Pages

Nov 9, 2012

Kebijaksaan Yang Sebenar



"The Ultimate Wisdom Is, Knowing You Know

Nothing."


Melihat kata-kata ini, mengingatkan saya tentang sesuatu peristiwa dimana ketika itu, saya duduk dengan seorang abang, Abang Hanafi, ketika saya belajar di Kubang Bujuk.

Masih ingat lagi cara beliau yang sentiasa bersahaja dan tidak banyak bercakap.

Satu hari, setelah berbual-bual dengan beliau, beliau pun beredar. Selepas itu, datang seorang rakan mendekati saya.


"Eh, tau dok (tak) mu cakap dengan sape?" tanya rakan saya.

"Tau.. Abg Hanafi kan? Bakpe? (kenapa)" jawab saya dengan ringkas.

"Mu napok (nampak) je dia senyap gitu (begitu), bise (berbisa) tu....." bagitahu rakan saya.

"Bise ganer gok? (berbisa macam mane)" tanya saya dengan penuh perasaan ingin tahu. Maklumlah, ketika itu saya baru sahaja masuk ke sana selama beberapa minggu.


Saya dikhabarkan yg beliau merupakan seorang yg tinggi akhlaqnya, dan kuat amal ibadahnya. Malah, abg Hanafi juga merupakan antara salah seorg pelajar yg cemerlang Kelas Alim, di Madrasah Kubang Bujuk. Maklumlah, sistem madrasah ni lain dari sistem Ma'ahad Tahfiz atau Darul Quran Kuala Kubu.

Kat sini, ia hanyalah mempunyai dua aliran, iaitu aliran Kelas Hafiz dan aliran Kelas Alim. Kelas Hafiz hanyalah dikhaskan bagi mereka untuk menghafal Quran 30 Juzuk. Biasanya, terdiri dari kalangan umur 11 - 25 tahun.

Aliran Kelas Alim pula disediakan bagi mereka yang sudah habis Hafal Quran atau bagi mereka yg ingin belajar tentang Syariat Islam dengan lebih mendalam.

Pengajaran kelas tersebut hampir sama dengan sistem pondok dari sudut kitab-kitab yang digunakan dan hafalan beberapa matan, seperti Matan Jurmiah, Matan Mina' dan pelbagai mantan lain lagi.

Cuma, bezanya sistem madrasah dgn sistem pondok adalah sistem kat sini terdapat peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Pelajar-pelajar kat Kelas Alim perlu menghabiskan sebanyak 8 kelas, iaitu 8 tahun untuk dikira tamat belajar.

Ketika itu, Abg Hanafi berada di Kelas Alim 6. Kadang-kadang bila bercakap dgn beliau, terasa tiada dinding atau jurang pemisah antara kami berdua, walaupun dia mempunyai banyak ilmu, dan amalan zikir tetap hariannya banyak.


Sepanjang pergaulan saya dgn beliau, tak pernah lagi saya rasa dia bercakap besar atau takabbur dgn diri sendiri. Biasanya, kalau bercakap dengan dia, dia banyak mendengar dan memerhati sahaja.

Kadang-kadang rasa mcm bosan juga sbb nampak dia senyap aje. Nampak mcm seolah-olah dia ni tak tahu apa-apa atau jahil tentang sesuatu perkara.

Tapi, bila sekali dia buka mulut, menusuk qalbu sampai ke tulang sum-sum! Kalau sekali dia bagi nasihat, sebok sampai dada. Berbisa sungguh kalamnya!

Sebab itu, orang yg diam ini, tidak boleh dipandang sebelah mata. Lebih-lebih lagi kalau orang tu jenis yang kuat beramal. Fuuhh, kata-katanya boleh menghiris hati sampai ke tua!

Orang Terengganu kata : "Makang dalang.... bekah molek kat hati"


Biasanya, kalau tanya soalan kat dia, jaranglah dia cakap dia tahu tentang sesuatu masalah tu. Biasanya, dia akan diam, atau dia akan jawab tak berapa tahu. Tapi, dari gaya dia merespon selepas itu, hakikatnya dia memang tahu & arif tentang hal tersebut.

Saya cerita kisah beliau nih, bukanlah semata-mata kerana taksub atau takjub kat dia. Tapi masej sebenar yg saya nak bawak adalah kelebihan yang ada pada diri beliau, tapi beliau tak menunjuk2...

Pernah datang seorang sahabat dan berdebat dengan beliau. Kelihatan sahabat tersebut mengeluarkan hujah, dalil-dalil Quran n Sunnah, serta kata-kata yg fasih sekali, namun kadang-kala ternampak sedikit keemosiannya yg gagal dikawal dgn baik.

Tapi, bila saya tengok balik kat muka Abg Hanafi, kelihatan dia begitu tenang sekali. Diawal perdebatan & perbincangan tersebut, kelihatan dia banyak memberikan peliang kepada sahabat tersebut bercakap. Dia banyak mendengar sambil mengangguk2kan kepalanya.

Pada mulanya, saya memang tak puas hati. Kenapa la Abg Hanafi tu tak balas balik dengan hujah2nya.. Pelik rasanya. Geram jugak la rasa hati nih.


Lepas sahabat tu blah aje, saya pun pegi hampiri Abg Hanafi tu sambil berkata :

"Abg Hanafi, kenape abg tak balas balik dengan hujah abg sendiri? Bukan ke pandangan abg dalam hal ni cukup berbeza ke dgn dia??" tanya saya kehairanan.

"Bukan semua situasi kita perlu berhujah. Orang yg berdebat ni, adalah hakikatnya asalnya dia mahu mencari kebenaran. Jadi, biasanya dia akan datang dengan dada yang kosong, bagaikan cawan yang kosong." jelas beliau.

"Cawan yg kosong, maka mudahlah kita nak masukkan air kedalam cawan tersebut. Tetapi, andaikata dia datang berdebat umpama cawan yang penuh berisi air, bagaimana mungkin kita nak isi air lain lagi andai cawan tersebut dah penuh?? Bukan ke sia-sia aje kalau kita terus tuang air, sedangkan air tersebut melimpah keluar?" jelasnya lagi.


Wah! Tercengan saya dibuatnya. Mantop sungguh pemikiran abg Hanafi nih!

So, andai orang tu mari berdebat semata-mata mahu menunjuk-nunjuk ilmu didadanya, maka cukupla kita layan dia dengan angguk-angguk kepala. Kalau tak, buat penat mulut aje.. Air liur pon boleh habis jugak.

Tapi, kalau benar-benar berdebar kerana mencari kebenaran, barulah kita nyatakan hujah yang ada disisi kita. Pada masa yang sama, ilmu kita akan bertambah kalau kita berdebat dengan orang yang memang ikhlas sebegini.

Apa yang saya ingin ketengahkan disini, walaupun abg Hanafi ini mmpunyai banyak ilmu, hafiz Quran dan alim, dia tetap kelihatan merendah diri dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

Lagi banyak ilmu didada, lagi byk amalan yg diamalkan, maka lagi kelihatan hendah diri pada tutur katanya.


Mengikut resmi padi : "Lagi banyak berisi, makin kelihatan tunduk ke bumi"


Kagum sekali saya terhadap beliau. Bukan senang nak pakai sifat sedemikian dalam hidup, lebih-lebih andai kita mempunyai kelebihan dari orang lain. Susoh boh! Memang payoh lar kalau orang biasa macam kita nih...

Tapi, tak mustahil bagi kita nak jadi seperti beliau andai kita benar-benar ikhlas dan menjaga hubungan kita  dengan Allah. InsyaAllah, semuanya tidak akan mustahil. Amin....


Wallahua'lam


Dari Minda : 

Hujjati


1 comment:

keet said...

maknanya dia akan berdakwah dengan cara yang berhemah tanpa menyinggung perasaan atau pendirian mana-mana pihak..berdiplomasi.