E-Book dari saya nanti..

Nantikan Kemunculannya......



Dari Minda :

Hujjati Qalam



Jan 26, 2011

Makluman : Pelancaran E-Book Kahwin Semasa Belajar


Makluman : Pelancaran Buku E-Book


Salam

Terima Kasih kepada semua yang respond kepada Article Perkahwinan Semasa Belajar.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Perkawinan Semasa Belajar, Hujjati Qalam telah merancang untuk melancarkan sebuah E-Book bagi menguraikan segala permasalahan bagi sesiapa yang mahukan jawapan.

Semuanya adalah hasil tulis tangan dari Minda Hujjati Qalam, berdasarkan pengalaman beliau dan rakan-rakan, rujukan dan pengetahuan.

Nantikan!!


E-BOOK : BERKAHWIN SEMASA BELAJAR
Cabaran dan Rintangan : Bagaimana Mahu Mendapat Keizinan Keluarga



Pelancaran akan dibuat pada pertengahan Februari tahun 2011. InsyaAllah.

Jan 24, 2011

Perkahwinan Semasa Belajar

Perkahwinan Semasa Belajar



Topik ini sangat menarik minat saya untuk membentangkan usul kepada sahabat agar berkahwin semasa belajar. Ini kerana, cabaran dan dugaan dunia luar sekarang ini sungguh mencabar ketahanan minda dan emosi jiwa sebagai seorang remaja.

Tanpa panduan dan pegangan Agama yang kukuh di dalam diri, sudah pastinya kita akan terpesong. Ini akan membuatkan kita semakin jauh dari jalan yang sebenarnya.

Bercakap tentang perkahwinan, kita anggapa bahawa ia merupakan satu beban. Tetapi, kita tidak melihat ia dari sudut peluang. Mari saya bagi satu analogi yang mudah :

Cuba perhatikan gelas ini, adakah ia separuh kosong? Atau separuh penuh?


Jadi, apabila kita mengaplikasikan analogi di atas, kita akan dapati bahawa setiap sesuatu mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Oleh itu, sesuatu perkara itu adalah merupakan hasil yang kita lihat.

Sesuatu Itu Adalah Apa Yang Anda Lihat @ Nilai

Sebab itu, adalah amat penting bagi kita untuk melihat sesuatu perkara itu di dalam banyak sudut yang berbeza. Sekiranya kita menghadkan sudut pandangan kita, maka secara tidak langsung kita akan menghadkan sudut peluang kita yang terbentang luas.

Kembali kepada topik, jika kita lihat, majority di kalangan mahasiswa atau remaja kita terlibat dengan cinta. Saya kira, sekiranya percintaan itu sudah sampai tahap rindu, selalu keluar berdua-duaan dan nampak macam dah jadi suami-isteri, lebih baik berkahwin sahaja.

Ini kerana, saya memang akui sendiri apabila berlakunya simptom-simptom in, ia adalah satu petanda bahawa kewajipan untuk berkahwin sudah sampai. Percayalah, sudah tiada jalan lain lagi melainkan hanya dengan berkahwin.

Memang saya akui, terdapat pro n con, +ve and -ve kahwin semasa belajar. Namun, ia bergantung kepada individu itu sendiri. Berkahwinlah segera apabila anda sudah mempunyai simptom-simptom yang telah saya nyatakan seperti di atas. Agar ia akan menjauhi diri kita dari kehanyutan dunia dan tertipu dengan fitnah akhir zaman.

Wallahua'lam

Dari Minda :

Hujjati Qalam

Nov 19, 2010

Pendidikan Anak-Anak



Pendidikan Anak-Anak


Anak-anak merupakan anugerah yang bernilai dari Allah. Oleh itu, amatlah penting bagi ibubapa dalam memastikan tumbesaran anak-anak berada di dalam persekitaran yang sihat dan terkawal.





Dalam membentuk sahsiah dan pendidikan anak-anak, terdapat banyak cabaran dan dugaan terutamanya di dalam dunia sekarang yang serba maju dan moden. Ibubapa hendaklah memainkan peranan yang penting dan bijak dalam mendidik anak-anak sering dengan peredaran zaman.


Oleh itu, ibu bapa hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu semasa agar pengaruh luar dapat di bendung. Contohnya, penggunaan internet di rumah. Bagi ibu bapa, mereka perlu menguasai ilmu computer dan internet dalam mengawal penggunaan internet atau computer di rumah.





Cukuplah sekadar ilmu pengatahuan tersebut hanya untuk membendung dan mengawal anak-anak dalam melayari internet seperti, meletakkan password, atau membuat check laman web yang telah di buka oleh anak-anak melalui cara membuka ‘history’ atau sebagainya.


Oleh yang demikian, sebagai kesimpulannya di sini adalah, amatlah penting bagi ibubapa untuk sentiasa bersedia untuk up-date diri mereka dengan ilmu pengetahuan seiring dengan peredaran zaman.


Malah, ibubapa juga mustilah bersedia untuk belajar perkara-perkara yang baru terutamanya ilmu teknologi dan maklumat dalam memastikan tumbesaran anak-anak terkawal dan berada dalam ruang lingkup yang selamat.


Terlampau menggongkong juga adalah bukan 1 penyelesaian yang terbaik sebenarnya. Ini kerana anak-anak akan patuh dan mengikut kata apabila ibubapa berada di hadapan mereka. Sekiranya ibubapa tiada, mereka akan rasa bebas dan ‘free’ dari kongkongan ibubapa mereka.





Malah, ia akan membuatkan jiwa anak-anak memberontak. Tanpa belaian kasih sayang yang secukupnya dan kurang komunikasi yang berkesan, ia membuatkan anak-anak menjadi degil dan tidak dengar kata.







Kenapa? Kerana anak-anak yang mempunyai jiwa memberontak sebenarnya mahukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari ibubapa. Mereka memberontak kerana kurangnya komunikasi yang berkesan antara ibubapa dan anak-anak.


Justeru, fahamilah anak-anak dengan penuh kesabaran dan belailah mereka dengan penuh kasih sayang agar mereka berasa selamat untuk menjadikan kita sebagai rakan, teman dan sahabat mereka.



Namun, AWAS!! Bukan semua kehendak mereka yang perlu kita penuhi. Biarlah berpada-pada dan sekiranya ibubapa menolak kemahuan mereka, jelaskanlah sebab dan kenapa kepada mereka dengan rasional melalui komunikasi yang berkesan. Dengan cara inilah akan membuat mereka merasakan bahawa ibubapa lah merupakan rakan, teman dan sahabat mereka.




Wallahua'lam


Dari Minda Hujjati


nota :


kah kah kah .... NAK KAHWIN SANGAT.... kah kah


kah kah kah .... TAK CUKUP ILMU .... kah kah kah


kah kah kah .... BILA ANAK MASALAH, MARAH KAT ANAK .... kah kah


woit ,,,,... PADAHAL KO YANG BERMASALAH DALAM MEMBENTUK KELUARGA .... kah kah


kah kah kah .... ORANG KAHWIN, KO PUN NAK KAHWIN ...... kah kah


kah kah kah .... APA LA NAK JADI KAT DUNIA SEKARANG nih... kah kah kah

Nov 18, 2010

Husband's Favourite Song


Lagu Yang Digemari Para Suami, Tetapi Dibenci Isteri



Hai…

Senangnya dalam hati,

Kalau beristeri dua,

Oh seperti dunia ana yang punya.


Kepada isteri tua,

Kanda sayang pada mu,

Oh kepada isteri muda,

I say I Love you.


Isteri tua merajuk,

Balik ke rumah isteri muda,

Kalau dua-dua merajuk,

Ana kahwin tiga.


Mesti pandai pembohong,

Mesti pandai temberang,

Oh tetapi jangan sampai,

Hai .. pecah tembelang.


*Madu Tiga (Tan Sri P.Ramlee)*


Kah kah kah

Kah kah kah


nota :


(sekadar coletahan semata-mata--tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang mati)

Kahwin? Adakah Anda Bersedia?


Kahwin? Adakah Anda Bersedia?


Seringkali kita bercakap tentang perkahwinan. Malah, ramai yang mahu berkahwin. Namun, sejauh manakah kita membuat persiapan dalam menuju ke gerbang perkahwinan? Adakah kita telah betul-betul bersedia untuk menghadapinya?


Bercakap tentang persediaan, ramai yang menganggap, persediaan itu sudah semestinya dalam bentuk kewangan dan materialistik semata-mata, seperti duit hantaran, wang belanja pengantin, jamuan dan majlis perkahwinan, bersanding dan sebagainya.









Namun, kita lupa bahawa terdapat banyak persediaan yang perlu kita buat sebenarnya. Dan ia tidaklah hanya kepada keperluan sekadar wang dan majlis pernikahan semata-mata.


Sememangnya, ramai di kalangan kita yang mengakui bahawa mereka sudah bersedia, namun, pada hakikatnya mereka sebenarnya memang tidak bersedia. Bahkan, mereka jahil tentang ilmu selok belok rumah tangga.


Ilmu-ilmu rumahtangga termasuklah persediaan tentang pengurusan kewangan, pengetahuan Agama, ilmu hubungan (nafkah batin) suami-isteri, ilmu hubungan mertua-menantu, ilmu keibuan, ilmu kebapaan, persediaan isteri dalam memasak, ilmu memikat hati suami-isteri, ilmu persediaan sebelum dan semasa mengandung (bagi ibu dan bapa), ilmu mendidik anak-anak, dan sebagainya.


Semua ilmu-ilmu yang di nyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada yang dapat saya senaraikan, bahkan, terdapat banyak lagi ilmu-ilmu lain yang masih belum kita terokai sebenarnya.


Sebab itulah, jika kita lihat, orang-orang tua kita dahulu, hidup dengan bahagia walaupun dalam kesusahan dan kedhaifan. Malah, jarang sekali kita dengar kes-kes perceraian di antara mereka. Kenapa? Kerana mereka mempunyai dan mendalami ilmu-ilmu yang saya nyatakan di atas. Bahkan, lebih lagi dari itu.


Orang-orang muda zaman sekarang sudah melupai petua-petua dan ilmu-ilmu orang-orang tua zaman dahulu. Mereka menganggap ilmu tersebut sudah lapuk, kolot dan ketinggalan zaman. Tanggapan inilah sebenarnya adalah salah sama sekali.


Kita terlalu mengagung-agungkan teori dan psychology pendidikan barat dalam membentuk keluarga kita. Namun kita sebenarnya terlepas pandang, bahawa teori-teori dari barat inilah yang membawa bencana dan kemusnahan dalam institusi kekeluargaan. Contohnya, kes perceraian di Negara-negara Barat semakin meningkat setiap tahun dan masalah sosial di kalangan anak-anak semakin teruk dan membimbangkan.


Oleh itu, marilah kita kembali kepada ilmu warisan orang-orang tua kita dahulu dan mengamalkannya di dalam institusi keluarga kita. Cubalah anda cari ilmu tersebut daripada orang-orang tua kita.


InsyaAllah, di pihak saya, saya akan cuba mengupaskan ilmu-ilmu selok belok rumahtangga dalam konteks atau kaca mata orang-orang tua kita pada artikel yang akan datang. Nantikan kemunculannya.


Wallahua’lam


nota :

- Masyarakat sekarang -


Tak boleh kahwin kalu duit tak ada,

Boleh kahwin kalu ilmu agama tak ada.


Tak berapa setuju anak kahwin dgn pak bilal or imam masjid (gaji kecik),

Bagi kahwin dgn contractor or engineer walaupun tak penah solat dan mengaji Quran.


Tak bagi kahwin dgn miskin harta tapi kaya jiwa,

Bagi kahwin kalu kaya harta tapi miskin jiwa.


Tak bagi kahwin masa belajar,

Bagi kahwin bila perut anak pompuan dah membuncit.


Kah kah kah

Kah kah kah

Fikirkanlah…..


Dari Minda Hujjati