Assalamualaikum
Berkenaan topik yang saya telah utarakan di atas, apa yang berlaku di sini adalah,ia berkisarkan tentang apa yang telah berlaku didalam 'parti politik PAS' kita pada hari ini
Apa yang menyedihkan saya beberapa minggu lepas adalah, berkenaan tentang respond yang telah di utarakan dan di berikan oleh bermacam-macam orang terhadap pandangan dan pendapat daripada Prof. Aziz Bari.
Saya begitu terkilan sekali apabila terdapat segelintir golongan atasan PAS sendiri yang mengeluarkan statement "...saya benci tengok muka dia (Prof. Aziz)! Kalau boleh saya tak nak jumpa dia langsung.."
Sepatutnya statement ini tidak patut dikeluarkan dari mulut beliau. sebenarnya, setiap ahli hendaklah berfikiran terbuka dan jangan biarkan minda kita terlalu sempit untuk menerima teguran. Sekiranya kita bersikap sedemikian, ia akan mengambarkan sikap kita yang buruk.
Kita sering menguar-nguarkan bahawa pemimpin UMNO tidak makan nasihat. Namun, kita sendiri lupa bahawa kita pun sama macam diaorang. Kembali kepada point yang asal, bila di fikirkan kembali, sikap dan perangai kita sebijik macam orang UMNO. Cepat beremosi dan berfikiran sempit.
Sekiranya kita tidak mahu menerima pendapat orang akademik atau orang berilmu sebagai panduan dan rujukan, maka kita nak rujuk siapa lagi? mungkin orang menganggap teguran itu tertuju pada Tuan Guru Haji Hadi sahaja. Namun lupakah kita, siapa yang berada di belakang Tuan Guru sebagai penasihat? bukankah juga pimpinan? Maka, secara tidak langsung, teguran yang di lakukan oleh Prof. Aziz Bari juga menuju terhadap pimpinan PAS sekarang. Jadi, ia bukanlah sebenarnya menghina ulama'.
Sebagai seorang yang akademik dan berpelajaran, kita janganlah jadi macam orang kampung, yang terus taksub membabi buta terhadap seseorang. Apa yang penting disini adalah kita hendaklah berpegang dengan apa yang dibawa, bukan siapa yang membawa.
Jadi, bila terdapat sebarang teguran dan peringatan, maka janganlah kita cepat beremosi dan menuduh sebarangan. ini kerana, sikap inilah yang membawa kepada pembunuhan 'Aristotle'- (ahli fikir Greek) dan 'Galileo' oleh ahli Politik Greek dan Pihak Gereja. Kemudian, selepas terbunuhnya kedua-dua ahli pemikir dan akademik, barulah pihak gereja dan ahli akademik menyesal dengan tindakan tersebut. Namun, apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
Harus di ingat, sekiranya kita melupakan sejarah, maka tiadalah panduan untuk kita. sekiranya tiada panduan, maka sejarah akan berulang dan tika itu, usahlah kita menyesal lagi.
Nasihat saya, sebagai seorang mahasiswa, kita hendaklah melebarkan lagi ilmu pengetahuan kita. janganlah kita asyik untuk membenarkan seseorang hanya kerana kita suka padanya semata-mata. namun, biarlah kita suka seseorang itu dengan apa yang dibawanya. Sekiranya betul, maka sokonglah. akan tetapi, kalau tidak betul, tegurlah. janganlah kita terus berdiam diri dan membenarkan segala kesalahan.
Sedangkan Rasulullah membenarkan pandangan para Sahabat seperti Salman Al-Faris dalam perang khandak (ahzab), Umar al-Khattab di ancam dengan mata pedang di lehernya oleh seseorang yang menegur tentang kesalahannya, dan banyak lagi kisah-kisah sahabat yang menerima pandangan dan teguran dari orang lain.
Maka, marilah kita sama-sama merenung kembali dasar perjuagan kita ini atas dasar apa. Adakah atas dasar kita minat pada seseorang itu? Atau kita berjuang atas dasar apa yang dia bawa?
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment