Bagaimana kita nak control minda orang agar kita dapat mengarahkan dia supaya dia buat apa yang kita mahukan? Disini terdapat beberapa konsep yang mana saya telah jalankan beberapa kajian, eksperiment dan try and error terhadap kawan-kawan saya.
1. Belanja makan.
Saya ada seorang kawan yang kurang rapat. Satu hari saya makan tengahari di cafe. Dan tiba-tiba kawan saya itu datang untuk membeli makanan. Kebetulan masa tu saya baru sudah. Kemudian saya mengambil peluang dengan membelanjakan makanannya itu tanpa dia sedari. Pada masa yang sama saya pesan kepada casher untuk bagitahu kat kawan saya itu bahawa saya yang telah bayar makanan dia (belanja). Keesokan harinya, bila terjumpa dengannya dia Nampak macam terharu dan saya dapat rasakan bahawa saya telah memegang hati dan dirinya. Malah saya dapat merasakan chemistry antara kami terbina dengan kukuh.
2. Bagi hadiah.
Tentang yang ini, saya pernah cuba dan buat pada roommate yang hanya baru kenal 1 minggu. Alhamdulillah, ia membawa kesan yang positif. Pada awal masuk semesta 1 lepas, saya baru sahaja daftar masuk ke kolej. Tapi pada hujung minggu berikutnya, saya balik ke kampong. Kemudian saya ada membeli cenderamata dari kampong dan sedikit buah tangan untuknya.
Pada pandangan saya, cara kita bagi hadiah itu membawa kesan yang besar juga sebenarnya. Bagi saya, sekiranya kita mahukan kesan hadiah kita itu lebih mendalam didalam hatinya, saya akan bagi hadiah tersebut ketika dia tidak ada kat bilik. Letakkan hadiah dan buah tangan tersebut diatas meja bersama nota kecil. Tulislah sesuatu kata-kata yang laahir dari hati kita terhadapnya dan tulisan tersebut hendaklah pendek, ringkas dan padat. Cuba anda bayangkan perasan anda apabila anda masuk ke bilik, tiba-tiba terdapat hadiah atau sesuatu diatas meja anda. Pasti anda akan terharu, bukan?
3. Ziarah ketika dia sakit.
Tentang hal ini, saya tidak pernah buat. Tapi saya pernah mengalaminya apabila saya sakit, kawan saya datang menziarahi saya. Perasan saya ketika itu adalah sangat gembira dan terharu dengan kehadiarnnya. Manakan tidak, dia datang untuk melihat keadaan kita sambil membawa sedikit buah dan nasi goreng panas. Ketika itu, hati saya betul-betul berada didalam gengaman tangannya.
Bila saya fikirkan balik, apalah sangat dengan nilai sebanyak RM5-6 yang telah kita belanjakan terhadap kawan kita, akan tetapi dengan nilai sekecil RM5-6 itu, kita telah dapat memegang hatinya. Hebat bukan? Tanpa kita perlu mengeluarkan peluh dan kata-kata yang banyak.
Pada pandangan saya, ia berkait rapat dengan psychology sebenarnya. Ketika kita sakit, hati kita sebenarnya berada dalam keadaan yang lemah. Maka dalam keadaan itulah kita akan mudah dipengaruhi atau tersentuh. Sebab itulah, bila dikaji semula, apabila seorang pesakit itu pergi berjumpa dengan doktor perubatan di klinik atau hospital misalnya, apa yang doktor buat sedikit check melalui sentuhan dan urutan kecil dari tangan beliau. Menurut pandangan psychology, dengan hanya sentuhan dan urutan tangan doktor itu juga telah merawat penyakit beliau.
4. Sentuh tangan atau mana-mana anggota badan ketika berbual.
Awas, ini adalah untuk kaum sejenis sahaja. Haram bagi perempuan untuk menyentuh lelaki dan sebaliknya. Namun, sekiranya pasangan suami isteri, cara ini adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui sentuhan ia akan mengalir satu cas atau magnetik bagi mengeratkan lagi hubungan seseorang itu dengan yang lain.
Hak cipta adalah terpelihara.
Ditulis sendiri dari minda ‘Hujjati_Qalam’.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment