Pages

Apr 19, 2010

Kepimpinan Mahasiswa Kini.

Hari ini, betapa lemahnya mahasiswa apabila kita terus menerus mengagkat kepimpinan mahasiwa-mahasiswa ‘wanita’ di dalam perjuangan kita pada hari ini. Inilah yang menyebabkan salah 1 petanda yang mamberi sinar dan siren kepada kita bahawa kemegahan suara mahasiwa tidak lagi mempunyai taringnya.

Manakan tidak, hampir segala urusan dan pandang dalam menentukan hala tuju dan arah layaran bahtera perjuangan mahasiswa pada hari ini lebih banyak condong terhadap keputusan yang di buat dan ditentukan oleh kepimpinan wanita. Harus di ingati bahawa, sejauh manapun kehebatan dan keterampilan seseorang tokoh pejuang wanita itu, bukan lah ia dijadikan alasan untuk kita terus megangkat martabat dan bernaung di bawah payung seorang ketua atau tunjuk ajar dari seorang perempuan.

Kenyataan ini nampak lebih kepada keegoaan, namun pada hakikatnya ia tidaklah sedemikian. Wanita-wanita atau dalam bahasa yang baik adalah serikandi-serikandi pejuang hari ini lebih untuk menunjukan diri mereka maju kehadapan dari pejuang-pejuang lelaki. Pandangan-pandangan dan saranan dari pejuang lelaki di perlekehkan dan tidak di timbal baik dengan sepenuh nya. Manakan tidaknya, setiap keputusan-keputusan yang di buat di dalam mesyuarat atau meeting dikuasai oleh suara majority perempuan kerana jumlah perempuan melebihi daripada jumlah lelaki.

Harus di ingatkan disini, struktur penyusunan organisasi bagi organisai perjuangan mestilah berbeza dan berlainan dari struktur organisasi proksi atau dalam syarikat. Organisasi perjuangan strukturnya lebih mengharapkan sesuatu keputusan itu bergantung kepada keberkatan dan keredhaan dari Allah. Maka, layanan dan cara mengurus system perjuangan haraki ini hendaklah berbeza dari segala segi dan mempunyai keistimewaannya sendiri.

Kalau di dalam syarikat atau organisasi yang biasa, maka bolehlah kita melayani hak sama rata dalam membuat keputusan. Bahkan boleh juga kita melantik ketua di kalangan wanita dalam mengetuai segala urusan yang berkaitan dengan organisasi proksi atau syarikat-syarikat corporate atau mengetuai dalam meeting.

Akan tetapi, apa yang berlaku di dalam suasana kampus kita sekarang adalah, system dan cara pengurusan organisasi dalam perjuangan haraki juga telah terkesan dan terbawa-bawa dengan cara pengurusan organisasi proksi. Tiada lagi hak keistimewaan lelaki sebagai seorang pemimpin dan layan adalah sama rata antara lelaki dan wanita.

Malah, kepimpinan lelaki di dalam organisasi haraki sering kali di ketepikan, dan serikandi wanita ini selalu membuat keputusan sendiri di kalangan pejuang-pejuang wanita. Wanita diberi kuasa untuk mengetuai sesuatu meeting di dalam organisasi.

Cukup menyedihkan apabila mahasiswa-mahasiswa lelaki menyerahkan mandate kepada serikandi-sekandi (mahasiswi) perempuan untuk menyampaikan kuliah atau tazkirah maghrib terhadap hadirin yang ketika itu tediri daripada Muslimin dan Muslimat.

Persoalannya disini adalah, patut kah hal ini berlaku didalam suasana perjuangan? Siapakah yang memimpin siapa? Perempuan memimpin lelaki atau sebaliknya? Adakah disebabkan jawatan / pangkat yang memberi kuasa kepada wanita untuk mengatasi lelaki didalam pergerakan jemaah haraki?

Sudahkah kita lupa bahawa di dalam al-Quran dan Hadith sendiri telah menyatakan bahawa keistimewaan lelaki itu melebihi dari wanita. Oleh itu, sejauh manakah kepimpinan seorang wanita itu boleh pergi dalam mengetuai urusan-urusan rasmi?

Sejarah dunia telah membuktikan bahawa kepimpinan wanita banyak menemui kebuntuan dan sekaligus membawa kepada kejatuhan terhadap negara yang dipegangnya itu. Ini terbukti dengan Bekas President Indonesia, Megawati Sukarno dan juga President Filipina, Aroyo. Bacalah kisah-kisah mereka di dalam sejarah dunia melalui internet atau mana-mana bahan bacaan, kita dapati bahawa pentadbiran mereka cukup controversi dan mempunyai banyak isu-isu masalah timbul.

Hakikat ini harus di terima oleh kaum wanita kerana mereka adalah di cipta bukan untuk berada di bariasan hadapan di dalam perjuangan. Akan tetapi, mereka sekadar pembantu di dalam perjuangan dan menyediakan tenaga-tenaga pejuang yang hebat (anak-anak yang soleh).

Kerana keasyikan berjuang dan menyangka bahawa wanita turut juga berjuang pada barisan hadapan, maka mereka mulalah melupai tugasan mereka yang sebenar iaitu pengurus rumah tangga. Disebabkan mereka terlalu sibuk berjuang, maka mereka terlupa untuk mempelajari ilmu pengurusan rumah tangga yang baik.

Sampai pada satu tahap, srikandi-srikandi ini kekok ketika berada di dapur, lemah di dalam mengurus atur rumah, kekurangan ilmu dalam mendidikan anak-anak, kurang mengetahui rahsia-rahsia yang diamalkan oleh orang tua-tua kita dahulu dan bermacam-macam lagi kekurangan yang dihadapi oleh srikandi-srikandi kita pada hari ini.

Kesannya, anak-anak terbiar dan selalu ditinggalkan oleh emak mereka, suami dan anak-anak selalu makan di luar, kedai atau warung makan, suami tidak di layan dengan baik, rumah tidak dihias dengan kemas dan cantik serta dibiarkan berselerak dan kotor, tidak tahu untuk memikat suami dari segi penerampilan dan kekemasan diri.

Sekiranya hal-hal yang saya sebutkan diatas berlaku di dalam rumah-tangga dikalangan ahli-ahli pejuang jemaah, bagaimana mungkin untuk kita melahirkan 1 generasi pejuang yang hebat dan mantap dari segi sahsiah dan peribadi anak-anak kita nanti. Air tangan seorang isteri atau ibu tidak mengalir deras di dalam perut dan salur darah suami dan anak-anak.

Maka, disitu kita dapat melihat bahawa anak-anak kurang mendapat kasih sayang dari seorang ibu dan si suami pula kurang mendapat air pengasih dari seorang isteri.

Oleh yang demikian, sebagai conclusi, amatlah perlu bagi seseorang srikandi itu mengetahui dengan jelas tugas sebenarnya yang perlu digalas oleh mereka. Janganlah apabila 1 tahun lagi nak kahwin, baru nak pelajari semua ilmu selok-belok rumah tangga. Mempelajari ilmu rumah tangga bukanlah sekadar ilmu pengetahuan seperti mana yang kita pelajari di dalam kelas atau kuliah, akan tetapi ia mestilah di iringi dengan praktis dan amalan yang akhirnya menjadi tabiat kita seharian sebagai satu persediaan kepada kita untuk menghadapi saat berkeluarga nanti.

Biarlah apabila kita memasuki alam rumah tangga bukan sahaja persediaan dari segi kewangan semata-mata, namun ilmu selok-belok rumah tangga sudah kita kuasai dan itulah yang paling penting sekali sebenarnya. Dengan memahami tugas-tugas dan ilmu rumah tangga dengan baik, maka dapatlah kita melahirkan 1 generasi yang hebat, cemerlang dan mantap dalam memastikan misi menegakkan sebuah negara Islam tercapai.

No comments: