'Kesunyian'
Sunyi. Kenapa kita terasa sunyi? Kadang kala kita terasa sunyi sangat-sangat. Sunyi sepi dan tidak gembira. Kita terasa terasing dan jauh dari orang dan rakan-rakan.
Kita terasa sunyi sepi dari dunia reality. Bukanlah sunyi itu bermaksud sunyi dari bunyi bising. Tidak sesekali. Sunyi di sini membawa erti yang cukup memberi kesan di hati. Sukar untuk di ungkapkan melalui kata-kata. Ini kerana, hanya orang pernah melalui dan merasai erti kesunyian ini sahaja yang dapat membayangkan erti sebenar kesunyian yang di maksudkan ini.
Di manakah kawan-kawan dan rakan taulan yang selama ini berada bersama-sama? Ke manakah perginya orang yang dekat di hati kita? bagaimanakah pula dengan kemasyuran yang ada pada diri kita? adakah semua itu dapat memenuhi lubuk hati kita yang kesunyian ini?
Kadanag kala, dengan mempunyai rakan dan taulan yang ramai serta yang sentiasa berada disisi, sahabat karib yang setia disisi, jawatan dan pangkat serta kemasyuran menghias diri, namun, sebenarnya, kita juga akan terasa kesunyian jua akhirnya. Pernahkah anda terasa demikian? Pernahkah terasa jiwa ini sunyi sepi dari kegembiraan dan ketenangan hakiki?
Ketahuilah bahawa, ketika hati itu terasa kesunyian, maka hati kita sebenarnya kosong. Jiwa kita kosong kerana tidak di isi dengan makanan rohani. Apabila jiwa kita kosong, maka ia akan meronta-ronta dan memberontak kesunyian. Hatta segala keperluan seperti harta, rakan taulan, jawatan serta kemasyuran yang berada di sekeliling kita sekalipun, ia tetap tidak akan dapat mengisi ruang kesunyian di dalam hati.
Maka, pada saat itulah, kembalilah kita kepangkal jalan. Carilah punca-punca sebenarnya kenapa kita terasa kesunyian. Ingatlah, tidak ada cara lain lagi yang dapat menyembuhkan kesunyian kita itu. Dan, cara ini sahaja lah yang menjadi ubat kepada segala jenis penyakit kesunyian kita itu. Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah dengan Bermunajat Pada Allah.
Mengadulah pada Allah. Kerana dengan pengaduan itu, sudah pastinya ia menjadi paksi penyembuh kepada segala punca kesunyian di hati kita itu. Ketahuilah bahawa, Allah itu maha penyayang dan Dialah maha pengampun. Walau sebesar mana skalipun kesilapan yang kita lakukan, Allah tetap masih mahu menerima rintihan dan tangisan hati kita.
Percayalah, dengan hanya bermunajat dan bercerita kesunyian hati kita itu pada Allah, nescaya kita akan terisi kembali kegembiraan yang telah lama hilang di hati.
InsyaAllah.
Hujjati Qalam
1 comment:
Assalamualaikum
Sedikit cadangan daripada saya..Lagi indah jika entri-entri diselitkan dengan ayat Al-Qur'an/hadis/ kata2 Ulama'. Apatah lagi ruangan ni adalah ruangan agama. Perasaan itu fitrah maka kukuhkannya dengan penegasan daripada dalil.
Post a Comment