Pages

Showing posts with label Perundangan (Undang-Undang). Show all posts
Showing posts with label Perundangan (Undang-Undang). Show all posts

Apr 4, 2011

Kekeliruan Undang-undang 'Sumpah' Dalam Islam



Kekeliruan Undang-undang 'Sumpah Dalam Islam'





Saat ini, tringin untuk saya kongsikan dengan para pembaca blog H sekalian. Sebentar tadi, saya terbaca beberapa komen tentang permasalahan dan kekeliruan tentang 'Sumpah'. Secara ringkasnya, setelah membaca, apa yang saya kesalnya adalah, ia jelas menunjukkan betapa ceteknya ilmu pengetahuan dikalangan kita tentang sesuatu perkara, tetapi still mahu nak bagi komen dan pendapat. Ada pepatah yang terkenal pernah saya jumpa :
A wise man said that :

"It's better for us to shut up rather than to speak as it will show our stupidity"

Baiklah, apakah itu sumpah? Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman (الأيمان) yang merupakan jamak dari perkataan al-Yamin (اليمين). Pada asalnya ia bererti tangan kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab lazimnya mengangkat tangan kanan mereka.

Tapi, dari sudut istilahnya, sumpah itu bermaksud menguatkan perkara yang disumpah dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus. Atau, dalam erti kata lain, kita bersumpah dengan nama ALLAH bahawa apa yang kita dakwa atau nafi itu adalah benar.



Malah, ia juga membawa makna sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua Sekarang, kita sudah faham tentang apa itu sumpah dari sudut Islam.

Kemudian, mari kita lihat pula siapakah yang perlu buat sumpah ini?



Adakah setiap orang boleh buat sumpah?

Dalam konteks perbincangan kita ini, kita sedang berbincang tentang 'Sumpah' yang berkaitan dengan "Prosedure Di Mahkamah". Jadi, mana-mana sumpah yang kita buat time kita bercakap dengan rakan-rakan atau kawan-kawan, maka tidak termasuk dalam perbincangan kita. Ada faham?


Memandangkan saya tidak mahu bincang panjang, cuma saya nak terangkan tentang tanggung jawab siapakah yang perlu buat Sumpah.


Dalam konteks seseorang yang menuduh seseorang yang lain, maka orang yang menuduh itu hendaklah membawa 'Bukti' atau 'Evidence' untuk menyokong dakwaan tersebut.
Seperti mana yang telah di sediakan oleh Akta Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah [SYARIAH COURT EVIDENCE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997]

Seksyen 72 menyatakan :

The burden to produce evidence in a civil case lies on the person who alleges or asserts a fact (al-Mudda‘ii) and the person who takes the oath to deny or disputes a fact (al-Mudda‘a ‘alaih).


Tanggungjawab seseorang untuk menyediakan
'Bukti' terletak pada bahu orang yang membuat tuduhan, dan orang yang kena tuduh pula hendaklah 'Mengangkat Sumpah' untuk menafikannya.


Jika kita perhatikan betol-betol, peruntukan Seksyen 72 di atas memang di ambil dari sebuah Hadith Rasulullah yang soheh. Bahkan, peruntukan Seksyen 72 tersebut adalah sama dengan Hadith tersebut.


Penjelasan :

Contohnya : A tuduh B menceroboh biliknya. A hendaklah membawa bukti. Setelah bukti itu dibawa ke mahkamah, kemudian barulah B boleh angkat sumpah.


Kesimpulan :


Kita tidak boleh menyalahkan seseorang yang kena tuduh itu kerana dia tidak membuat sumpah. Kita kena faham, orang yang perlu buat sumpah, bukanlah orang yang membuat menuduh (A)! Tapi, yang perlu buat sumpah adalah B!



Bukan A!



Kalaulah undang-undang sebegini dibenarkan, maka mudahlah kita nak dakwa orang dekat mahkamah! Cukup sekadar kita 'Bersumpah' sahaja! Ini terang-terang SALAH!



Belum bawa apa-apa bukti, kita dah suruh orang lain bersumpah. Jadi, sebelum kita nak tuduh orang, gunalah cara yang telah ditetapkan. Agar, kita tidak terbabas dengan apa yang kita lakukan.



Wallahua'lam




Dari Minda : Hujjati Qalam




Mar 25, 2011

Bagaimanakah Undang-undag 'Evidence' Dilaksanakan?



Bagaimanakah Undang-undang 'Evidence'
Dilaksanakan?





Sebelum membaca tulisan ini, saya minta agar anda kosongkan minda anda terlebih dahulu. Inilah untuk memastikan pembacaan tulisan ini tidak diganggu oleh apa yang telah ada dalam minda anda tentang isu ini.


Baiklah, dalam sistem "Judiciary' atau 'Kehakiman', sesuatu kes yang dibawa masuk ke dalam mahkamah tidak lari dari 2 perkara, iaitu :


1) Kes Sivil (Civil Case)

2) Kes Jenayah (Criminal Case)


Maka, sudah jelas di sini bahawa, terdapat 2 cabang atau klasifikasi kes apabila ia dibawa masuk ke dalam mahkamah.
Jadi, timbul persoalan di sini. Bagaimanakah pula dengan 'Tahap Pembuktian' yang diperlukan terhadap sesuatu kes itu?

Di sini, ia mempunyai 'Tahap Pembuktian' yang berbeza antara 'Kes Sivil' dan 'Kes Jenayah'. 'Tahap Pembuktian' ini menjadi kayu ukur kepada Pendakwaya atau Plaintiff untuk mensabitkan kesalahan 'Orang Tertuduh' atau 'Defendant'.


Oleh itu, tahap pembuktian bagi :

1) Kes Sivil adalah sekadar 'Balance of Probabilities' - iaitu pembuktian sekadar imbangan kebarangkalian.

(Sekiranya kes anda lebih condong ke arah anda sebanyak 51% , maka ia sudah cukup untuk anda menang dalam kes tersebut)


2) Kes Jenayah adalah bukti yang musti sampai tahap 'Beyond Reasonable Doubt' or 'Beyond Any Shadow of Doubt' - iaitu pembuktian secara melangkaui sebarang keraguan.

(Sekiranya ada sedikit fakta yang meragukan, maka 'Orang Tertuduh' adalah dikira TIDAK BERSALAH)


Jadi, apa yang menarik di sini adalah, saya ingin kongsikan dengan anda tentang 'Tahap Pembuktian Bagi Kes Jenayah'. Iaitu : - "Beyond Any Shadow of Doubt".

Adalah amat penting sekali bagi Pihak Pendakwaraya untuk membuktikan sesuatu Kes Jenayah itu pada tahap pembuktian 'Beyond Any Shadow of Doubt'.


Oleh itu, segala bukti-bukti dan evidence-evidence yang dibawa masuk ke dalam mahkamah hendaklah dapat membuktikan kes tersebut secara tepat, perfect dan melangkaui sebarang keraguan.
Sebagai Contoh :


Seorang gadis, Umi telah membuat laporan Polis bahawa dirinya telah di rogol dan di liwat. Maka, di dalam laporan tersebut, nama Ibrahim telah disebut sebagai 'Orang Tertuduh' atau 'Suspect'. Malah, dalam tuduhan tersebut, tiada saksi di laporkan nampak kejadian tersebut berlaku.

Kemudian, Ibrahim didakwa di mahkamah atas dua kesalahan :

1) Merogol

2) Meliwat





Maka, semasa kes itu di bicarakan di dalam mahkamah, segala bukti dan evidence telah di bawa masuk untuk menyokong dakwaan bahawa Ibrahim telah merogol dan meliwat Umi.

Antaranya, terdapat laporan perubatan or 'Medical Report' yang menyatakan bahawa :

1) Terdapat kesan koyakan selaput 'Dara' pada kemaluan mangsa.

2)
Terdapat kesan air mani pada kemaluan mangsa.


3)
Terdapat kesan jolokan pada dubur mangsa.


4)
Terdapat kesan air mani pada dubur mangsa.




Nah!!

Apakah pandangan anda sekiranya anda yang menjadi Hakim dalam perbicaraan ini?


Dengan bukti yang berada di atas, sudah pasti anda akan terus merasakan bahawa Ibrahim yang melakukannya. Bukan?


Tunggu!!


Bukan semudah itu untuk kita menjatuhkan hukuman pada seseorang. Apabila ia melibatkan bahan bukti dan evidence, maka kita kena lihat ianya dengan betol-betol agar kita tidak tersalah dalam membuat keputusan.


Hujahan Yang Perlu Diteliti Oleh Hakim Adalah Seperti Berikut :



1) Terdapat kesan koyakan selaput 'Dara' pada kemaluan mangsa.

Persoalan yang timbul, adakah kesan koyakan tersebut disebabkan oleh perbuatan Suspek yang merogolnya?


Jika kesan koyakan selaput dara itu disebabkan oleh Suspek, adakah Suspek itu benar-benar melakukan penetrasi dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan Mangsa? Dalam erti kata lain, adakah 'Penetrasi' dengan zakar Suspek betol berlaku?



Atau koyakan selaput dara tersebut disebabkan oleh kesan aktiviti tangan Suspek? atau mungkin juga kesan tangan Mangsa sendiri?



Ini kerana, harus diingat, selaput dara adalah tisu yang sangat nipis dan sensitif. Maka, ia mudah sahaja terkoyak tanpa memerlukan wujudnya aktiviti 'Penetrasi' untuk mengoyakkannya, seperti akibat daripada :


1) bersukan,

2) membuat kerja berat,

3) senaman gymnastik,


4) Aktiviti tangan (mastuburasi/onani)


5) dan bermacam-macam lagi......




2) Terdapat kesan air mani pada kemaluan mangsa.


Tunggu!

Ada kesan mani, bukan bermakna kita terus menghukum Ibrahim. Adakah dengan hanya wujudnya air mani di kemaluan Umi, maka kita katakan Ibrahim yang Rogol?



TIDAK!! Tunggu dahulu!!


Kita kena tengok dahulu samada Air Mani itu berada dimana? Samada di dalam 'Faraj' Umi atau sekadar di luar Faraj? Atau sekadar dibibir 'Faraj' sahaja?


Kenapa perlu tanya semua ini?



Kerana, sesiapa sahaja mungkin boleh letakkan Air Mani orang lain di Farajnya dan menuduh orang lain merogolnya! Kerana duit, orang sanggup nak buat apa sahaja, terutamanya pada zaman sekarang ini. Banyak kes macam ini berlaku disebabkan ganjaran dan habuan duit bernilai berjuta-juta ringgit.


Sekiranya benarlah sample air mani itu di ambil dari dalam Faraj Umi, so, kena check dahulu samada Air mani itu adalah benar-benar kepunyaan Ibrahim atau LELAKI LAIN?




Ujian DNA perlu dibuat!



Selepas ujian DNA dibuat keatas semple berkenaan, didapati terdapat DNA tiga lagi LELAKI LAIN yang ditandakan sebagai X, Y dan Z. Maka, terdapat 4 orang yang terlibat.





Ini sudah timbul keraguan BESAR nih!!


Ini kerana dalam polis report, Umi cakap dia hanya diRogol oleh Ibrahim sahaja. Tapi, terdapat 3 lagi DNA LELAKI LAIN di kemaluannya?



3) Terdapat kesan jolokan pada dubur mangsa.
4) Terdapat kesan air mani pada dubur mangsa.


Baiklah, berdasarkan bukti DNA tadi yang menyatakan ada lagi 3 individu lelaki lain yang terlibat, jadi TIDAK boleh kita katakan bahawa kesan jolokan di dubur Mangsa, Umi, di sebabkan oleh jolokan zakar Ibrahim.


Ini SALAH!!


Mana boleh kita terus katakan Ibrahim yang buat, sedangkan 3 individu lain bebas diluar sana tanpa disiasat?


Baiklah.... Katakan sahaja sekiranya Ibrahim memang individu yang merogol mangsa.

Tetapi, dengan kehadiran keputusan DNA yang menyatakan ada 3 individu lain, maka TIDAK boleh kita terus sabitkan Ibrahim yang LIWAT Umi...!!
Ini memang terang salah! Mungkin individu X yang liwat...!! Atau Datuk Z yang liwat..

Atau, mungkin si Mangsa memasukkan benda 'LAIN' ke dalam duburnya untuk menyalahkan Suspek, seperti memasukkan :

1) Timun,


2) Terung,


3) Carrot..



Kesimpulannya :



Dalam kes yang saya analogikan di atas menunjukkan bahawa bukti-bukti dan evidence yang tepat tanpa wujudnya sebarang keraguan adalah sangat penting untuk mensabitkan kesalahan Suspek. Malah, bukti-bukti juga haruslah relevan dan tiada keraguan ke atasnya.


Sekiranya wujudnya evidence-evidence dan bukti-bukti yang tidak masuk akal, maka terus terang bahawa bukti tersebut TIDAK BOLEH digunakan dan WAJIB di TOLAK tepi. Biarpun dengan membawa 71 bukti sekalipun, sekiranya TIDAK RELEVEN, maka TIDAK BOLEH di TERIMA.


Sekiranya seseorang itu menerima Bukti or Evidence seperti itu, maka jelaslah bahawa ada something wrong yang berlaku disebalik sandiwara yang sedang dijalankan! Dan kalaulah dia menggunakan Bukti dan Evident seperti itu untuk menjatuhkan hukuman pada seseorang, maka dia MEMANG JAHIL!!




Wallahua'lam

Dari Minda :


Hujjati Qalam





Mar 23, 2011

"Cepat la awak... Rogol la saya nih...!!"



"Cepat la awak..... Rogol la saya nih..!!!"





Apabila kes-kes rogol banyak terdapat di dada akhbar, saya mula keliru..


"Ape sal jadi camni? Pelik betol....."
"Dah ada bini, nak rogol orang lagi....."


Bahkan, saya bertambah pelik macam mane seorang anak gadis di rogol oleh seorang lelaki yang sama sebanyak 5 - 6 kali berturut-turut...


"Ohh, patutla kena tuduh rogol.... Pompuan tu bergaduh dengan lelaki tu..." bisik hati kecil ku..
"Pastu, bila bergaduh and nak marah kat lelaki tu, baru bagitahu keluarga... Then, si ayah pula buat report polis sebab buat seks dengan anaknya yang bawah umor..." kah kah kah... geli hati rasanya bila tengok senario yang berlaku sekarang...


Kenape report?


"Yelah, apa lagi.... nak tutup malu sebab perut anak dah boroi membesar..." "Kalau report, sekurang-kurangnya ada alasan..."


Orang Tanya : "Eh, kenapa dengan Laila tu? Perut membuncit semacam tuh?"

Bapak Jawab : "Laila kena Rogol....."



Ya Allah...

Pening kepala dibuatnya...


Untuk pengetahuan semua, telah diperuntukkan dibawah Akta Kanun Keseksaan (Penal Code) dimana Seksyen 375 Kanun Keseksaan bagitahu :

375. A man is said to commit “rape” who, ..... , has sexual intercourse with a woman under circumstances falling under any of the following descriptions :
(a) against her will;

(b) without her consent;

(c) with her consent, when her consent has been obtained by putting her in fear of death or hurt to herself or any other
person, or obtained under a misconception of fact and the
man knows or has reason to believe that the consent was
given in consequence of such misconception;

(d) with her consent, when the man knows that he is not her
husband, and her consent is given because she believes
that he is another man to whom she is or believes herself
to be lawfully married or to whom she would consent;

(e) with her consent, when, at the time of giving such consent,
she is unable to understand the nature and consequences
of that to which she gives consent;

(f) with or without her consent, when she is under sixteen (16) years of age.

Jadi, jelaslah di sini, kalau seseorang itu melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur, maka secara 'automatic' dia akan di dakwa atas kesalahan 'Rape'... Tidak kiralah samaada gadis tersebut 'rela' atau 'dipaksa'


Malah, jika diperhatikan betul-betul peruntukan di atas kes Rogol hanyalah dikenakan kepada seseorang yang melakukan hubungan seks tanpa 'Rela'.


Namun, tiada pula hukuman atau peruntukan yang disediakan di dalam Penal Code ini bagi mereka yang melakukan hubungan seks dengan 'Rela'. Maka, jelaslah bahawa undang-undang Penal Code ini tidak selari dengan kehendak Islam. Bahkan, andai seorang lelaki itu membuat hubungan 'Seks' dengan seorang gadis secara 'Rela', maka ia tidak dianggap sebagai salah!



"Kalau hendak bercakap tentang undang-undang, susah nak ubah..... kena tunggu jadi ahli parliament dulu la...."

So? "Apa kata kalau kita tengok pula kenapa boleh jadi kes Rogol nih...."



Cuba perhatikan betul-betul gambar rajah di bawah :






Berdasarkan kepada gambar-gambar di atas, cuba bagitahu kepada saya....


"Apa yang anda fikirkan? Agak menghairahkan, bukan?"


Ini baru sebahagian dari gambar-gambar yang boleh saya tunjukkan.......


Saya yakin dan percaya, hakikat sebenar diluar sana lebih lagi 'seksi' dan 'panas' sekali pemakaiannya..

Jadi, sekiranya dengan hanya melihat gambar yang tidak seberapa itu sudah 'mengiurkan', apatah lagi sekiranya ia betol-betol berada dihadapan mata?


Kita tidak boleh menyalah seekor kucing yang mencuri ikan di atas meja kerana di sebabkan ke alpaan kita untuk menutupnya dibawah tudung saji.



Bukanlah saya bermaksud untuk mempertahankan golongan lelaki yang 'merogol' wanita. Namun, anda tidak sedari duhai Wanita, bahawa anda juga turut menyumbang terhadap kejadian kes 'Rogol' tersebut.. Mungkin anda boleh bercakap :

"Selama ni I pakai ketat-ketat pun, ok je..... boleh terbelah-belah lagi ha.."


Memanglah ok...

Tapi, anda tidak tahu apa yang lelaki itu lakukan setelah nafsunya bergolak apabila melihat betapa seksinya anda... Dan, tidak sewenang-wenangnya orang lain menjadi mangsa akibat anda yang telah membangkit nafsu seorang lelaki yang 'Gila'!



Jadi, solusinya?


Maka, tugas untuk mengawal dan mendidik soal pemakaian wanita ini, bukanlah hanya terletak pada bahu wanita semata-mata. Bahkan, ia juga menjadi satu tanggungjawab yang sangat berat juga pada LELAKI sebenarnya.

Menjadi tugas seorang :

1) Abang
2) Adik LELAKI
3) Ayah
4) Datuk

untuk menegur dan membimbing wanita. Jadi, ayuhlah duhai Abang-abang, Adik-adik LELAKI, Ayah dan juga Datuk sekalian untuk melihat kembali cara pemakaian :

1) Adik PEREMPUAN kita
2) KAKAK kita
3) EMAK kita
4) NENEK kita


samada mereka ini betul-betul memakai pakaian mengikut kehendak Islam.


Jangan salahkan orang lain sekiranya adik atau kakak anda diperkosa andai anda sendiri gagal untuk memperbaiki cara pemakaian mereka yang menjolokkan mata.




Wallahua'lam


Dari Minda :


Hujjati Qalam






Nov 28, 2010

Majlis Peguam Negara Membidas Mahkamah


Majlis Peguam Negara Membidas Mahkamah Tentang 'Kes Liwat'



Majlis Peguam berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus menafikan beliau akses terhadap dokumen-dokumen relevan bagi membela diri.


Presidennya, Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu sebagai regresif dan tidak memberikan hak perbicaraan yang adil kepada tertuduh.


"Mereka (Mahkamah) telah 'melemahkan' prinsip penting ini (untuk memastikan perbicaraan adil)," kata beliau merujuk kepada seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah yang merangkumi hak untuk mendapatkan dokumen dan maklumat dalam perbicaraan.


Mahkamah sebelum ini menghalang pasukan pembelaan Anwar daripada meneliti tiga nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan awal terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga tidak dibenar mendapat kenyataan Mphd Saiful kepada polis dan bahan bukti lain.


Semalam pula, mahkamah hanya membenarkan Anwar mendapatkan laporan proforma yang disediakan oleh pakar patologi HKL, Dr Siew Shueue Feng.


Laporan proforma ialah borang atau senarai yang disediakan oleh doktor sebelum melakukan pemeriksaan terhadap seseorang pesakit.


Ragunath berkata juga menerangkan seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah bertujuan mengimbangkan hak pendakwaraya dan peguambela demi menentukan keadilan perbicaraan.


"Kami percaya seksyen 51 A ini dibuat bagi permantapkan prinsip pengawalan terbitan dokuman dan kerajaan menzahirkan niat mereka untuk menambah ketelusan dan keadilan dalam sistem pengadilan jenayah negara ini," katanya.


Antara dokumen lain yang juga dihalang akses kepada Anwar adalah laporan ahli kimia, nota-nota perubatan, rakaman CCTV, sampel DNA, kenyataan saksi dan senarai saksi.


Menurut Ragunath, amat penting bagi pasukan pendakwaan membentangkan semua maklumat kepada mahkamah agar hakim boleh membuat keputusan yang adil dan tidak berat sebelah.


"Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di mahkamah," katanya.


Ragunath berkata keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem perundangan negara ini.


"Majlis Peguam mendesak mahkamah melaksanakan seksyen ini... bagi mengekalkan hak seseorang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman," katanya lagi.



Nota :


Post ini tiada kiatan dengan politik,
hanya sekadar pengetahuan umum,
yang wajib di ketahui sebagai Pelajar Undang-Undang.


Wallahua'lam

Nov 22, 2010

Accident? Apakah Yang Perlu Dilakukan?



Apakah Yang Perlu Anda Buat?



Sila Ikuti Prosedur Dibawah Apabila Anda Terlibat Kemalangan


1) Jangan PANIK!


Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan diri. Kemudian, ucapkan Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana anda masih hidup dan terselamat. Sekiranya ia agak serius, sekurang-kurangnya, bersyukurlah kerana anda masih lagi di beri peluang oleh Allah untuk hidup dan terus berbuat baik dan ibadah kepada-NYA.


2) Ambil gambar.


Sekiranya anda mempunyai camera, ambil gambar pada bahagian kenderaan anda yang rosak atau yang kemik di sebabkan kesan accident.

Ini sebagai bukti dan penjelasan untuk membuat procedure yang seterusnya..

Jangan lupa untuk mengambil number plat (pendaftaran) kereta or kenderaan yang terlibat kemalangan dengan anda.


3) Buat laporan polis.


Anda hendaklah membuat laporan polis. Ini sangat penting untuk membuat tuntutan Insurance. Laporan polis hendaklah di buat oleh kedua-dua belah pihak dalam masa 24 jam dari masa kemalangan.

Berikut butiran yang mungkin di perlukan dalam membuat laporan polis :

  • a) tarikh dan masa kejadiaan.
  • b) tempat kejadian – specific.
  • c) jumlah kenderaan terlibat.
  • d) jenis-jenis dan number plat (pendaftaran) kenderaan yang terlibat.
  • e) sebab dan punca kemalangan berlaku.


4) Jangan meminta atau membayar sebarang duit pampasan kepada mangsa.


Sekiranya si mangsa meminta agar anda membayar duit tuntutan kerosakan, saya nasihatkan di sini agar anda tidak membayarkan kepadanya satu sen pun. Malah, mengajaknya untuk bersama-sama dengan anda pergi membuat laporan polis.


5) Isi borang tuntutan ‘claim’ dengan syarikat insurance dan di lampirkan sekali dengan :


  • a) salinan laporan polis
  • b) salinan kad pengenalan
  • c) salinan lesen memandu

Bagaimanapun, tuntutan insurance tidak dapat di buat sekiranya :

  • a) cukai jalan (road tax) tidak di perbaharui atau sudah luput tarikh – ini bermakna kenderaan anda tidak dilindungi insurance.
  • b) tiada lesen memandu (bawah umur)
  • c) lesen memandu tamat tempoh – tidak di perbaharui.


6) Melantik Peguam.


Ramai yang beranggapan bahawa mereka perlu melantik peguam untuk menghadapi tuntutan yang di buat oleh mangsa. Namun, yang sebenarnya, sekiranya anda adalah orang yang melanggar orang or pesalah, anda tidak perlu untuk melantik peguam.

Ini kerana, syarikat insurance yang melindungi kenderaan anda akan melantik peguam mereka sendiri untuk membela kes anda dan mewakili anda di mahkamah.

Malah, kemungkinan mereka akan menyuruh anda untuk berjumpa dengan peguam tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang fakta kemalangan yang berlaku.


7) Bayaran tuntutan ganti rugi – arahan dari Mahkamah.


Sekiranya anda di dapati bersalah dan anda di kehendaki membayar tuntutan sebanyak RM 30 000, contohnya, anda tidak perlu risau.

Ini kerana, yang perlu membayar tuntutan tersebut adalah bukannya anda. Bahkan, pihak syarikat insurance yang perlu membayar tuntutan tersebut bagi pihak anda.

Kadang kala, anda merasakan bahawa anda bersalah dan menjadi punca kepada berlakunya kemalangan.

Namun, apabila fakta-fakta sudah di teliti dan di bahaskan di dalam mahkamah, terbukti bahawa anda bukannya patut di persalahkan 100%. Malah, si mangsa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.

Dalam erti kata lain, anda hanyalah bersalah sekadar 50%.


Wallahua'alam


Dari Minda Hujjati

Apr 19, 2010

Bolehkah Seseorang Itu Menjadi Peguam Dan Membela Orang Yang Kena Tuduh?

Persoalan di sini adalah, bolehkah seseorang peguam itu membela orang yang di tuduh membunuh, merompak, mencuri, merogol, atau jenayah-jenayah yang lain?

Hari ini, ramai yang beranggapan bahawa sekiranya menjadi peguam, maka kita tidak boleh menjadi peguam untuk membela orang yang kena tuduh (OKT) dalam jenayah membunuh, merogol atau sebagainya.

Sebenarnya, tanggapan ini adalah salah dan tidak benar,. Ia adalah merupakan salah faham yang nyata yang telah membelenggu fikiran msyarakat Melayu Islam kita pada hari ini.

Harus difahami dengan jelas bahawa tugas sebenar seorang peguam itu bukanlah untuk menentukan kesalahn seseorang ataupun melucutkan orang yang bersalah dari dikenakan hukuman.

Tugas sebenar seorang peguam adalah untuk memudahkan dan membantu pihak mahkamah dan hakim bagi membuat keputusan yang tepat, jelas dan betul setelah mana mendengar dan menganalisis data, bukti dan keterangan yang dibawa oleh peguam masing-masing.

Dalam erti kata lain, peguam hanyalah merupakan jurucakap kepada pihak yang berada di dalam mahkamah samada plaintiff atau defendant (OKT). Ini kerana, tidak semua orang yang tahu dan arif tentang prosedur-prosedur dan formaliti-formaliti dalam membuat tuntutan perundangan terutamanya apabila berkaitan dengan proceeding mahkamah.

Sekiranya institusi guaman tidak wujud, dalam erti kata lain, peguam-peguam tidak di lantik untuk mewakili samada bagi pihak plaintiff mahupun defendant, maka ia akan menyusahkan banyak pihak yang ingin berurusan dengan pihak mahkamah. Justeru, ia akan lebih menyusahkan lagi orang ramai terutamanya terhadap golongan buta huruf tentang proceeding mahkamah.

Maka, atas alas an inilah, institussi guaman di wujudkan bagi menangani perkara ini. Oleh yang demikian, maka amat perlulah seseorang itu diwakili oleh peguamnya untuk memastikan prosedur dalam mahkamah berjalan dengan lancar.

Oleh itu,adalah penting bagi seorang peguam yang beragama Islam, hendaklah mempunyai semangat untuk menegakkan yang hak. Namun, harus di ingat, yang hak dan batil itu tidak lagi dapat di tentukan selagi mana ia tidak di putuskan oleh jawatan kuasa kehakiman, i.e. hakim.

Terdapat banyak kes di mana peguam-peguam Islam kita tidak berani untuk membela orang kena tuduh (OKT) kerana mereka beranggapan bahawa OKT adalah bersalah. Mereka ‘judge’ seseorang itu berdasarkan kepada fakta pertuduhan sedangkan OKT tersebut belum lagi di tentukan statusnya samada bersalah ataupun tidak oleh pihak mahkamah. Oleh yang demikian, tanggapan ini jelasnya bertentangan dengan etika guaman.

‘As a general principal’ seseorang itu tidak dapat dikatakan bersalah selagi mana ia tidak ditentukan oleh Hakim.

Disana, terdapat kes dimana seseorang itu dituduh mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur, 16 tahun. Jadi, dari sudut perundungan di Malaysia, ia menjadi 1 kesalahan apabila mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur di bawah akta Penal Code.

Tertuduh (OKT) telah mengambil inisiatif untuk meminta mana-mana peguam untuk membelanya di mahkamah. Namun, tiada 1 pun peguam-peguam Islam yang sanggup untuk membela kesnya terhadap pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, dia tampil dengan dirinya sendiri tanpa di wakili oleh mana-mana peguam. Justeru itu, penghakiman dijatuhkan ke atasnya dan di penjarakan selepas didapati bersalah.

Setelah hampir 3 tahun di penjarakan, tertuduh (OKT) dibenarkan untuk dibicarakan skali lagi (re-trial) setelah terdapat beberapa unsur-unsur yang meragukan. Kali ini, ia diwakili oleh peguam bukan Islam (non-muslim). Selepas perbicaraan tersebut, barulah pihak kehakiman menyedari bahawa OKT didapati tidak bersalah dan dakwaan yang dibuat terhadapnya adalah palsu dan rekaan semata-mata.

Harus di ingat bahawa, antara yang hak dan batil itu, kebanyakannya bercampur antara satu sama lain. Maka, tidaklah ia dikatakan sesuatu itu hak selagi mana ia tidak terbukti ia adalah hak. Dan tidaklah pula ia dikatakan batil selagimana ia tidak terzahir kebatilannya.

Kembali kepada perbincangan kita yang asal, disebabkan mentality masyarakat melayu Islam, maka bilangan peguam-peguam Muslim di bahagian perundangan semakin berkurangan. Ibu-bapa tidak menggalakan anak-anak mereka untuk menyabung pengajian dalam bidang perundangan atas alasan yang telah di bincangkan di atas. Peguam-peguam Muslim semakin ketinggalan jauh kebelakang dan mulalah ia dikuasai oleh peguam-peguam bukan Islam (non-muslim). Sebab itulah, ia menjadi salah satu faktor kenapa peguam-peguam Islam semakin berkurangan di institusi guaman kita hari ini.

Kesan dari kekurangan peguam Muslim, maka banyaknya kes-kes yang dilihat, dikuasai oleh orang-orang bukan Islam. Malah, panel-panel perundangan banyak dilantik di kalangan orang bukan Islam. Jadi, bila timbulnya sesuatu isu atau memelukan jawatan kuasa untuk menggubal perundangan di Negara ini, maka terpaksalah dilakukan oleh panel-panel tersebut.

Bukanlah kita tidak mahu untuk melantik panel-panel dari kalangan peguam Muslim, akan tetapi setelah dilihat dari segi kepakaran dan keupayaan peguam Muslim kita yang sedikit, sebab itulah jumlah kita yang mewakili dalam jawatan kuasa penggubal undang-undang adalah sedikit dan kita menjadikan suara minority di dalam menetukan hal tuju undang-undang di Negara kita.

Akhir kata, bagi menyelamatkan maruah perundangan di Negara kita sendiri, kita sendiri hendaklah menukar mentality iaitu cara pemikiran kita yang salah itu. Dan, semestinya ibu-bapa hendaklah menggalakan anak-anak mereka untuk mengambil dalam jurusan perundangan bagi memastikan generasi pelapis terus wujud dan membawa kesan mendalam dalam institusi perundangan negara pada masa akan datang.Tambahan pula, di dalam dunia kita, terdapat 2 pekerjaan yang mana peluang pekerjaannya masih terbuka luas. Iaitu Doktor dan Peguam. Ini kerana, setiap hari orang sakit dan melakukan jenayah. Jadi, doctor untuk menguruskan orang sakit, manakala pula peguam untuk berurusan dengan case jenayah atau perundangan.

May 13, 2009

Pemecatan Nizar

Sekadar Berkongsi Dari Minda Pelajar Undang-undang

Berkenaan dengan penagguhan yang telah di benarkan dari Mahkamah Rayuan, ini telah memberi kesan yang mendalam di dalam minda rakyat terhadap kekukuhan dan ketelsan institusi kehakimanpada hari ini.

Menurut Perlembaaan Negara (Federal Constitution), terdapat dasar utama yang ditekankan di dalam Perlembagaan kita ini. Dasar tesebut adalah 'Separtion of Power' (Pemisahan Kuasa). Dasar 'Seperation of Power' ini melibatkan pengasinan kuasa antara Exsekutif, Kehakiman (Judiciary) dan Paliament (Legislative).

Berdasarkan kepada 'Seperation of Power', ia bermakna apa-apa keputusan yang telah ditetapkan oleh mana-mana dari Exsercutive, atau Legislative atau Judiciary, di boleh dicampur tangan oleh mana-mana pihak luar. Sebagai contoh, apabila judiciary telah menetapkan sesuatu keputusan, maka exsecutive atau legislative (parliament) tidak boleh campurtangan dengan mana-mana keputusan yang telah dibuat oleh Judiciay, iaitu mahkamah.

Namun, berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang menerima 'injunksi' (penangguhan) dari pihak perayu (Dr. Zambry) terhadap keputusan dari Mahkamah Tinggi yang menetapkan bahawa Ir. Nizar adalah merupakan Menteri Besar yang sah adalah tidak releven dan menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur campurtangan dari pihak luar.

Ini kerana, hal ini berlaku menyebabkan timbulnya persoalan dan cakap-cakap belakang dikalangan pengamal undang-undang. Maka, sekali lagi, imej institusi Kehakiman atau judiciary system tercalar dan diragui setelah apa yang berlaku terhadap Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 dimana kebanyakan Kes-kes kerajaan yang dibawa ke mahkamah tewas atau kalah.

Maka, disini, boleh disimpulkan bahawa keputusan dari Mahkamah Rayuan adalah merupakan hasil dari campurtangan dari pihak 'Exsecutive'. Sedangkan, telah termakud didalam Common Law dan Federal Constitution sendiri bahawa institusi kehakiman adalah penafsir undang-undang dan independence. ini kerana, dalam masa hanya 2 jam, mahkamah rayuan boleh menagguh sesuka hati keputusan dari mahkamah Tinggi.

Walaupun terdapat satu sistem yang lain, dinamakan sebagai 'Judicial Precedence', dimana mahkamah yang lagi tinggi dari mahkamah sebelumnya, mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan dari mahkamah yang lebih rendah dari kedudukannya.

"Susunan mahkamah : (Mahkamah Magistret --> Mahkamah Sesyen --> Mahkamah Tinggi --> Mahkamah Rayuan --> Mahkamah Persekutuan)"

Berdasarkan maklumat tentang kedudukan mahkamah diatas, walaupun mahkamah Tinggi berada lebih rendah dari Mahkamah Rayuan, namaun, untuk membuat sebarang keputusan, Mahkamah Rayuan hendaklah mengikut dan terikat dengan beberapa prosedur sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. melihat kepada perkara yang berlaku sekarang, mustahil bagi mahkamah dapat membuat sesuatu keputusan dalam masa yang singkat. iaitu hanya 2 jam sahaja. melainkan, keputusan tersebut tidak mengikut prosedur yang sebenarnya.

Dan, tidak mustahil juga dikatakan bahawa ia adalah merupakan campurtangan dari ketua Hakim negara sendiri, Yang Amat Arif Zaki. Apa-apa pun, semakin hari, institusi kehakiman negara semakin merosot dan menjunam prestasinya. Dan sebagai pelajar Undang-undang, saya pun terasa tempiasnya kerana bagi kami, kami berasa amat malu untuk mengaku pelajar undang-undang kerana persepsi masyarakat terhadap mengamal undang-undang semakin goyah. Oleh itu, sama-samalah kita menegakkan Hukum Allah, agar segala kekeliruan dan kacau bilau dapat diselesaikan dengan segera.

Wallahua'lam

Hak cipta adalah terpelihara.

Ditulis sendiri dari minda ‘Hujjati_Qalam’