Pages

Nov 18, 2010

Perhitungan Diri

Perhitungan Diri


Bilakah kali terakhir kita menghitung diri? Adakah kita rasa setiap perbuatan kita itu selalu tepat dan betol? Kenapakah kita sering tidak mahu mengaku kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan?



Kadangkala, kita sibuk menghitung kesalahan orang lain daripada mengitung kesalahan diri. Menyebabkan ia menjadi dinding penghalang untuk menghitung kesilapan demi kesilapan yang kita lakukan.



Bukan itu sahaja, maksiat-maksiat yang bersarang di hati juga menyebabkan hati kita sukar untuk menerima kelembutan sinar cahaya Illahi. Kerna hati yang kotor bukanlah menjadi tempat singgahsana bagi sinar Illahi.


Malah, banyak bercakap serta gelak ketawa yang melampau telah membuatkan hati kita keras macam batu.



Jiwa yang keras menyebabkan sikap dan perangai kita teruk dan melampau, serta di luar batasan kemanusiaan.


Bagaimana mungkin hati yang keras itu mahu menyerap sinar-sinar cahaya keimanan dan mengecapi kelazatan nikmat berzikir? Tanpa zikir, kita tidak mempunyai kekuatan untuk menghitung diri.


Kerana, dengan berzikirlah ia akan membuatkan hati tenang. Apabila hati tenang, mudahlah untuk kita menghitung diri sendiri.



Setelah menghitung diri, barulah kita sedar bahawa kita ini rupa-rupa kerdil dan kecil sahaja. Malah, pandagan hati kita terbuka luas dan seluas-luasnya. Kemudian, barulah datang sifat positivism dalam diri.



Ketahuilah, berfikir (muhasabah) dan bertafakkur selama sesaat itu, lebih baik daripada 1000 kali amalan ibadah.



Wallahua’lam.

No comments: