

Adalah penting bagi mahasiswa untuk memainkan peranan sebagai agen pengubah kepada dasar-dasar yang bertentangan kepada keinginan msyarakat seiring dengan ilmu yang mereka perolehi di pusat-pusat pengajian tinggi.
Pun begitu, kerajaan begitu takut dan bimbang untuk menyiarkan berita-berita dan liputan yang menyeluruh kepada masyarakat kita di Malaysia tentang rusuhan Pelajar-pelajar di Landon.
Jarang sekali kita dengar liputan samada dari akhbar-akhbar tempatan ataupun berita dari televisyen mengenai apa yang telah berlaku di Landon. Ini kerana, Kerajaan Malaysia takut sekiranya rusuhan dan demonstrasi di London itu memberi semangat yang membara kepada Pelajar-pelajar di Malaysia untuk turut mengadakan bantahan terhadap kenaikan harga Minyak dan Barang-barang mentah.
Jika di lihat, tidak sia-sialah Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib mengambil APCO sebagai penasihat. Ia berkesan dan berjaya dalam memanipulasikan minda rakyat melalui media liputan dan akhbar tempatan.
Sedikit liputan mengenai apa yang telah berlaku di sana, para pelajar Universiti-universiti di London memprotes kenaikan harga yuran tahunan universiti dari 3000 pound kepada 9000 pound setahun. Ini bermakna mereka perlu membayar sebanyak RM 42 000 setahun untuk yuran universiti.
Malah, kerajaan Britain juga telah memotong sebanyak 40% dari bantuan pengajaran dan pembelajaran untuk setiap universiti. Kita bagaimana? Berapa banyak sudah kerajaan telah memotong bujet atau peruntukan setiap universiti. Apa yang telah kita lakukan?
Bahkan pula, kenaikan minyak dan barang mentah memberi impak besar kepada kenaikan banyak barangan lain. Ini juga akan memberi kesan dan beban kepada pelajar. Apa yang kita lakukan?
Lihatlah sedikit sebanyak foto yang dibawah menunjukkan betapa beraninya anak muda (Pelajar Universiti di UK) berjuang untuk melawan kerajaan yang telah menindas rakyat.








Nota :
Kita bagaimana?
Adakah kita begitu sensitif macam mereka?
Kita Muslim tapi mereka tidak, kenapa mereka lebih hebat?
Fikir-fikirkan lah...
Wallahua'lam
Dari Minda
Hujjati Qalam