Persoalan di sini adalah, bolehkah seseorang peguam itu membela orang yang di tuduh membunuh, merompak, mencuri, merogol, atau jenayah-jenayah yang lain?
Hari ini, ramai yang beranggapan bahawa sekiranya menjadi peguam, maka kita tidak boleh menjadi peguam untuk membela orang yang kena tuduh (OKT) dalam jenayah membunuh, merogol atau sebagainya.
Sebenarnya, tanggapan ini adalah salah dan tidak benar,. Ia adalah merupakan salah faham yang nyata yang telah membelenggu fikiran msyarakat Melayu Islam kita pada hari ini.
Harus difahami dengan jelas bahawa tugas sebenar seorang peguam itu bukanlah untuk menentukan kesalahn seseorang ataupun melucutkan orang yang bersalah dari dikenakan hukuman.
Tugas sebenar seorang peguam adalah untuk memudahkan dan membantu pihak mahkamah dan hakim bagi membuat keputusan yang tepat, jelas dan betul setelah mana mendengar dan menganalisis data, bukti dan keterangan yang dibawa oleh peguam masing-masing.
Dalam erti kata lain, peguam hanyalah merupakan jurucakap kepada pihak yang berada di dalam mahkamah samada plaintiff atau defendant (OKT). Ini kerana, tidak semua orang yang tahu dan arif tentang prosedur-prosedur dan formaliti-formaliti dalam membuat tuntutan perundangan terutamanya apabila berkaitan dengan proceeding mahkamah.
Sekiranya institusi guaman tidak wujud, dalam erti kata lain, peguam-peguam tidak di lantik untuk mewakili samada bagi pihak plaintiff mahupun defendant, maka ia akan menyusahkan banyak pihak yang ingin berurusan dengan pihak mahkamah. Justeru, ia akan lebih menyusahkan lagi orang ramai terutamanya terhadap golongan buta huruf tentang proceeding mahkamah.
Maka, atas alas an inilah, institussi guaman di wujudkan bagi menangani perkara ini. Oleh yang demikian, maka amat perlulah seseorang itu diwakili oleh peguamnya untuk memastikan prosedur dalam mahkamah berjalan dengan lancar.
Oleh itu,adalah penting bagi seorang peguam yang beragama Islam, hendaklah mempunyai semangat untuk menegakkan yang hak. Namun, harus di ingat, yang hak dan batil itu tidak lagi dapat di tentukan selagi mana ia tidak di putuskan oleh jawatan kuasa kehakiman, i.e. hakim.
Terdapat banyak kes di mana peguam-peguam Islam kita tidak berani untuk membela orang kena tuduh (OKT) kerana mereka beranggapan bahawa OKT adalah bersalah. Mereka ‘judge’ seseorang itu berdasarkan kepada fakta pertuduhan sedangkan OKT tersebut belum lagi di tentukan statusnya samada bersalah ataupun tidak oleh pihak mahkamah. Oleh yang demikian, tanggapan ini jelasnya bertentangan dengan etika guaman.
‘As a general principal’ seseorang itu tidak dapat dikatakan bersalah selagi mana ia tidak ditentukan oleh Hakim.
Disana, terdapat kes dimana seseorang itu dituduh mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur, 16 tahun. Jadi, dari sudut perundungan di Malaysia, ia menjadi 1 kesalahan apabila mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur di bawah akta Penal Code.
Tertuduh (OKT) telah mengambil inisiatif untuk meminta mana-mana peguam untuk membelanya di mahkamah. Namun, tiada 1 pun peguam-peguam Islam yang sanggup untuk membela kesnya terhadap pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, dia tampil dengan dirinya sendiri tanpa di wakili oleh mana-mana peguam. Justeru itu, penghakiman dijatuhkan ke atasnya dan di penjarakan selepas didapati bersalah.
Setelah hampir 3 tahun di penjarakan, tertuduh (OKT) dibenarkan untuk dibicarakan skali lagi (re-trial) setelah terdapat beberapa unsur-unsur yang meragukan. Kali ini, ia diwakili oleh peguam bukan Islam (non-muslim). Selepas perbicaraan tersebut, barulah pihak kehakiman menyedari bahawa OKT didapati tidak bersalah dan dakwaan yang dibuat terhadapnya adalah palsu dan rekaan semata-mata.
Harus di ingat bahawa, antara yang hak dan batil itu, kebanyakannya bercampur antara satu sama lain. Maka, tidaklah ia dikatakan sesuatu itu hak selagi mana ia tidak terbukti ia adalah hak. Dan tidaklah pula ia dikatakan batil selagimana ia tidak terzahir kebatilannya.
Kembali kepada perbincangan kita yang asal, disebabkan mentality masyarakat melayu Islam, maka bilangan peguam-peguam Muslim di bahagian perundangan semakin berkurangan. Ibu-bapa tidak menggalakan anak-anak mereka untuk menyabung pengajian dalam bidang perundangan atas alasan yang telah di bincangkan di atas. Peguam-peguam Muslim semakin ketinggalan jauh kebelakang dan mulalah ia dikuasai oleh peguam-peguam bukan Islam (non-muslim). Sebab itulah, ia menjadi salah satu faktor kenapa peguam-peguam Islam semakin berkurangan di institusi guaman kita hari ini.
Kesan dari kekurangan peguam Muslim, maka banyaknya kes-kes yang dilihat, dikuasai oleh orang-orang bukan Islam. Malah, panel-panel perundangan banyak dilantik di kalangan orang bukan Islam. Jadi, bila timbulnya sesuatu isu atau memelukan jawatan kuasa untuk menggubal perundangan di Negara ini, maka terpaksalah dilakukan oleh panel-panel tersebut.
Bukanlah kita tidak mahu untuk melantik panel-panel dari kalangan peguam Muslim, akan tetapi setelah dilihat dari segi kepakaran dan keupayaan peguam Muslim kita yang sedikit, sebab itulah jumlah kita yang mewakili dalam jawatan kuasa penggubal undang-undang adalah sedikit dan kita menjadikan suara minority di dalam menetukan hal tuju undang-undang di Negara kita.
Akhir kata, bagi menyelamatkan maruah perundangan di Negara kita sendiri, kita sendiri hendaklah menukar mentality iaitu cara pemikiran kita yang salah itu. Dan, semestinya ibu-bapa hendaklah menggalakan anak-anak mereka untuk mengambil dalam jurusan perundangan bagi memastikan generasi pelapis terus wujud dan membawa kesan mendalam dalam institusi perundangan negara pada masa akan datang.Tambahan pula, di dalam dunia kita, terdapat 2 pekerjaan yang mana peluang pekerjaannya masih terbuka luas. Iaitu Doktor dan Peguam. Ini kerana, setiap hari orang sakit dan melakukan jenayah. Jadi, doctor untuk menguruskan orang sakit, manakala pula peguam untuk berurusan dengan case jenayah atau perundangan.
1 comment:
apabila membaca artikel ini memberi saya semangat untuk mengambil jurusan undang-undang.
Post a Comment