Pages

Nov 9, 2012

Kebijaksaan Yang Sebenar



"The Ultimate Wisdom Is, Knowing You Know

Nothing."


Melihat kata-kata ini, mengingatkan saya tentang sesuatu peristiwa dimana ketika itu, saya duduk dengan seorang abang, Abang Hanafi, ketika saya belajar di Kubang Bujuk.

Masih ingat lagi cara beliau yang sentiasa bersahaja dan tidak banyak bercakap.

Satu hari, setelah berbual-bual dengan beliau, beliau pun beredar. Selepas itu, datang seorang rakan mendekati saya.


"Eh, tau dok (tak) mu cakap dengan sape?" tanya rakan saya.

"Tau.. Abg Hanafi kan? Bakpe? (kenapa)" jawab saya dengan ringkas.

"Mu napok (nampak) je dia senyap gitu (begitu), bise (berbisa) tu....." bagitahu rakan saya.

"Bise ganer gok? (berbisa macam mane)" tanya saya dengan penuh perasaan ingin tahu. Maklumlah, ketika itu saya baru sahaja masuk ke sana selama beberapa minggu.


Saya dikhabarkan yg beliau merupakan seorang yg tinggi akhlaqnya, dan kuat amal ibadahnya. Malah, abg Hanafi juga merupakan antara salah seorg pelajar yg cemerlang Kelas Alim, di Madrasah Kubang Bujuk. Maklumlah, sistem madrasah ni lain dari sistem Ma'ahad Tahfiz atau Darul Quran Kuala Kubu.

Kat sini, ia hanyalah mempunyai dua aliran, iaitu aliran Kelas Hafiz dan aliran Kelas Alim. Kelas Hafiz hanyalah dikhaskan bagi mereka untuk menghafal Quran 30 Juzuk. Biasanya, terdiri dari kalangan umur 11 - 25 tahun.

Aliran Kelas Alim pula disediakan bagi mereka yang sudah habis Hafal Quran atau bagi mereka yg ingin belajar tentang Syariat Islam dengan lebih mendalam.

Pengajaran kelas tersebut hampir sama dengan sistem pondok dari sudut kitab-kitab yang digunakan dan hafalan beberapa matan, seperti Matan Jurmiah, Matan Mina' dan pelbagai mantan lain lagi.

Cuma, bezanya sistem madrasah dgn sistem pondok adalah sistem kat sini terdapat peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Pelajar-pelajar kat Kelas Alim perlu menghabiskan sebanyak 8 kelas, iaitu 8 tahun untuk dikira tamat belajar.

Ketika itu, Abg Hanafi berada di Kelas Alim 6. Kadang-kadang bila bercakap dgn beliau, terasa tiada dinding atau jurang pemisah antara kami berdua, walaupun dia mempunyai banyak ilmu, dan amalan zikir tetap hariannya banyak.


Sepanjang pergaulan saya dgn beliau, tak pernah lagi saya rasa dia bercakap besar atau takabbur dgn diri sendiri. Biasanya, kalau bercakap dengan dia, dia banyak mendengar dan memerhati sahaja.

Kadang-kadang rasa mcm bosan juga sbb nampak dia senyap aje. Nampak mcm seolah-olah dia ni tak tahu apa-apa atau jahil tentang sesuatu perkara.

Tapi, bila sekali dia buka mulut, menusuk qalbu sampai ke tulang sum-sum! Kalau sekali dia bagi nasihat, sebok sampai dada. Berbisa sungguh kalamnya!

Sebab itu, orang yg diam ini, tidak boleh dipandang sebelah mata. Lebih-lebih lagi kalau orang tu jenis yang kuat beramal. Fuuhh, kata-katanya boleh menghiris hati sampai ke tua!

Orang Terengganu kata : "Makang dalang.... bekah molek kat hati"


Biasanya, kalau tanya soalan kat dia, jaranglah dia cakap dia tahu tentang sesuatu masalah tu. Biasanya, dia akan diam, atau dia akan jawab tak berapa tahu. Tapi, dari gaya dia merespon selepas itu, hakikatnya dia memang tahu & arif tentang hal tersebut.

Saya cerita kisah beliau nih, bukanlah semata-mata kerana taksub atau takjub kat dia. Tapi masej sebenar yg saya nak bawak adalah kelebihan yang ada pada diri beliau, tapi beliau tak menunjuk2...

Pernah datang seorang sahabat dan berdebat dengan beliau. Kelihatan sahabat tersebut mengeluarkan hujah, dalil-dalil Quran n Sunnah, serta kata-kata yg fasih sekali, namun kadang-kala ternampak sedikit keemosiannya yg gagal dikawal dgn baik.

Tapi, bila saya tengok balik kat muka Abg Hanafi, kelihatan dia begitu tenang sekali. Diawal perdebatan & perbincangan tersebut, kelihatan dia banyak memberikan peliang kepada sahabat tersebut bercakap. Dia banyak mendengar sambil mengangguk2kan kepalanya.

Pada mulanya, saya memang tak puas hati. Kenapa la Abg Hanafi tu tak balas balik dengan hujah2nya.. Pelik rasanya. Geram jugak la rasa hati nih.


Lepas sahabat tu blah aje, saya pun pegi hampiri Abg Hanafi tu sambil berkata :

"Abg Hanafi, kenape abg tak balas balik dengan hujah abg sendiri? Bukan ke pandangan abg dalam hal ni cukup berbeza ke dgn dia??" tanya saya kehairanan.

"Bukan semua situasi kita perlu berhujah. Orang yg berdebat ni, adalah hakikatnya asalnya dia mahu mencari kebenaran. Jadi, biasanya dia akan datang dengan dada yang kosong, bagaikan cawan yang kosong." jelas beliau.

"Cawan yg kosong, maka mudahlah kita nak masukkan air kedalam cawan tersebut. Tetapi, andaikata dia datang berdebat umpama cawan yang penuh berisi air, bagaimana mungkin kita nak isi air lain lagi andai cawan tersebut dah penuh?? Bukan ke sia-sia aje kalau kita terus tuang air, sedangkan air tersebut melimpah keluar?" jelasnya lagi.


Wah! Tercengan saya dibuatnya. Mantop sungguh pemikiran abg Hanafi nih!

So, andai orang tu mari berdebat semata-mata mahu menunjuk-nunjuk ilmu didadanya, maka cukupla kita layan dia dengan angguk-angguk kepala. Kalau tak, buat penat mulut aje.. Air liur pon boleh habis jugak.

Tapi, kalau benar-benar berdebar kerana mencari kebenaran, barulah kita nyatakan hujah yang ada disisi kita. Pada masa yang sama, ilmu kita akan bertambah kalau kita berdebat dengan orang yang memang ikhlas sebegini.

Apa yang saya ingin ketengahkan disini, walaupun abg Hanafi ini mmpunyai banyak ilmu, hafiz Quran dan alim, dia tetap kelihatan merendah diri dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

Lagi banyak ilmu didada, lagi byk amalan yg diamalkan, maka lagi kelihatan hendah diri pada tutur katanya.


Mengikut resmi padi : "Lagi banyak berisi, makin kelihatan tunduk ke bumi"


Kagum sekali saya terhadap beliau. Bukan senang nak pakai sifat sedemikian dalam hidup, lebih-lebih andai kita mempunyai kelebihan dari orang lain. Susoh boh! Memang payoh lar kalau orang biasa macam kita nih...

Tapi, tak mustahil bagi kita nak jadi seperti beliau andai kita benar-benar ikhlas dan menjaga hubungan kita  dengan Allah. InsyaAllah, semuanya tidak akan mustahil. Amin....


Wallahua'lam


Dari Minda : 

Hujjati


Nov 8, 2012

Perubahan Akan Berlaku

Changes need to be done


Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, akan terbit kembali sinar harapan untuk meneruskan bidang penulisan.

InsyaAllah, dengan perubahan yang telah dilakukan pada versi, wajah dan struktur, sudah semestinya akan menambahkan semangat untuk terus menulis, menulis dan terus menulis.


Nantikan update seterusnya....

Wassalam

May 11, 2011

Sudah Dipasarkan!!



Cepat-cepat!! Sekarang Sudah Dilancarkan...



"Ayat-Ayat Kahwin Muda"



Alhamdulillah!
Sekarang ini, Buku ini sudah siap!
Baru sahaja dilancarkan!



Setiap pembelian E-Book "Ayat-ayat Kahwin Muda" akan mendapat :


1) 6 DVD Percuma





2) Prosedur Sebelum Kahwin



3) Petua Kesihatan Wanita




Boleh rujuk ke laman web ini untuk maklumat selanjutnya.


http://www.kahwinmuda.com



Apr 19, 2011

UP-DATE SEMASA !!!


UP-DATE SEMASA !!!




E-BOOK : NOTA BERKAHWIN SEMASA

BELAJAR atau Di USIA MUDA

(Dari Pelajar Untuk Pelajar)




Alhamdullilah... Syukur pada Allah..



Akhirnya E-Book Ini Sudah Siap!



Sekarang cuma tinggal proses 'editing' dan

'design'
sahaja.




Akan keluar pada akhir bulan April

ini.




Buku ini telah di pandang sisi oleh :


1) Prof. Dato' Dr. Sidek Baba - (Seorang Pakar Motivasi yang terkenal)


2) Al-Fadhil Ustaz Dato' Hamidon - (Mantan Timb. Rektor UIAM)


(Bersama Prof. Dato Dr. Sidek Baba)


Dan di semak oleh :


1) Al-Fadhil Ustaz Hamid Jusoh Al-Butri - (Pensyarah UIAM-Fakulti Undang-undang - Dari Jabatan Undang-undang Jenayah Dalam Islam)

2) Assistant. Prof. Dr. Noraini Hashim - (Pensyarah UIAM - Fakulti Undang-undang - Dari Jabatan Undang-undang Keluarga Sivil dan Islam)

3) Assistant. Prof. Dr. Ramizah Muhammad - (Pensyarah UIAM - Fakulti Undang-undang - Dari Jabatan Undang-undang Keluarga Sivil dan Islam)



Kandungan E-Book ini adalah :


1) Cara-cara @ tips meminta Izin daripada Ibu Bapa untuk Kahwin

2) Ciri-ciri Calon Suami dan Isteri


3) Bagaimana mahu mencari dan mengumpul duit sebagai seorang pelajar.


4) Cabaran dan Kelebihan Berkahwin Semasa Belajar


5) Persediaan-persediaan untuk majlis perkahwinan (Bermula dari 12 Bulan Sebelum Tarikh Nikah)


6) Peranan dan tanggungjawab seorang Suami dan Isteri


7) Tips untuk Ibu Mengandung


8) Prosedure-prosedure untuk Kahwin (borang-borang dan Ujian Test HIV)


9) Dan, macam-macam lagi..........................................................
.




Tunggu!!!


Kepada sesiapa yang membeli E-Book ini, pihak kami juga akan memberikan Video Rakaman Sesi Interview, Secara Percuma, bersama dengan :


1) Professor Dato' Dr. Sidek Baba

2) Al-Fadhil Ustaz Dato' Hamidon Abd. Hamid

3) Al-Fadhil Ustaz Hamid Jusoh Al-Butri

4) Assistant. Prof. Dr. Noraini Hashim

5) Assistant. Prof. Dr. Ramizah Muhammad

6) Temuramah khas bersama Pasangan Pelajar Yang Berkahwin.



*Nota :

InsyaAllah, akan dilancarkan dalam masa 2 minggu dari sekarang, iaitu Akhir Bulan April ini...

Nantikan Kemunculannya.....

Tempahan akan dibuka... Dan, terdapat juga tawaran untuk Affiliate.


Wallahua'lam


Hubungi Saya :

H/p : 013-3428675

E-Mail : hujjati@gmail.com



Apr 13, 2011

Aku Bengang!


Aku Bengang!




Kenapa kita agak risau dengan kata-kata orang kat belakang? Adakah ia benar-benar menjejaskan jumlah nasi kita makan setiap hari?

Adakah ia akan membuatkan kita semakin kurus kerana kelaparan?


Begitu bodoh sekali kita sekiranya kita membiarkan diri kita terseksa kerana kita terus-menerus berfikir apa yang orang cakap-cakap tentang hal kita dibelakang.


Wal hal, sebelum ini, di saat kita susah batang hidung mereka pun tidak nampak.


Namun, bila kita senang mudah sahaja ada orang yang berkata-kata dan mengumpat pasal kita!


Apa kejadah mereka semua ini?

Tidak ada kerja je?
Atau memang kerja mereka mengumpat dan berkata-kata buruk tentang orang?

Ahhh!!

Banganglah! Bodoh! Bahlol....!!!!


Tahi Hidung Masin!!!




Inilah ungkapan yang sering kita lontarkan apabila kita berada di situasi yang sangat tertekan. Hati kita mula menjadi sensitif apabila orang mula-mula bercakap tentang hal kita.


Namun, kita tidak sedang bahawa kita juga pernah melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Semasa itu, kita sedikit pun tidak ada perasaan malu untuk menuduh dan bercakap-cakap hal orang lain.




Padahal, kita sebenarnya akan mengalami perkara yang sama sekiranya ia berlaku kepada kita. Bahkan, lebih lagi.


Kita akan mengamuk tak tentu hala dan akan terasa mahu menikam sahaja terhadap sesiapa yang membawa mulut pasal kita.


Yang kelebihan pada diri orang, kita tidak nampak. Yang nampak adalah keburukan dan gosip tentang diri orang. Padahal, keburukan diri sendiri kita tak pernah duduk seketika untuk memikirkan.


Tiada kerja lain dalam satu hari, melainkan hanyalah bercakap-cakap tentang hal keburukan dan kelemahan orang. Diri kita yang sudah busuk dan teruk itu, kita tak perasan. Bau busuk orang yang beribu batu kita boleh berbau.


Gajah di depan mata, tidak nampak. Kuman di sebarang laut, nampak dengan jelas.


Kalau dah dasar hati busuk, nak buat macam mane. Ia pasti busuk!


Namun, apakan daya. Kita tak sedar apa yang kita buat. Memang sedap bila mengata kat orang, tapi, bila diri sendiri yang kana barulah kita kenal langit itu tinggi dan bumi ini luas.


PENYELESAIAN


Sudah menjadi lumrah dan tabiat manusia unuk melihat kelemahan dan kekurangan orang. Kita terlalu sibuk dengan hal peribadi orang lain sehinggakan hal kita sendiri kita lupakan.





Sebab itulah, seorang wali Allah, yang bernama 'Rabiatul Adawiyah' jarang sekali berbicara dan beliau banyak menghabiskan masanya untuk memikirkan tentang hal dirinya sendiri.


Ya! Memang benar sekali...!!


Apabila kita sibuk menghitungkan kesilapan dan dosa-dosa kita kelmarin, kita pasti akan terlupa untuk memikirkan tentang hal orang lain. Bahkan, dosa-dosa kita kelmarin, tidak cukup untuk kita fikirkan dalam masa 1 hari.


Tidak lagi di campur dengan dosa-dosa dan titik-titik hitam yang kita lakukan pada zaman lampau.






Ya Allah, hanya engkaulah yang tahu siapakah aku yang sebenarnya.....


Umar al-Khattab pernah menangis teresak-esak mengenangkan segala kesalahan dan kesilapannya yang terdahulu. Sayup-sayup kedengan suara tangisan anak perempuannya kita beliau melangkah pergi meninggalkan anaknya di dalam lubang.


Bahkan, hakikat kesilapan dan kesalahan inilah yang membuatkan Umar al-Khattab terus menerus berdoa dan bermunajat kepada Allah. Beliau merasakan bahawa 'Tangisan' anaknya itu masih basah dan segar difikirannya. Bagaikan semalam peristiwa itu berlaku.


Ya.... Inilah dia...





Inilah dia kuasa penyesalan!


Yang dapat memberikan kita suatu kekuatan setelah kita melakukan kesilapan.


Namun, kita tidak mampu untuk merasai sedemikian. Kerana hati kita terlalu kotor!


Hati kita terlalu keras! Bagaimana mungkin kita akan dapat memikirkan kesilapan dan kesalahan diri kita.


Malu sungguh dengan diri kita.





Sedarlah. Sedarlah duhai diri ini. Masih ada lagi sinar harapan yang menunggu dihadapan sana.


Yakinlah.....


“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)







Apr 11, 2011

Observation / Pemerhatian Adalah Salah Satu Cabang Ilmu


Observation / Pemerhatian

Adalah Salah Satu Cabang Ilmu





Observation adalah merupakan salah satu cabang ilmu yang sangat penting untuk kita pelajari. Ini kerana, ilmu observation ini dapat memberikan kita satu panduan yang cukup luas dalam memahami 'Law of Human Nature" dalam kehidupan kita seharian.


Kenapa saya cakap sebegitu?


Sekiranya wujud persoalan sebegini dalam diri anda, maka ketahuilah bahawa anda sendiri memang mempunyai 'sistem observation'.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa semua orang mempunyai 'sistem observation' dalam diri mereka. Namun, tahap dan level sesebuah 'sistem observation' tersebut membuatkan setiap individu itu membuat penilaian atau mendapat hasil penilaian yang berbeza antara satu sama lain.


Perbezaan 'sistem observation' yang ada dalam diri individu itu adalah berdasarkan kepada tahap pengalaman dan ilmu pengetahuan seseorang itu.



Semakin berpengalaman seseorang itu, semakin tepat dan cepat dia mendapat hasil daripada Observationnya. Akan tetapi, tanpa Ilmu ia belum cukup untuk mendapatkan satu hasil yang memuaskan setelah 'Observation' dilakukan.

Sebab itulah, ilmu menjadi panduan dan balutan kepada kesempurnaan 'Observation' yang kita lakukan. Dan, ada juga ulama yang mengatakan bahawa, Ilmu Pemerhatian ini adalah merupakan 'Ilmu Hikmah' setelah mana seseorang itu sentiasa membuat pemerhatian terhadap kehebatan dan kekuasaan Allah.




Jadi, sebab itulah ramai dikalangan Ulama-ulama terdahulu yang banyak menghabiskan masa mereka untuk bersunyi-sunyian dan bersuluk seketika di pinggir hutan atau dimana sahaja, semata-mata mencari 'Hikmah Observation'. Ini kerana, dengan Ilmu sahaja, tidak cukup.

Oleh itu, untuk mendapatkan 'Hikmah Observation' ini, kedua-dua perkara hendaklah bergerak seiring antara satu-sama lain. Antara Ilmu dan Pengalaman. Pengalaman adalah hakikat dan Ilmu itu adalah kesempurnaan sesuatu hakikat.






Kenapa saya berkata demikian?


Entahlah.

Mungkin kerana, ia adalah berdasarkan kepada pengalaman.


Socrates, seorang ahli Falsafah Greek yang terkenal ketika itu, banyak menghabiskan masanya untuk memerhati dan membuat penilaian. Berdasarkan 'Observation' beliau, maka beliau mati dengan kekejaman Ahli Politik yang berasa tergugat dengan 'Kuasa Observation' Socrates.




Antara falsafah yang menarik minat saya adalah apabila Socrates menggabung antara ilmu Logik dan Ilmu Sains Metafizik.

Ilmu Logik itu datang daripada pemerhatian secara logik berdasarkan kepada persekitaran dan setelah ia diamati secara mendalam, maka ia akan membawa kita kepada terjumpanya Ilmu Metafizik.



Apakah ilmu metafizik?


Ilmu Metafizik adalah satu ilmu di luar kiraan fizik. Dalam erti kata lain, ilmu yang tidak dapat di kira dengan Fizik. Dengan kata mudah, ilmu alam Ghaib. Penemuan ilmu Ghaib inilah yang membawa kepada Falsafah Socrates yang menyatakan bahawa wujudnya 'Ketuhanan' dalam sistem alam.

Maka, sebab itulah Socrates dibunuh. Salah satu sebab kenapa Socrates dibunuh adalah kerana Socrates menganut agama, tidak seperti agama masyarakat Greek anuti. Oleh itu, dia dibunuh dengan racun.



Saat-saat malam terakhirnya, datang seorang pembantunya untuk membebaskan Socrates di penjara. Namun, Socrates menolak pelawaan untuk melarikan diri dari penjara. Bahkan dia memilih untuk terus tinggal kerana beberapa alasan :


"we must consider whether we ought to follow your advice or not.... it has always been my nature never to accept advice from any of my friends unless reflection shows that it is the best course that reason offers."

"I cannot abandon the arguments which I used to hold in the past simply because this accident has happened to me ; they seem to me to be much as they were, and I respect and regard the same arguments now as before. So unless we can find better arguments on this ocassion, you can be quite sure that I shall not agree with you..."


Betapa tingginya pemahaman Socrates setelah beliau melalui sesuatu perkara itu berdasarkan kepada 'Observation' yang beliau miliki. 'Sistem Observation' beliau sangat hebat dan maju sekali.


Walaupun ada peluang, namun keyakinannya terhadap 'Hujahnya' itu tetap dipertahankan sehingga menyebabkan nyawanya dicabut oleh orang.


Harus ingat, Socrates bukan dibunuh oleh Para Politik, namun masyarakat Greek ketika itu mengambil keputusan ke atasnya setelah perbicaraan umum dijalankan di hadapan masyarakat Greek.


Oleh kerana kefahaman Socrates terlampau tinggi dan sukar untuk difahami, maka ia menyebabkan masyarakat tersalah faham dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Socrates. Setelah Socrates mati, barulah masyarakat sedar tentang kesilapan mereka selama ini. Setelah itu, barulah orang mula membongkar satu-persatu ilmu Socrates.


Melalui Ilmu 'Observation', ia akan menyingkap segala rahsia yang berada di alam sunyi.


Sebab itu, apabila kita diam dan sambil melakukan 'Observation' maka segala yang tersembunyi akan terzahir dan seterusnya kita akan dapat membaca sesuatu perkara itu melalui penilaian.



Saya kurang jelas. Bagaimanakah ia berlaku?


Saya ingin bagi perumpaan. Cuba anda bayangkan, di sana terdapat seseorang polis yang sedang berdiri ditengah-tengah jalan raya dan sedang membuat sekatan jalan raya.




Akan tetapi, bagaimanakah Polis tersebut dapat membuat keputusan yang agak tepat samada untuk menahan seseorang itu untuk dibuat pemeriksaan lebih lanjut ataupun tidak?

Dengan hanya memandang ke arah rupanya, Polis dapat buat keputusan samada mahu memberhentikan kenderaan tersebut ataupun tidak.



Pernah tak anda melalui pengalaman sebegini?


Ia adalah berdasarkan kepada Pengalaman dan diiringi pula dengan Ilmu pengetahuan untuk melengkapkan lagi keputusan penilaian yang dibuat.

Sekiranya kita baca kitab-kitab Fiqh 4 mazhab, kita akan dapati bahawa kehebatan ulama' - ulama' dalam mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan kepada perkara yang belum lagi menjangkaui pemahaman masyarakat ketika itu berdasarkan kepada 'Observation'.


Melalui 'Observation' inilah, maka lahirnya Sains. Sains bermula apabila wujudnya theory. Dan theory itu wujud sebagai satu kesimpulan dan hasil daripada proses 'Observation'.


Kefahaman melalui 'Observation' inilah yang membawa kepada penemuan 'Daya Gravity' oleh Isaac Newton setelah Isaac Newton berehat-rehat dibawah sepohon pokok dan kemudiannya 1 biji epal jatuh ke-atasnya.

Proses pemerhatian / 'Observation' yang dilakukan oleh Isaac Newton melibatkan sebiji epal yang jatuh dari pohon. Secara ringkasnya, 'Observation' itu dilakukan ke atas situasi sekeliling dan kemudiannya akan lahirnya sesuatu keputusan ataupun theory. Setelah theory itu dibuat kajian mendalam (further research) maka ia dinamakan sebagai Sains.


Secara keseluruhannya, hampir ramai dikalangan ulama-ulama kita yang memang mendalami dan mahir dalam ilmu 'Observation' ini. Maka, tidak hairanlah juga kenapa ada diantara mereka yang gemar dengan panorama hutan dan rimba serta keindahan langit dan bumi ciptaan Allah.

Imam Ghazali, Ibnu Arabi, Ibnu Sina, Al-Khindi, dan ramai lagi ulama-ulama yang mendalami dan menguasai ilmu 'Observation' ini.


Sebab itulah, ia menjadi satu alasan kepada Ustaz Azhar Idrus dalam dunia photografi. Kerana, dengan 1 gambar, ia akan memberi 1 juta makna dan penilaian yang tersendiri.





Kesimpulan :


Oleh itu, saya hanya ingin mengajak rakan-rakan pembaca sekalian untuk menajankan 'Sistem Observation' kita melalui latihan-latihan yang simple kerana ia sangat-sangat memberi faedah dan kelebihan yang sangat banyak.



Faedah dan kelebihannya sangat sukar saya nak huraikan hanya dalam 1 artikel ini. Bahkan, ia memerlukan banyak artikel untuk menerangkan kepenting dan kelebihan 'Observation' ini.

Jadi, latihan-latihan yang simple yang boleh anda lakukan adalah sangat mudah dan ia memang berada di sekeliling kita setiap hari.

Saranan saya, antara 'Observation' yang boleh anda lakukan :


1) Ketika anda makan di cafe :

Cuba perhatikan cara orang di sekeliling anda makan ketika anda sedang menunggu makanan anda tempah itu siap. Sudah tentu, cara orang lapar makan cukup berbeza.

Dan, cara orang makan ketika menonton televisyen cukup berbeza. Kerana minda mereka terbahagi kepada dua. Dan, pembahagian minda tersebut akan terpancar kepada seluruh muka dan anggota badan.


Malah, kita juga dapat tengok orang makan perlahan-lahan. Itu, akan membantu kita untuk memahami samada :

a. perutnya sudah kenyang, atau
b. makanan tersebut tidak sedap dan dia terpaksa menghabiskannya, atau
c. fikirannya sedang melayang-layang atau sedang mengelamun.


2) Ketika anda berada di dalam Tren or Komuter Keretapi

Cuba tengok cara dan gelagat orang sekeliling. Berikan pemerhatian dan tumpuan sepenuhnya kenapa orang disekeliling anda merespon dan membuat sesuatu reaksi.

Saya selalu perhati cara orang buat sesuatu perkara kerana apa yang dilakukan orang lain itu, mampu memberikan saya pengalaman yang saya tidak dapat laluinya samada Positif ataupun Negatif.


3) Ketika berjalan pergi ke kuliah atau pulang ke kelas.



Perhatikan langit dan awam.


4) Melalui tulisan dan nota-nota rakan anda

Saya selalu pinjam nota power point rakan-rakan saya dan saya fotocopy nota mereka. Ada di antara mereka yang pandai melukis dan berkarya.

Ketika membaca nota mereka, kita akan ketahui bilakah masa atau saat fikiran mereka melayang-layang atau fokus mereka lari daripada apa yang Pensyarah sedang mengajar dihadapan kelas.

Bagaimana?

Dengan melihat 'Kartun-kartun' atau 'Dialog Monolog Dalaman' yang dilukis ke atas kertas tersebut. Ini kerana, susunan nota tersebut berselang-seli dengan nota yang dicatat dan lukisan dan karya beliau.


5) Gaya orang berjalan

Terdapat pelbagai gaya dan cara orang berjalan. Sekiranya kita dapat memahai kenapa dan sebab terhadap sesuatu perkara yang berlaku dipersekitaran, maka kita akan terus dapat jawapan terhadap persoalan tersebut.




InsyaAllah, untuk post yang akan datang, akan menyusul tentang topik kepentingan dan kelebihan observation.


To be continued.....


Wallahua'lam


Nota :

Artikel ini adalah sekadar luahan, pandangan dan pengalaman saya. Jadi, sekiranya ada salah silap, minta maaf.

Moga Allah sama-sama memberikan kepada kita keupayaaan minda sebegini dan ilmu-NYA yang cukup luas.

Amin.


Dari Minda :

Hujjati Qalam




Apr 7, 2011

Ciri-ciri Lelaki Di Sukai Isteri



Ciri-Ciri Lelaki Di Sukai Isteri




1) Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

2) Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

3) Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

4) Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

5) Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada Isterinya itu. Satu masa, Isteri berharap agar lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

6) Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya



Itulah 6 tip mengenai ciri-ciri lelaki yang disukai Isteri. Selepas ni bolehlah anda cuba-cuba untuk mendalaminya dan memahami dengan lebih mendalam supaya anda bersedia untuk mengharungi saat-saat bahagia.




InsyaAllah,


Wallahua'lam


Hujjati Qalam



Apr 4, 2011

Kekeliruan Undang-undang 'Sumpah' Dalam Islam



Kekeliruan Undang-undang 'Sumpah Dalam Islam'





Saat ini, tringin untuk saya kongsikan dengan para pembaca blog H sekalian. Sebentar tadi, saya terbaca beberapa komen tentang permasalahan dan kekeliruan tentang 'Sumpah'. Secara ringkasnya, setelah membaca, apa yang saya kesalnya adalah, ia jelas menunjukkan betapa ceteknya ilmu pengetahuan dikalangan kita tentang sesuatu perkara, tetapi still mahu nak bagi komen dan pendapat. Ada pepatah yang terkenal pernah saya jumpa :
A wise man said that :

"It's better for us to shut up rather than to speak as it will show our stupidity"

Baiklah, apakah itu sumpah? Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman (الأيمان) yang merupakan jamak dari perkataan al-Yamin (اليمين). Pada asalnya ia bererti tangan kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab lazimnya mengangkat tangan kanan mereka.

Tapi, dari sudut istilahnya, sumpah itu bermaksud menguatkan perkara yang disumpah dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus. Atau, dalam erti kata lain, kita bersumpah dengan nama ALLAH bahawa apa yang kita dakwa atau nafi itu adalah benar.



Malah, ia juga membawa makna sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua Sekarang, kita sudah faham tentang apa itu sumpah dari sudut Islam.

Kemudian, mari kita lihat pula siapakah yang perlu buat sumpah ini?



Adakah setiap orang boleh buat sumpah?

Dalam konteks perbincangan kita ini, kita sedang berbincang tentang 'Sumpah' yang berkaitan dengan "Prosedure Di Mahkamah". Jadi, mana-mana sumpah yang kita buat time kita bercakap dengan rakan-rakan atau kawan-kawan, maka tidak termasuk dalam perbincangan kita. Ada faham?


Memandangkan saya tidak mahu bincang panjang, cuma saya nak terangkan tentang tanggung jawab siapakah yang perlu buat Sumpah.


Dalam konteks seseorang yang menuduh seseorang yang lain, maka orang yang menuduh itu hendaklah membawa 'Bukti' atau 'Evidence' untuk menyokong dakwaan tersebut.
Seperti mana yang telah di sediakan oleh Akta Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah [SYARIAH COURT EVIDENCE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997]

Seksyen 72 menyatakan :

The burden to produce evidence in a civil case lies on the person who alleges or asserts a fact (al-Mudda‘ii) and the person who takes the oath to deny or disputes a fact (al-Mudda‘a ‘alaih).


Tanggungjawab seseorang untuk menyediakan
'Bukti' terletak pada bahu orang yang membuat tuduhan, dan orang yang kena tuduh pula hendaklah 'Mengangkat Sumpah' untuk menafikannya.


Jika kita perhatikan betol-betol, peruntukan Seksyen 72 di atas memang di ambil dari sebuah Hadith Rasulullah yang soheh. Bahkan, peruntukan Seksyen 72 tersebut adalah sama dengan Hadith tersebut.


Penjelasan :

Contohnya : A tuduh B menceroboh biliknya. A hendaklah membawa bukti. Setelah bukti itu dibawa ke mahkamah, kemudian barulah B boleh angkat sumpah.


Kesimpulan :


Kita tidak boleh menyalahkan seseorang yang kena tuduh itu kerana dia tidak membuat sumpah. Kita kena faham, orang yang perlu buat sumpah, bukanlah orang yang membuat menuduh (A)! Tapi, yang perlu buat sumpah adalah B!



Bukan A!



Kalaulah undang-undang sebegini dibenarkan, maka mudahlah kita nak dakwa orang dekat mahkamah! Cukup sekadar kita 'Bersumpah' sahaja! Ini terang-terang SALAH!



Belum bawa apa-apa bukti, kita dah suruh orang lain bersumpah. Jadi, sebelum kita nak tuduh orang, gunalah cara yang telah ditetapkan. Agar, kita tidak terbabas dengan apa yang kita lakukan.



Wallahua'lam




Dari Minda : Hujjati Qalam