Pages

Mar 19, 2011

E-Book : Nota Berkahwin Semasa Belajar - Dari Pelajar Untuk Pelajar



E-BOOK : NOTA BERKAHWIN SEMASA

BELAJAR

(Dari Pelajar Untuk Pelajar)





Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya, E-Book ini telah berjaya disiapkan!


Sekarang Sudah Memasuki Fasal Akhir!


Dimana E-Book ini akan di nilai dan di semak oleh Pensyarah-Pensyarah Dari Fakulti Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM, khas bawah Jabatan Undang-undang Keluarga Islam dan Sivil.


InsyaAllah, akan muncul seawal-awalnya pada awal bulan
April 2011
ini....!




Kandungan E-Book Ini Adalah :


1) Cara-cara @ tips meminta Izin daripada Ibu Bapa untuk Kahwin


2) Ciri-ciri Calon Suami dan Isteri


3) Bagaimana mahu mencari dan mengumpul duit sebagai seorang pelajar.


4) Cabaran dan Kelebihan Berkahwin Semasa Belajar


5) Persediaan-persediaan untuk majlis perkahwinan (Bermula dari 12 Bulan Sebelum Tarikh Nikah)


6) Peranan dan tanggungjawab seorang Suami dan Isteri


7) Tips untuk Ibu Mengandung


8) Prosedure-prosedure untuk Kahwin (borang-borang dan Ujian Test HIV)


9) Dan, macam-macam lagi..........................................................
.
..



Khas Untuk Kemudahan Anda!!

Nantikan Kemunculan dan Keluarannya Dari Saya!!!



Dari Minda :

Hujjati Qalam





Mar 17, 2011

Kenapa Hudud Tidak Dapat Dilaksanakan


Kenapa Hukuman Hudud Tidak Dapat Dilakukan


Ramai orang bercakap tentang hukuman Hudud dan Qisas. Tapi, tak ramai yang tahu apakah dia hudud dan qisas ni. Malah, sekiranya ramai yang tahu tentang Hudud dan Qisas, tetapi tidak tahu kenapa ia tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.

Apakah Hudud ni? Apekah Qisas?

Sejenis hukuman bagi haiwan ke tumbuhan?

Atau....

Sejenis hukuman yang melibatkan kemalangan atau hukuman mati?

Hudud adalah jamak bagi perkataan Had. Maka, apabila hukuman had itu banyak, ia dinamakan sebagai hudud. Hukuman had ialah hukuman yang telah ditentukan oleh Allah terhadap kadar dan bagaimana hukuman itu harus dilaksanakan berdasarkan kepada Quran dan Sunnah Nabi.

Antara kesalahan-kesalahan yang dijalankan dibawah hukuman had adalah :

1) Kesalahan berzina,
2) Mencuri
3) Minum arak
4) Qazaf (tuduh orang berzina)
5) Pemberontak
6) Merompak
7) Murtad



Sekiranya seseorang itu telah melakukan mana-mana kesalahan yang dinyatakan seperti di atas, maka, hukuman Had (hudud) akan dijalankan ke atasnya. Ketahuilah bahawa hukuman had itu adalah hak Allah (milik Allah).

Barangsiapa yang telah dihukum dengan hukuman had, maka dia akan bangkit dihadapan Allah tanpa sebarang dosa yang dipikul olehnya atas sebab kesalahan yang dilakukannya itu. Bahkan dirinya sudah diampun oleh Allah setelah dihukum dengan hukuman Had.



Manakala Qisas pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah, setimpal dengan kesalahan yang dilakukan terhadap mangsanya. Seperti :


A bergaduh dengan B menyebabkan jari telunjuk tangan B putus setelah dipotong oleh A.
maka, sekiranya hukuman Qisas dijatuhkan ke atas A, maka B boleh membuat perkara
yang sama seperti A lakukan ke atasnya, iaitu memotong Jari telunjuk A.

Atau

Sekiranya B baik hati dan sudi memaafkan A, maka A hendaklah membayar denda (Dam)
sebagai ganti nilai Jari B yang telah hilang dipotong oleh A.


Baiklah, berkenaan dengan situasi di negara kita. Sebelum kita dapat melaksanakan hukuman Hudud dan Qisas, ia memerlukan beberapa perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Pada pandangan saya, ada dua perkara yang penting harus dilakukan oleh pemerintah (sekiranya mahu menjalankan hukuman Hudud dan Qisas) iaitu :

a) Menukarkan atau menghapuskan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Civil Law Act 1956.

b) Membuat akta undang-undang baru yang memberi kuasa untuk melaksanakan Hudud & Qisan dan undang-undang tentang procedure pelaksanaannya.


Ketahuilah bahawa, kesemua tugasan di atas haruslah dilakukan di Parliament. Ini kerana, hanya Parliament sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk merangka dan meminda sebarang bentuk akta dan undang-undang dalam negara.

Kembali kepada topik, kenapakah kita harus pinda atau lupuskan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil?

Mari kita lihat, apa Seksyen 3 dan 5 cakap :

Seksyen 3(1)(a) menyatakan :

Application of U.K. common law, rules of equity and certain statutes :

3. (1) Save so far as other provision has been made or may hereafter be made by any written law in force in Malaysia, the Court shall—

(a) in Peninsular Malaysia or any part thereof, apply the common law of England and the rules of equity as administered in England on the 7 April 1956;


Malah, Seksyen 5(1) menyatakan :

Application of English law in commercial matters :

5. (1) In all questions or issues which arise or which have to be decided in the States of Peninsular Malaysia other than Malacca and Penang with respect to the law of partnerships, corporations, banks and banking, principals and agents, carriers by air, land and sea, marine insurance, average, life and fire insurance, and with respect to mercantile law generally, the law to be administered shall be the same as would be administered in England in the like case at the date of the coming into force of this Act, if such question or issue had arisen or had to be decided in England, unless in any case other provision is or shall be made by any written law.

Berdasarkan kepada Seksyen 3 dan 5 di atas, maka ini jelaslah bahawa kita sebenarnya terikat dengan undang-undang tersebut. Bahkan, dibawah seksyen 3 & 5, ia jelas menuntut setiap mahkamah di Malaysia untuk menggunakan undang-undang yang sama sebagaimana yang telah dipraktiskan di England.

Jadi, sekiranya kita betul-betul mahu melaksanakan hukuman Hudud dan Qisas, maka tidak dapat tidak, kita mustilah menukar atau menghapuskan terlebih dahulu Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Civil ini.

Dengan kehadiran seksyen 3 & 5, maka kita akan tersekat dengan undang-undang England yang lapuk dan lama.

Jadi, ia menjadi tugas Parliament untuk menukarkan kedua-dua Seksyen tersebut.

Malah, sebelum ini, sudah ramai dikalangan pertubuhan-pertubuhan, orang kenamaan di Jabatan Kementerian, para penal penasihat undang-undang Syariah, dan pelbagai agensi penasihat undang-undang telah menghantar proposer dan cadangan agar Seksyen 3 & 5 ni di pinda. Namun, tiada tindakan susulan yang dilakukan oleh Parliament.


Jadi, dengan wujudnya Seksyen 3 & 5 ini, hingga sekaranglah undang-undang kita akan terikat dengan undang-undang British yang lama dan Undang-undang Jenayah Syariah tidak akan berkembang serta dilaksanakan.




Wallahua'lam


Dari Minda :

Hujjati Qalam




Mar 15, 2011

Sukarnya Mendidik Hati

Sekeping Hati...


"Mat.... Abah nak pesan ni, jangan lupa jaga solat.. Kalau boleh, solat di awal waktu.." pesan abah.


"Baik Bah...." jawabku dengan ringkas.


"Bukan pe, dulu abah nampok Mat kuat dan bagus, cuma lening nampok semakin 'lere sket' (lagho sikit) dalam bab-bab smayang (solat) nih..."

"1 lagi abah jarang doh tengok Mat ngaji... Quran tu kena jaga, kalu dok (tak) dia lari dan cepat mudah lupa...." tambah abah dengan penuh ketegasan.


"Baik Bah.. InsyaAllah... Doakan Mat ye.." balasku....



Itulah pesanan yang selalu di sampaikan oleh Abah apabila setiap kali aku menelefon mereka di kampung. Sudah pastinya ia menjadi satu kata-kata atau pesanan yang terakhir sebelum kami memutuskan talian perbualan.

Aku bersyukur dikala aku dikurniakan seorang ayah yang cukup garang bagaikan seekor singa di tengah padang, maka terbentuklah diriku sampai sekarang. Jikalau tidak, sudah pastinya aku tidak lagi menjadi insan seperti sekarang.

Walaupun aku semakin menigkat dewasa, namun pesanan itulah yang selalu diberikan oleh Abah samada ketika aku mahu pulang ke pusat pengajian mahupun ketika berada di talian telefon. Hampir saja aku dapat hafal terus 'skrip' akhir yang keluar dari mulutnya.

Namun, itulah hakikatnya yang keluar dari mulut seorang Ayah yang selalu mengingatkan anaknya. Bukanlah bermakna kata-kata tersebut menggambarkan diri kita sebenar, namun ia adalah sekadar 1 perbandingan yang akan membuatkan kita untuk sentiasa lakukan yang terbaik dari semalam.

Namun, aku memang akui bahawa memang terdapat perbezaan dalam diri kita samada yang dulu mahupun sekarang. Ini kerana, manusia itu sentiasa berubah-ubah sikap dan perangainya...

Setelah di selidik kembali, baru aku tahu bahawa hati itu sangat susah untuk di jaga.

Malah, kerana 'Hati' itu tidak terjagalah maka akan membuatkan perubahan sikap dan perangai kita.


Bahkan, kalau kita perhatikan betul-betul tentang diri kita, barulah kita dapati bahawa aktiviti kita seharian adalah bergantung kepada hati kita.

Andai sekiranya kita rasa tidak selesa dan kurang gembira pada hari yang tertentu, sudah pastinya kita akan tahu bahawa ada 'something' yang tak kena sebenarnya dalam hati kita itu.

"Ya Allah, memang susah nak jaga hati... kadang-kadang aku selalu tertipu dengan ujian yang engkau berikan"

"Sesungguhnya aku lemah Ya Allah... Tidak terdaya aku untuk mengharungi tipu-daya mu melainkan hanyalah dengan pertolongan dan petunjuk darimu"


Kenapa perlu berdoa begini?

Sebab, kita selalu tertipu dengan ujian dan tipu daya dari Allah. Sebab kita selalu ingat bahawa diri kita hebat dan gah. Keegoan yang menebal akan menutup segala jalan cahaya menuju Tuhan yang Esa.

Ya Allah, peliharakanlah hati ku ini.

Banyaknya dosa dan titik-titik hitam yang bersarang di dalam hati.....

Dosa mengumpat,

Dosa buruk sangka,

Maksiat-maksiat,

Dosa kealpaan,

Dosa kelalaian,

Dosa ................ dan ........


...............

........................

.................................

Malunya..... sungguh malu aku untuk mengangkat wajah ku untuk menghadap mu....


"Ya Allah, andai hati aku sudah kering dan mati dari mengingati mu, maka gantikanlah hati aku ini dengan hati yang baru......."


Dari Minda :

Hujjati Qalam




Mar 11, 2011

Pakaian Tudung Wanita Islam

Pakaian Islam




Ramai dikalangan kita yang salah faham dengan trend pemakaian zaman sekarang. Bahkan, ramai yang terkeliru dengan pemakaian yang betul-betul mengikut syariat Islam.

Hari ini, orang salah faham dengan etika pemakaian Islam. Apabila kita lihat cara seseorang itu memakai pakaian ala 'orang arab', maka dengan mudahkan kita akan mengatakan bahawa pemakaian tersebut adalah 'Islamic'.


Bahkan, sekiranya seseorang artis itu mula menggayakan cara bertudung, maka dengan cepat kita ikuti dan jadikan mereka sebagai tauladan secara membabi buta. Malah, menjadikan cara pemakaian mereka sebagai panduan.


Akan tetapi, yang sebenarnya adalah pakaian tersebut tidak pun mengikut standard yang diluluskan oleh syarak. Namun, oleh kerana pengetahuan ilmu yang kurang, maka terjadilah macam tu.

Baiklah, ingin saya fokuskan kepada pemakaian 'Tudung' dikalangan kaum perempuan. Ketahuilah, yang penting dalam pemakaian tudung adalah, ia merangkumi aspek :

1) rambut & kepala

2) menutupi seluruh dada dan bahu


Kenapa?


Kerana percayalah, apabila bahagian-bahagian tertentu seseorang wanita itu terdedah, maka sudah tentunya ia memberi peluang yang mudah untuk sesetengah orang membaca tubuh badan wanita tersebut.

Percayalah! Dalam dunia ini memang wujud orang yang boleh membaca karektor, sifat-sifat peribadi, kerahsiaan dan 'kegadisan' seseorang wanita tersebut.


Oleh itu, apabila tubuh badannya sudah terdedah, maka tiada lagi yang 'SPECIAL' tentang dirinya. Dan ketahuilah, sekiranya ada mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya, ia hanyalah berdasarkan kepada Hawa-Nafsu semata-mata. Bahkan, lelaki tersebut bukanlah mahu menyintai dirinya dengan sepenuh hati, cuma kerana terpikat dengan keghairahan bentuk tubuh badannya.

Jadi, mahukah anda, duhai para wanita sekalian mendapat calon jodoh 'Suami' or 'kekasih' yang berperangai sedemikan? Biasanya, lelaki yang macam ini adalah bersikap :

Habis Madu, Sepah Dibuang

Cuba perhatikan Gambarajah di bawah, yang manakah mengikut syariat Islam?











Wallahua'lam

Dari Minda :

Hujjati_Qalam


Feb 14, 2011

Ni Baru Betol-betol Pendakwah


Ni Baru Betol-betol Pendakwah!



MasyaAllah. Hebatnya orang alim ulama yang di saluti tasauf. Dia duduk dengan orang jauh sekali perbezaannya dari dirinya, dengan begitu rapat sekali.

Jika di lihat, tiada renggang sedikit pun. Senyuman dan iras dimukanya jelas sekali tiada perasaan jijik dan malu bersama dengan orang yang teruk. Nampak rock and roll lagi dengan rambut dan pakaian macam tu.

Inilah kebersihan dan kemurniaan hati bagi seorang daie.

Tidak kisah dengan pandangan orang apabila ia duduk dengan orang macam itu. Bahkan, tidak malu pun nak bergambar dengan golongan seperti ini. Asalkan agamanya terjaga dan dapat membawa manusia kembali kepada Allah.

Wallahua'lam


Dari Minda :

Hujjati Qalam



The Born of The Prophet Muhammad

Our Beloved Prophet



This is a right time to have a great fresh memory about our beloved Prophet Muhammad for what he had done before. With his full commitment, he take the challenges in facing and confronting the Jahiliyyah people for spreading the Islam.

With tears and paint, the prophet did not easily give up and had no tolerance in his spirit for introducing Islam in this world. By looking at the history, how hard the prophet had to feel the threat and pressure which had been given by the Arab people during that time who worship the Idols.



Some of them want to kill him and love to see our Prophet Muhammad died. Even, there were many occasions where the life of the Prophet been threatened by the assassins who had been hired by the arab people itself. Besides, his uncle, Abu Lahab and Abu Jahal were said to involve in the conspiracy of the killing of the Prophet.

However, the God, Allah is the best in managing his plan. Even tough there were conspiracies to kill the Prophet, all will make them fail and save the HIS Messenger.

Its really sad when our own family tried to kill us, especially our beloved uncle. How do you feel?

The born of the Prophet Muhammad bring a lot of meaning in teaching us how to become a good human being. Before this, people living in ignorance and always fighting each others. Humiliating others is part and parcel in their lives.

That is the reason why the prophet said that :

"Innama buith tu, li utammima maka rimal akhlaq"
Justify Full
"The purpose that I had been send to this world is to teach the people about the ethics and to correct behaviors"

Thus, it is material and important to strongly remember toward our prophet about his sacrifice and contribution in teaching the wonderfulness of Islam. Without him and his companions, we know nothing about Islam and we are totally live in ignorance.




Last but not least, in conjunction with the birth date of the Prophet, let us celebrate it by having a strong remember about HIS contributions and donate HIM by reciting al-Fatihah.

Wallahua'lam

Http://hujjati.blogspot.com



Feb 13, 2011

Ciri-ciri Calon : Antaranya

Ciri-ciri Calon Pasangan : Antaranya....



"Ustaz, sempena hari terakhir ini, bagilah saya 1 nasihat atau tips...." minta saya dengan gurauan nakal. Biasalah, hari itu adalah hari yang terakhir bagi saya ketika berada di Madrasah KubangBujuk.

April, Memori ini tetap basah dalam ingatan walaupun sudah 6 tahun berlalu, iaitu pada akhir bulantahun 2005 sebelum menyambung belajar ke matrikulasi UIAM, Petaling Jaya.

"Hish, awak ni.... Ada-ada je... Tadi yang Ustaz berleter panjang lebar tu ape? Tak dengor ke?" kata Ustaz Wan.

Ustaz Wan adalah seorang ustaz muda yang berumur 29 tahun dan masih belum lagi mendirikanrumah tangga. Beliau merupakan seorang Guru tasmi' hafalan Quran di sebelah kelas saya.

Penerampilan dan gaya beliau yang sentiasa memakai serban ke mana sahaja beliau pergi telahmenarik minat saya untuk mendekati beliau tambahan pula beliau adalah graduan Pondok.

"Ala ustaz.... tu nasihat. Ni saya nak mintak tips pulak" beritahu saya dengan muka yang tersengih-sengih.

"Haa, tips pe pulak?" tanya Ustaz Wan.

"hehe.... Tips cari calon.." luah saya secara spontan dengan perasaan malu-malu. Hahaha

Tidak di nafikan lagi, Ustaz Wan ni memang seorang yang mempunyai banyak tips-tips dannasihat. Jadi, mana mungkin akan saya lepaskan peluang untuk membongkar tips-tips yang dimilikinya.

'"Ye la, umor saya kan semakin meningkat nanti, dan time blajar kat U ni lah peluang nakmengintai-mengintai' calon... he he he" tambah saya lagi.



"Hish gatal...! Orang masuk U, nak belajar. Awak masuk U, cari calon pulok doh" kata Ustaz Wan dalam ketawa kecilnya.

"Ala Ustaz ni, menyelam biarlah sambil minum air skali. Tak salah kan? Share la sikit ustaz...." minta saya dalam nada yang nakal.

Secara ringkasnya, antara banyak-banyak tips dan perkara yang Ustaz Wan share dengan saya, terdapat 1 perkara yang menarik untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan sekalian dalam mencari calon.

"Awak cari seorang yang dengar cakap dan nasihat awak. Apabila awak mengarahkannya @ suruhnya buat sesuatu, ia terus melaksanakannya dengan segera tanpa banyak soal dan sebarang bantahan."



"Dan seseorang yang tidak menunjuk-nunjuk kepandaiannya di hadapan suaminya. Apabila suaminya tersilap, ia akan terus memberikan pandangannya dengan penuh hikmah dan halus. Tapi, bukanlah dengan cara melawan."

"Dan carilah seseorang yang menjadikan suaminya sebagai seorang Raja nescaya dia tidak akan dapat jadi Queen Control" Kata Ustaz Wan.



"Kalu macam tu, saya kena cari yang jenis Ustazah la, kan?" tanya saya dengan penuh musykil.

"Oh, tidak! Tidak semestinya... Carilah yang mengamalkan agama dan sedia menerima tunjuk ajar dari awak. Kerana, tidak semestinya yang Ustazah-ustazah tu tergolong di kalangan orang yang mengamalkan agama dan sedia menundukkan dirinya di hadapan suami"

"Kadang kala, ada juga dikalangan Ustazah-ustazah yang 'Control' suaminya dan melawan cakapsuami. Bahkan, silap-silap dia pula yang akan keluarkan dalil-dalil dari Quran and Hadith untuklawan cakap awak. Akhirnya, awak pun jadi Pak Turut dan dia menjadi Queen Control" kah kah kah ketawa Ustaz Wan.

"Jadi? kalu camtu, macam mane nih?" tanya saya dengan keliru.



"Yelah, sebaik-baiknya, cari lah di kalangan yang :

1) nampak macam ustazah atau,
2) Islamic atau
3) memang ustazah,

yang mana di antara mereka ini memang amalkan agama" tambah Ustaz lagi.

"Kalu macam susahla Ustaz, cam mane saya nak tau..." dahi saya terus berkerut-kerut dengandi selubungi 1001 persoalan




"Lor, apa pulak yang susahnya..... Awak pilih la betol-betol dan lepas tu awak jalankan la ujian saringan" sengih Ustaz Wan.

"Ujian saringan? Macam mane tuh?" bertambah lagi la kepala saya menjadi kusut dan pening.

"Senang je... Ok, Macam ni, first, awak buat ......................... Second, ..........................................., Kemudian ........................................., Lepas tu, ..........................................." bagitahu Ustaz Wan dengan penuh strategi.

"Fuh, hebat jugak Ustaz Wan ni....." Bisik hati kecil saya.


*Untuk mengetahui langkah-langkah dengan lebih lanjut tentang Nasihat dan Tips-tips dari Ustaz Wan yang panjang lebar ini, sila nantikan keluaran E-Book dari saya nanti..

Nantikan Kemunculannya......



Dari Minda :

Hujjati Qalam



Feb 9, 2011

Shaolin Movie

SHAOLIN MOVIE



Pada hari Isnin baru-baru ini, saya berkesempatan untuk singgah sebentar di Panggung Wayang, KLCC untuk melihat sebuah cerita yang begitu menarik perhatian saya. Cerita ini banyak berkisarkan tentang pengajaran, pengorbanan dan sejarah.

Kesimpulan yang dapat saya kongsikan di sini adalah kita tidak akan berasa puas hati walaupun kita sudah memiliki segala-galanya. Sifat tamak dalam diri dan tiada toleransi akan membuatkan kita hanyut dibuai keinginan nafsu serakah tanpa merasa cukup dengan apa yang ada. Sehinggakan sifat yang tamak itu memberikan kesan yang buruk dan akan memakan diri sendiri.


Saya begitu terkilan dengan corak jalan cerita yang di bawa oleh Pengarah Filem ini dalam menekankan prinsip nilai-nilai keagamaan dan budi pekerti yang tinggi. Sehinggakan ada dikalangan penonton yang melihat movie ini menangis teresak-esak!

Saya turut mendengar suara rengetan sedih oleh penonton di sekeliling saya dalam menghayati suasana kepedihan dan kesulitan yang dihadapi oleh watak dalam cerita Shaolin ini.
Corak keagamaan Buddha cukup memberi satu impak yang besar dalam seni penyebaran dakyah agama Buddha kepada masyarakat melalui Movie Shaolin ini dan ia nampak begitu berkesan!

Semasa menonton movie ini, saya terfikir juga andai ada atau wujud di kalangan Pengarah Filem yang Muslim, yang mampu untuk membuat satu cerita yang berkisarkan tentang perjuangan Islam yang sebenarnya. Pada ketika itu, mulalah saya terfikir tentang jalan cerita yang berkisarkan tentang pahitnya perjuangan Islam di medan perang dalam menegakkan agama Islam.

Cerita-cerita seperti inilah yang sepatutnya wujud dan patut diadakan oleh Pengarah-Pengrah Filem Muslim dalam menyampaikan ajaran Islam. Saya kira, sekiranya ada filem-filem seperti ini, sudah pastinya ia akan membuatkan orang menangis teresak-esak dalam menghayati perjuangan para sahabat nabi dan juga pejuang-pejuang Islam.


Malah, setelah menonton filem sebegini juga, saya pasti dan yakin, akan terbit perasaan insaf dalam diri penonton dan mereka akan sedar tentang peranan masing-masing dalam penyebaran agama Islam.

Kenapa?

Cuba anda bayangkan, orang Melayu beragama Islam boleh menangis apabila menonton cerita Cina Buddha ini, apatah lagi sekiranya cerita tersebut berkisarkan sejarah tentang kepedihan dan kesusahan yang di alami oleh pejuang-pejuang Islam pada zaman dahulu.


Subhanallah! Allahuakbar!!


Selain itu, memang sangat jelas bahawa China sekarang sedang menguasai ekonomi dunia. Jadi, antara langkah-langkah yang di ambil adalah mengeluarkan lebih banyak filem-filem berbentuk sejarah bagi memberi peringatan kepada kaum Cina di luar sana untuk terus bersatu dan bekerjasama!

Ini kerana, dengan paparan sejarah negara China pada zaman dahulu, ia memberi satu gambaran betapa teruk, susah, pahit dan siksanya zaman itu akibat berlakunya perpecahan dan pergaduhan sesama bangsa Cina sendiri.

Paparan sejarah inilah menjadi satu slogan : "Cukuplah Perpecahan Sesama Sendiri"


Nota :

Saya sarankan kepada sahabat-sahabat untuk tengok cerita ini sebagai kajian sejarah, perjuangan, kesan tamak kuasa dan perpecahan dan keperluan berpadu tenaga.


Dati Minda :

Hujjati Qalam


http://hujjati.blogspot.com