Adik : Abg Ashraf, saya ni teruk kan……?”
Saya : Aik, kenapa cakap macam ni. Abg tengok kamu ok je?
Saya lihat mukanya semakin merah dan air mata mula memenuhi kelopak matanya. Menuggu masa untuk jatuh mengalir ke pipinya.
Adik : Sebenarnya……….. Saya ni takde maruah lagi dah.... Saya terlanjur dengan Azrul (bukan nama sebenar). Tapi……. tak lama lepas tu, dia tinggalkan saya..
Saya : Astarfirlah….
Cerita di atas merupakan satu kisah yang benar dan lagi nyata. Walaupun saya agak terkejut pada awalnya dengan pengakuan darinya, namun berdasarkan dari pengalaman saya, saya dapati bahawa perkara ini sudah menjadi satu wabak penyakit terhadap kehidupan remaja kita hari ini dan saya tidaklah begitu terkejut. Ini kerana, apa yang saya lihat, setiap ‘couple’ tidak akan terlepas dari masalah ini. Jika mereka tidak terlanjur pun, pasti buah-buah yang ‘ringan’ (maksiat) telah mereka lakukan bersama.
Namun, yang menjadi masalah sekarang ialah, kebanyakan mereka yang datang mengadu pada saya adalah perempuan dikalangan yang sedar tentang ‘kesalahan dan kesilapan’ setelah mereka ditinggalkan oleh teman lelaki atau setelah ‘Clash’. Cuma, terdapat 1 atau 2 kes sahaja dimana perempuan itu menyedari kesilapannya datang dari dalam dirinya sendiri. Kemudian, saya mengambil tindakan dengan memisahkan dirinya dengan teman lelaki kerana saya tahu, mereka pasti tidak akan dapat ‘berkahwin’ kerana keluarga tidak merestuinya.
Maka terselamatlah seorang perempuan diatas muka bumi Allah ini dari terus berada di kancah maksiat. Akan tetapi, bagimana pula dengan anak-anak dan adik-adik perempuan kita yang lain? Adakah mereka berada dalam keadaan yang selamat? Sepatutnya, perkara inilah yang kita perlu risaukan. Bukan sekadar mencari duit dan keperluan hidup sahaja. Ini kerana peratusan remaja yang terlibat dengan ‘Seks Rambang’ semakin meningkat, iaitu seawal usia 12 tahun, samada lelaki atau perempuan.
Ada beberapa kes itu yang melibatkan ‘pregnant’. Tapi, kandungan tersebut telah digugurkan disebuah klinik swasta Alhamdulillah, sekarang dia telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dan, saya dimaklumkan baru-baru ini mereka hendak mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini. Syukur kerana lelaki itu nampak banyak berubah dan lebih bertanggungjawab.
Berdasarkan kepada pengalaman saya, masalah ini tidak megenal siapa. Samada seseorang itu alim’, warak, solehah, social person, liar, atau nakal, semua terjebak ke dalam masalah ini. Mengikut pemerhatian saya, ada juga perempuan yang lemah lembut dan baik, terjebak. Malah ada juga yang Nampak macam solehah, tetapi pernah juga tersilap langkah.
Dalam hal ini, apa yang saya amati, saya tidak mahu menyalahkan terhadap perempuan 100%. Ini kerana, perempuan yang tergolong dalam kalangan yang lemah lembut dan baik ini, kebiasaannya mudah tertipu dan percaya dengan pujuk rayu dan tipu helah oleh teman ini kerana lelakinya. Ini kerana jiwa dan hati mereka sangat lembut dan mudah tersentuh dengan janji-janji serta kata-kata manis.
Jadi, kadang-kadang tu, saya sendiri tidak mempercayai yang adik angkat saya itu telah terlanjur. Ini kerana, cara pemakaian, akhlaknya dan cara dia bergaul dengan orang, tidak menunjukkan bahawa dia merupakan dikalangan orang yang seteruk macam tu. Sukar untuk digambarkan difikiran bahawa dia telah melakukan kesilapan sejauh itu.
Namun, selagi mana kita berfikir dengan rasional, insan manakah yang tidak pernah melakukan kesilapan, selagi itulah kita akan sentiasa merasa belas kasihan terhadap mereka. Cuma kesilapan tersebut samada besar atau kecil.
Sebab itulah, kita tidak boleh membiarkan mereka dan meninggalkan mereka begitu sahaja. Kita hanya pandai memarahi dan melemparkan kata-kat keji dan nista terhadap mereka. Namun, kita tidak pernah untuk mendalami dan menijiwai perasaan dan keadaan mereka. Sebenarnya, mereka sendiri tidak mahu perkara ini berlaku terhadap mereka.
Mengikut sesetengah cerita dari mulut mereka, semuanya berlaku dengan cepat dan pantas. Apabila nafsu bergelora dan bergolak, semua perkara menjadi tidak terkawal dan ia terus membuka ruang kepada syaitan untuk terus mengorak langkah dengan lebih jauh untuk merosakkan umat manusia.
Sebab itulah, kita hendaklah sentiasa diajar dan diminta untuk berdoa pada Allah agar dijauhi dari tipu daya dan helah syaitan agar diri kita terselamat.
Wallahua’lam