Blog Yang Berkesan? Macam Mane?
Apabila kita lihat ramai yang buat blog, kita pun mahu buat blog. Bila orang tulis, kita pun nak tulis. Namun, adakah kita tahu cara-cara yang berkesan untuk menghasilkan blog yang bagus?
Di sini, saya akan cuba membantu anda untuk menghasilkan blog yang menarik, mudah dan berkesan kepada pembaca.
Langkah-langkah tersebut adalah :
1) Paragraph (Mempunyai Perenggan)
Cuba elakkan membuat tulisan yang panjang pada setiap perenggan. Cukuplah hanya sekadar mempunyai sebanyak 2,3 or 4 baris sahaja setiap perenggan. Kenapa?
Kebiasaannya, blog adalah tempat untuk merehatkan minda dan menambah input-input. Menurut kajian, para pembaca blog biasanya tidak akan membaca kesemua tulisan article dari huruf ke huruf.
Apatah lagi dari article yang tidak tersusun rapi dengan sistem perenggan dan mempunyai barisan yang banyak serta panjang setiap satu perenggan. Maka, secara psychology nya, orang akan beranggapan bahawa aticle anda panjang dan membuatkan orang malas untuk membaca.
Jadi, buatkan para pembaca merasakan bahawa article anda pendek dengan mempunyai perenggan yang pendek. Malah, ia juga sangat penting untuk mempunyai struktur ayat yang mudah di fahami bagi memberi keselesaan kepada semua lapisan pembaca.
2) Warna
Pemilihan warna sangat penting. Pastikan warna text or tulisan anda jelas dan tidak kabur. Kadangkala, ramai penulis blog gagal untuk membezakan antara warna tulisan dengan warna background.
Bukan apa, sangat bagus sekiranya anda mempunyai niat untuk menghiasi article anda untuk menarik minta pembaca untuk membaca blog anda. Namun, janganlah sampai warna itu meneggelamkan tujuan yang asal dan menyukarkan untuk membaca.
Pastikan warna pada text hanyalah mempunyai 2-3 warna sahaja agar ia tidak mengelirukan pembaca. Jika tidak, ia akan kelihatan berserabut dan tidak kemas.
3) Pendek tapi padat.
Blog yang terbaik adalah blog yang pendek, ringkas, padat serta mudah di fahami. Malah, blog tersebut haruslah teratur dari segi penyusunan isi dan maksud yang cuba di sampaikan oleh penulis kepada pembaca.
4) Bolt or warna highlight yang berbeza dari latar background.
Hendaklah di pastikan agar warna text (tulisan) itu berbeza dengan warna background (template) blog anda supaya ia mudah dibaca dan di bezakan antara text dengan blog anda.
Oleh itu, pemilihan warna adalah sangat penting sebelum anda post article anda.
5) Design
Design adalah ‘added value’ or asset yang penting untuk menarik minat pembaca. Namun, terlalu banyak design, ia akan membuatkan blog anda menjadi berat dan lambat untuk di layari oleh pembaca.
Hasilnya, bagi mereka yang mempunyai internet yang slow, sudah tentu ia akan menyukarkan pada mereka untuk mengikuti blog anda.
Design yang melampau juga tidak bagus dan tidak di galakkan. Ini kerana, ia akan membuatkan blog anda menjadi serabut, bersepah dan tidak kemas.
Elakkan blog anda dari mempunyai design yang mengikut cita-rasa anda semata-mata. Yang penting adalah maksud, tujuan dan idea anda tersampai kepada minda pembaca.
Kah kah kah …. ORANG TULIS, KITA NAK TULIS ….. kah kah kah
Kah kah kah …. BILA TULIS, SYOK SENDIRI ….. kah kah kah
Nota :
Biarlah org senang bila baca blog kita,
Agar message dan maksud tercapai kepada pembaca,
Antara design dan tujuan (maksud) yang mana lebih penting?
Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya anda menulis,
Dan menulis itu lebih baik dari langsung tak menulis.
Teruskanlah menulis. Dan belajarlah dari kesilapan.
Rambut sama hitam,
Tapi cita rasa dan hati lain-lain.
Menulislah mengikut naluri dan perasaan anda.
Wallahua’lam
Minda Hujjati
1 comment:
amboi2..bukan main lagi ek suke kt bwh tu..berdekah2..:P
neway, nice suggesstion wahai incik ashraf..
will take it into account..:)
Post a Comment