Pages

Nov 22, 2010

Accident? Apakah Yang Perlu Dilakukan?



Apakah Yang Perlu Anda Buat?



Sila Ikuti Prosedur Dibawah Apabila Anda Terlibat Kemalangan


1) Jangan PANIK!


Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan diri. Kemudian, ucapkan Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana anda masih hidup dan terselamat. Sekiranya ia agak serius, sekurang-kurangnya, bersyukurlah kerana anda masih lagi di beri peluang oleh Allah untuk hidup dan terus berbuat baik dan ibadah kepada-NYA.


2) Ambil gambar.


Sekiranya anda mempunyai camera, ambil gambar pada bahagian kenderaan anda yang rosak atau yang kemik di sebabkan kesan accident.

Ini sebagai bukti dan penjelasan untuk membuat procedure yang seterusnya..

Jangan lupa untuk mengambil number plat (pendaftaran) kereta or kenderaan yang terlibat kemalangan dengan anda.


3) Buat laporan polis.


Anda hendaklah membuat laporan polis. Ini sangat penting untuk membuat tuntutan Insurance. Laporan polis hendaklah di buat oleh kedua-dua belah pihak dalam masa 24 jam dari masa kemalangan.

Berikut butiran yang mungkin di perlukan dalam membuat laporan polis :

  • a) tarikh dan masa kejadiaan.
  • b) tempat kejadian – specific.
  • c) jumlah kenderaan terlibat.
  • d) jenis-jenis dan number plat (pendaftaran) kenderaan yang terlibat.
  • e) sebab dan punca kemalangan berlaku.


4) Jangan meminta atau membayar sebarang duit pampasan kepada mangsa.


Sekiranya si mangsa meminta agar anda membayar duit tuntutan kerosakan, saya nasihatkan di sini agar anda tidak membayarkan kepadanya satu sen pun. Malah, mengajaknya untuk bersama-sama dengan anda pergi membuat laporan polis.


5) Isi borang tuntutan ‘claim’ dengan syarikat insurance dan di lampirkan sekali dengan :


  • a) salinan laporan polis
  • b) salinan kad pengenalan
  • c) salinan lesen memandu

Bagaimanapun, tuntutan insurance tidak dapat di buat sekiranya :

  • a) cukai jalan (road tax) tidak di perbaharui atau sudah luput tarikh – ini bermakna kenderaan anda tidak dilindungi insurance.
  • b) tiada lesen memandu (bawah umur)
  • c) lesen memandu tamat tempoh – tidak di perbaharui.


6) Melantik Peguam.


Ramai yang beranggapan bahawa mereka perlu melantik peguam untuk menghadapi tuntutan yang di buat oleh mangsa. Namun, yang sebenarnya, sekiranya anda adalah orang yang melanggar orang or pesalah, anda tidak perlu untuk melantik peguam.

Ini kerana, syarikat insurance yang melindungi kenderaan anda akan melantik peguam mereka sendiri untuk membela kes anda dan mewakili anda di mahkamah.

Malah, kemungkinan mereka akan menyuruh anda untuk berjumpa dengan peguam tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang fakta kemalangan yang berlaku.


7) Bayaran tuntutan ganti rugi – arahan dari Mahkamah.


Sekiranya anda di dapati bersalah dan anda di kehendaki membayar tuntutan sebanyak RM 30 000, contohnya, anda tidak perlu risau.

Ini kerana, yang perlu membayar tuntutan tersebut adalah bukannya anda. Bahkan, pihak syarikat insurance yang perlu membayar tuntutan tersebut bagi pihak anda.

Kadang kala, anda merasakan bahawa anda bersalah dan menjadi punca kepada berlakunya kemalangan.

Namun, apabila fakta-fakta sudah di teliti dan di bahaskan di dalam mahkamah, terbukti bahawa anda bukannya patut di persalahkan 100%. Malah, si mangsa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.

Dalam erti kata lain, anda hanyalah bersalah sekadar 50%.


Wallahua'alam


Dari Minda Hujjati

3 comments:

fzal said...

Nice post. Great tips for new drivers and those who have yet to encounter any accidents.

I believe you should add a paragraph before going to the police to make a report: Do a rough estimate of the damage. If its small and the wrongdoer admits its his fault and is willing to pay, there is no need to go to the police station.

Just go to the workshop to ascertain the cost and ask the wrongdoer to pay via maybank2u/tranfer at ATM for evidence purposes (NOT CASH). THIS MUST BE DONE WITHIN 24 HOURS. If there is no payment within the last few hours, only then you go to the police station to report.

It will save your time and effort, save society from paying unnecessary summons and save from paying higher insurance premiums.

Lets face it, everybody (well almost everybody) doesnt want to get involve in an accident. I believe this is a great step towards becoming a more tolerant society.

Thanks for the nice article bro!

Ashraf said...

owh, ok then.

thanks bro for ur sharing information.

it will help others.

thanks again..

Unknown said...

Assalam..nak tnya.jika berlaku accident.tetapi roadtax & insurans mangsa tidak diperbaharui semasa accident trsebut berlaku..adakah mangsa akan dikenakan tindakan undang2 jika beliau membua laporan polis..sekian trima ksih