Pages

Apr 20, 2009

Membaca Minda

Dalam perkara ini, ingin sekali untuk saya mengupas sedikit sebanyak berkaitan dengan kaedah membaca minda orang berdasarkan apa yang saya telah alami dan lalui. Mengikut pengalaman saya, untuk membaca minda seseorang, bukan perkara yang mudah.

Ia juga tidak dapat dilakukan dengan hanya bergantung pada satu cabang ilmu sahaja, malah ia juga merangkumi ilmu yang berkaitan pemerhatian dan penilaian gerak geri seseorang dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Antara point-point yang penting untuk ditekankan disini adalah :

1) Biarkan dia bercakap :

Dalam hal ini, kita hendaklah membiarkan seseorang itu untuk bercakap dan mengeluarkan idea dan apa-apa isi hati yang tersirat didalam dadanya kerana dengan cara itulah kita akan dapat mengetahui ‘level’ atau keadaan semasa apa yang sedang difikirkan olehnya. Kebiasaannya, lagi banyak seseorang itu bercakap, maka lagi banyaklah kita akan dapat maklumat dan mengetahui apa yang bermain difikirannya.

Sebab itulah, bagi diri saya, saya paling takut untuk duduk bersama dengan orang ‘hebat’ yang mana, ketika itu dia mendiamkan dirinya dari bercakap. Maka, sekiranya dia diam, amat sukarlah bagi saya untuk mengetahui apa yang sedang berlegar-legar difikirannya dan seterusnya membaca fikirannya.

Silap-silap, dia pula yang sedang membaca fikiran saya dan evaluate saya.

2) Memerhati setiap gerak-geri anggota badannya.

Dalam fasal ini, anda hendaklah memehati betul-betul, dan dengan penuh konsentrasi, terhadap gaya dan gerak badannya. Ini kerana, ia sangat penting bagi kita untuk mengetahui kesahihan dan ketulenan serta kebenaran apa yang sedang diucapkan oleh seseorang itu.

Sebabnya adalah, ramai orang yang berjaya @ boleh membuat sebarang kenyataan yang tidak benar, palsu atau bercakap menipu, namun belum tentu dia dapat menipu dengan gerak-geri atau tindakan anggota badannya.

Ini kerana, berdasarkan kajian psychology, seseorang itu agak sukar untuk menipu didalam tindak-tanduk atau melalui anggota badannya. Kerana, apa yang bermain dihati atau diminda kita, memberi satu ‘message’ atau ‘maklumat’ terhadap gerka-geri badan kita.

Dan harus diketahui, bahawa maklumat atau message ini adalah berlaku diluar kawalan kita atau nama lainnya adalah ‘tindakan luar’ kawalan. Oleh itu, sekiranya berlaku seseuatu perkara, maka otak kita kan menghantar impulse terhadap anggota badan kita untuk merespond dan bertindak balas terhadap maklumat tersebut.


3) Menafsir dan menilai.

Setelah kita kumpul maklumat tentang percakapan dan gerak-geri seseorang itu, maka, tugas yang paling penting dan mencabar adalah untuk mentafsir maklumat tersebut. Kebiasaannya, sekiranya maklumat yang keluar dari mulut seseorang itu benar, maka maklumat itu akan selari atau ‘teli’ dengan gerak-gerinya. Kerana, gerak-geri seseorang yang tulen tidak boleh dibuat-buat atau diperlakonkan.


Kesimpulannya, ilmu membaca fikiran orang atau ‘mind presumption’ ini adalah merupakan satu ilmu yang baik dan berguna sekiranya ia digunakan dengan baik. Namun, sekiranya kita tidak pandai mengendali dan menggunakannya dengan baik, maka ia akan mengarahkan minda kita untuk terperangkap ke dalam situasi dimana kita akan sentiasa ‘bersangka buruk’.

Ini kerana, ‘bersangka buruk’ amatlah dilarang dan ditegah oleh Allah. Maka, berhati-hatilah dalam beramal dan jangan biarkan perasaan menguasai aqal dan nafsu menguasai iman. Bahkan, biarlah Iman dan Aqal menguasai segala-galanya.


Wallahua’lam.
Hak cipta adalah terpelihara.
Ditulis sendiri dari minda ‘Hujjati_Qalam’.

1 comment:

Zhafry Hakim said...

Assalamualaikum,
wah sungguh hebatnya artikel yang ditulis ini. sangat-sangat berguna.
Kagummnya pada empunya tulisan, rasa diri ini sangatlah kerdil dan juga teruja.