Pages

Apr 7, 2011

Ciri-ciri Lelaki Di Sukai Isteri



Ciri-Ciri Lelaki Di Sukai Isteri




1) Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

2) Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

3) Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

4) Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

5) Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada Isterinya itu. Satu masa, Isteri berharap agar lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

6) Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya



Itulah 6 tip mengenai ciri-ciri lelaki yang disukai Isteri. Selepas ni bolehlah anda cuba-cuba untuk mendalaminya dan memahami dengan lebih mendalam supaya anda bersedia untuk mengharungi saat-saat bahagia.




InsyaAllah,


Wallahua'lam


Hujjati Qalam



1 comment:

Anonymous said...

tumpang tanyer..macam mana yg dikategorikan sebagai menghormati orang tua?perlu lagi ke ank lelaki membantu keluarga dan adik2nya jika mak ayhnya berkemampuan?