Satu persoalan yang telah lama terbelenggu difikiran saya ini. Kenapakah orang @ pelajar dalam bidang agama kurang menyerlah? Malah University atau IPTA sekarang kurang melahirkan golongan-golongan ustaz yang berkualiti dan bermutu tinggi.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa sebab-sebab utama yang menyebab ia terjadi demikian. Maka, disebabkan oleh faktor-faktor inilah yang memberi kesan dan sumbangan terhadap apa yang berlaku.
1) Result.
Kebanyakan orang atau pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Agama sekarang adalah bukan kerana mereka betul-betul meminati bidang Agama. Mereka mengambil bidang tersebut kerana mereka mendapat keputusan dan result yang rendah didalam ‘SPM’ atau ‘STPM’.
Maka, oleh kerana tidak mempunyai pilihan yang lain lagi, bagi mereka untuk melayakkan diri mereka untuk menyambung pelajran mereka, maka mereka pun mengambillah jurusan Agama itu sebagai pilihan pilihan terakhir. Jika tidak, mereka tidak mempunyai peluang langsung untuk menyambung pelajaran ke IPTA.
Sekiranya mereka mendapat keputusan yang baik dan tinggi, nescaya mereka tidak akan mengambil jurusan Agama ini. Melainkan hanyalah bagi mereka yang betul-betul meminatinya tapi tidak ramai yang berbuat demikian.
2) Minda Dan Pemikiran Yang Kurang Cerdas.
Kebiasaan dan kebanyakkannya, orang yang mengambil jurusan Agama sekarang ini adalah kerana dia mempunyai IQ yang rendah dan tidak dapat atau mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang yang kritikal dan mencabar. Ini kerana hanya tahap IQ yang tinggi sahaja yang mampu untuk menguasai bidang-bidang yang kritikal ini seperti dalam bidang Sains dan Matematik.
Oleh itu, tinggallah orang yang berfikiran lemah dan IQ nya kurang, mendalami dalam jurusan @ bidang Agama. Maka, sebab itulah, pelajar-pelajar bidang Agama hari ini cukup lemah dan kurang kreatif dan kritikal dalam pemikkirannya. sebab itulah, kita kekurangan fungsi pelajar Agama yang benar-benar berkualiti dan bermutu tinggi.
3) Galakan Ibu-Bapa.
Kebanyakan Ibu-Bapa zaman kini sudah tidak berminat dan tidak mempercayai dengan hala tuju dalam bidang Agama. Mereka fikir bahawa jurusan Agama tidak dapat menjamin pekerjaan dan tidak mendapat tempat yang utama didalam masyarakat.
Oleh itu, mereka mulalah meggalakan anak-anak mereka untuk memasuki ke bidang-bidang sains semata-mata tanpa disaluti dengan Ilmu Agama. Amat menyedihkan, ada juga segelintir dikalangan Ibu Bapa kita hari ini yang tidak menggalakan dan menghalang anak-anak mereka untuk menceburi dalam bidang Agama semata-mata.
Akan tetapi, sekiranya anaknya nakal, kurang bijak dan kurang pandai, maka, jurusan Agama lah yang menjadi pilihan yang terbaik oleh Ibu-Bapa terhadap anak-anaknya yang lemah dalam akademik itu.
Maka, tinggallah golongan yang fikirannya lemah dan tidak kuat itu, belajar dalam bidang Agama. Sekiranya hal ini berlaku, bagaimanakah kita hendak melahirkan Ulama-ulama yang terkenal dan terbilang? Sedangkan orang belajar Agama itu adalah dikalangan orang yang lemah fikirannya dan kurang pintar.
4) Serangan Pemikiran.
Hari ini, orang-orang kafir dan musuh Islam telah berjaya mengaburi mata kita. Di mana, orang yang menceburi bidang Agama tidak mempunyai masa depan yang cerah. Kesannya, para pelajar telah ditanam dengan ideology dan pemikaran seperti ini sejak di bangku sekolah lagi.
Guru-guru dan Ibu-Bapa diajar untuk mendidik, menanam dan memperkenalkan idola-idola kedoktoran, peguam dan ikon-ikon dunia semata-mata. Tanpa diberi penekanan terhadap bimbingan cita-cita untuk mejadi pejuang dalam bidang Agama. Maka, tidak hairan kenapa anak-anak kita sekarang tidak berminat untuk menyambung kedalam bidang Agama.
Kesimpulannya, disebabkan oleh faktor-faktor diatas inilah yang membawa fitnah dan tanggapan yang buruk didalam masyarakat terhadap golongan Ahli Agama.
Juteru, ayuhlah sahabat-sahabat. Kita masih belum terlambat lagi. Sama-samalah kita menghantar anak-anak kita mengaji Agama. Paling tidak pun, dalam sesebuah keluarga, seorang anak kita telah dihantar untuk mengaji Agama. Moga-moga, dengan berbuat demikian, ia akan menjadi ‘SAHAM’ dan ‘SYAFAAT’ untuk kita dihari akahirat kelak.
Wallahua’lam.
Hak cipta adalah terpelihara.
Ditulis sendiri dari minda ‘Hujjati_Qalam’
No comments:
Post a Comment