Pages

Mar 25, 2011

Bagaimanakah Undang-undag 'Evidence' Dilaksanakan?



Bagaimanakah Undang-undang 'Evidence'
Dilaksanakan?





Sebelum membaca tulisan ini, saya minta agar anda kosongkan minda anda terlebih dahulu. Inilah untuk memastikan pembacaan tulisan ini tidak diganggu oleh apa yang telah ada dalam minda anda tentang isu ini.


Baiklah, dalam sistem "Judiciary' atau 'Kehakiman', sesuatu kes yang dibawa masuk ke dalam mahkamah tidak lari dari 2 perkara, iaitu :


1) Kes Sivil (Civil Case)

2) Kes Jenayah (Criminal Case)


Maka, sudah jelas di sini bahawa, terdapat 2 cabang atau klasifikasi kes apabila ia dibawa masuk ke dalam mahkamah.
Jadi, timbul persoalan di sini. Bagaimanakah pula dengan 'Tahap Pembuktian' yang diperlukan terhadap sesuatu kes itu?

Di sini, ia mempunyai 'Tahap Pembuktian' yang berbeza antara 'Kes Sivil' dan 'Kes Jenayah'. 'Tahap Pembuktian' ini menjadi kayu ukur kepada Pendakwaya atau Plaintiff untuk mensabitkan kesalahan 'Orang Tertuduh' atau 'Defendant'.


Oleh itu, tahap pembuktian bagi :

1) Kes Sivil adalah sekadar 'Balance of Probabilities' - iaitu pembuktian sekadar imbangan kebarangkalian.

(Sekiranya kes anda lebih condong ke arah anda sebanyak 51% , maka ia sudah cukup untuk anda menang dalam kes tersebut)


2) Kes Jenayah adalah bukti yang musti sampai tahap 'Beyond Reasonable Doubt' or 'Beyond Any Shadow of Doubt' - iaitu pembuktian secara melangkaui sebarang keraguan.

(Sekiranya ada sedikit fakta yang meragukan, maka 'Orang Tertuduh' adalah dikira TIDAK BERSALAH)


Jadi, apa yang menarik di sini adalah, saya ingin kongsikan dengan anda tentang 'Tahap Pembuktian Bagi Kes Jenayah'. Iaitu : - "Beyond Any Shadow of Doubt".

Adalah amat penting sekali bagi Pihak Pendakwaraya untuk membuktikan sesuatu Kes Jenayah itu pada tahap pembuktian 'Beyond Any Shadow of Doubt'.


Oleh itu, segala bukti-bukti dan evidence-evidence yang dibawa masuk ke dalam mahkamah hendaklah dapat membuktikan kes tersebut secara tepat, perfect dan melangkaui sebarang keraguan.
Sebagai Contoh :


Seorang gadis, Umi telah membuat laporan Polis bahawa dirinya telah di rogol dan di liwat. Maka, di dalam laporan tersebut, nama Ibrahim telah disebut sebagai 'Orang Tertuduh' atau 'Suspect'. Malah, dalam tuduhan tersebut, tiada saksi di laporkan nampak kejadian tersebut berlaku.

Kemudian, Ibrahim didakwa di mahkamah atas dua kesalahan :

1) Merogol

2) Meliwat





Maka, semasa kes itu di bicarakan di dalam mahkamah, segala bukti dan evidence telah di bawa masuk untuk menyokong dakwaan bahawa Ibrahim telah merogol dan meliwat Umi.

Antaranya, terdapat laporan perubatan or 'Medical Report' yang menyatakan bahawa :

1) Terdapat kesan koyakan selaput 'Dara' pada kemaluan mangsa.

2)
Terdapat kesan air mani pada kemaluan mangsa.


3)
Terdapat kesan jolokan pada dubur mangsa.


4)
Terdapat kesan air mani pada dubur mangsa.




Nah!!

Apakah pandangan anda sekiranya anda yang menjadi Hakim dalam perbicaraan ini?


Dengan bukti yang berada di atas, sudah pasti anda akan terus merasakan bahawa Ibrahim yang melakukannya. Bukan?


Tunggu!!


Bukan semudah itu untuk kita menjatuhkan hukuman pada seseorang. Apabila ia melibatkan bahan bukti dan evidence, maka kita kena lihat ianya dengan betol-betol agar kita tidak tersalah dalam membuat keputusan.


Hujahan Yang Perlu Diteliti Oleh Hakim Adalah Seperti Berikut :



1) Terdapat kesan koyakan selaput 'Dara' pada kemaluan mangsa.

Persoalan yang timbul, adakah kesan koyakan tersebut disebabkan oleh perbuatan Suspek yang merogolnya?


Jika kesan koyakan selaput dara itu disebabkan oleh Suspek, adakah Suspek itu benar-benar melakukan penetrasi dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan Mangsa? Dalam erti kata lain, adakah 'Penetrasi' dengan zakar Suspek betol berlaku?



Atau koyakan selaput dara tersebut disebabkan oleh kesan aktiviti tangan Suspek? atau mungkin juga kesan tangan Mangsa sendiri?



Ini kerana, harus diingat, selaput dara adalah tisu yang sangat nipis dan sensitif. Maka, ia mudah sahaja terkoyak tanpa memerlukan wujudnya aktiviti 'Penetrasi' untuk mengoyakkannya, seperti akibat daripada :


1) bersukan,

2) membuat kerja berat,

3) senaman gymnastik,


4) Aktiviti tangan (mastuburasi/onani)


5) dan bermacam-macam lagi......




2) Terdapat kesan air mani pada kemaluan mangsa.


Tunggu!

Ada kesan mani, bukan bermakna kita terus menghukum Ibrahim. Adakah dengan hanya wujudnya air mani di kemaluan Umi, maka kita katakan Ibrahim yang Rogol?



TIDAK!! Tunggu dahulu!!


Kita kena tengok dahulu samada Air Mani itu berada dimana? Samada di dalam 'Faraj' Umi atau sekadar di luar Faraj? Atau sekadar dibibir 'Faraj' sahaja?


Kenapa perlu tanya semua ini?



Kerana, sesiapa sahaja mungkin boleh letakkan Air Mani orang lain di Farajnya dan menuduh orang lain merogolnya! Kerana duit, orang sanggup nak buat apa sahaja, terutamanya pada zaman sekarang ini. Banyak kes macam ini berlaku disebabkan ganjaran dan habuan duit bernilai berjuta-juta ringgit.


Sekiranya benarlah sample air mani itu di ambil dari dalam Faraj Umi, so, kena check dahulu samada Air mani itu adalah benar-benar kepunyaan Ibrahim atau LELAKI LAIN?




Ujian DNA perlu dibuat!



Selepas ujian DNA dibuat keatas semple berkenaan, didapati terdapat DNA tiga lagi LELAKI LAIN yang ditandakan sebagai X, Y dan Z. Maka, terdapat 4 orang yang terlibat.





Ini sudah timbul keraguan BESAR nih!!


Ini kerana dalam polis report, Umi cakap dia hanya diRogol oleh Ibrahim sahaja. Tapi, terdapat 3 lagi DNA LELAKI LAIN di kemaluannya?



3) Terdapat kesan jolokan pada dubur mangsa.
4) Terdapat kesan air mani pada dubur mangsa.


Baiklah, berdasarkan bukti DNA tadi yang menyatakan ada lagi 3 individu lelaki lain yang terlibat, jadi TIDAK boleh kita katakan bahawa kesan jolokan di dubur Mangsa, Umi, di sebabkan oleh jolokan zakar Ibrahim.


Ini SALAH!!


Mana boleh kita terus katakan Ibrahim yang buat, sedangkan 3 individu lain bebas diluar sana tanpa disiasat?


Baiklah.... Katakan sahaja sekiranya Ibrahim memang individu yang merogol mangsa.

Tetapi, dengan kehadiran keputusan DNA yang menyatakan ada 3 individu lain, maka TIDAK boleh kita terus sabitkan Ibrahim yang LIWAT Umi...!!
Ini memang terang salah! Mungkin individu X yang liwat...!! Atau Datuk Z yang liwat..

Atau, mungkin si Mangsa memasukkan benda 'LAIN' ke dalam duburnya untuk menyalahkan Suspek, seperti memasukkan :

1) Timun,


2) Terung,


3) Carrot..



Kesimpulannya :



Dalam kes yang saya analogikan di atas menunjukkan bahawa bukti-bukti dan evidence yang tepat tanpa wujudnya sebarang keraguan adalah sangat penting untuk mensabitkan kesalahan Suspek. Malah, bukti-bukti juga haruslah relevan dan tiada keraguan ke atasnya.


Sekiranya wujudnya evidence-evidence dan bukti-bukti yang tidak masuk akal, maka terus terang bahawa bukti tersebut TIDAK BOLEH digunakan dan WAJIB di TOLAK tepi. Biarpun dengan membawa 71 bukti sekalipun, sekiranya TIDAK RELEVEN, maka TIDAK BOLEH di TERIMA.


Sekiranya seseorang itu menerima Bukti or Evidence seperti itu, maka jelaslah bahawa ada something wrong yang berlaku disebalik sandiwara yang sedang dijalankan! Dan kalaulah dia menggunakan Bukti dan Evident seperti itu untuk menjatuhkan hukuman pada seseorang, maka dia MEMANG JAHIL!!




Wallahua'lam

Dari Minda :


Hujjati Qalam





5 comments:

Ummu Iffah said...

guane citer ng kes2 yg ada keraguan tu...adkh pnjnayah sbnr akak stay bebas jer

hujjati said...

To Ummu : Sbb itulah kna buktikan kes itu brdasarkan bukti yang nyata. Skiranya tiada bukti yang nyata, jelas dan terang, maka kita kena terima hakikat bahawa dia tidak bersalah.

Malah, pada zaman Khalifah Ali R.A. sendiri, Saidina Ali dan seorang lelaki Yahudi telah berselisih pendapat tentang hak milik 'Baju Besi'.

Kedua-dua belah pihak mengaku bahawa baju besi tersebut adalah kepunyaan masing-masing.

Kemudian, mereka melantik seorang sahabat untuk mengadili perkara tersebut. Di takdirkan, Hakim telah membuat keputusan bahawa baju besi itu adalah kepunyaan lelaki Yahudi Tersebut.

Padahal, Hakim tersebut sedia maklum bahawa baju besi itu memang kepunyaan Ali R.A. Akan tetapi, disebabkan Ali tidak membawa bukti yang cukup dan tepat untuk menunjukkan bahawa baju besi itu adalah miliknya, maka Saidina Ali R.A kalah dalam kes tersebut.

Selepas itu, di sebabkan terasa adil dan bagusnya sistem keadilan dan kehakiman Islam, Yahudi tersebut masuk Islam dan memulangkan kembali baju besi tersebut kepada Ali R.A.

Wallauha'lam

Anonymous said...

beyond any shadow of doubt tu xsame ngn beyond reasonable doubt.

beza-
b.any shadow of doubt (melangkaui sbrg keraguan)
b.reasonble doubt (melangkaui keraguan MUNASABAH)

Mlysia punye law-same mcm common law pkai beyond reasonable doubt, which is less strict than the former.
beyond any shadow of doubt tu da mcm level 'yaqin' under islamc criminal law untuk b.o.p lam hudud cases.
beyond reasonable doubt tu mcm zann al-ghalib/ghalabah al-zann utk b.o.p criminal cases slain dr hudud, levelnye bwh skit drpd tahap 'yaqin' tp tinggi skit drpd zann (balance of probabilities)

Ada betul?dipersilekn check

:)

hujjati said...

To Anonymous :

That is correct. Thanks kerana share.. :-)

Makbear said...

Mohon izin utk fwd satu persoalan...

Kalau dalam IP dua2 adalah minor, girl 13 tahun dan boy 15 tahun. Girl report dirogol dan mengatakan boylah satu2nya yg melakukan seks terhadapnya. Walaupun girl mengaku suka sama suka dan akui boy yg first (tapi mengaku juga tiada darah masa 1st time buat dgn boy), boleh diragui keterangan girl sbb ramai yg kenal girl tersebut luarkawal. Bagaimana nak membebaskan boy dari tuduhan rogol tersebut?