Bagaimanakah Undang-undang 'Evidence'
Dilaksanakan?
Sebelum membaca tulisan ini, saya minta agar anda kosongkan minda anda terlebih dahulu. Inilah untuk memastikan pembacaan tulisan ini tidak diganggu oleh apa yang telah ada dalam minda anda tentang isu ini.
Baiklah, dalam sistem "Judiciary' atau 'Kehakiman', sesuatu kes yang dibawa masuk ke dalam mahkamah tidak lari dari 2 perkara, iaitu :
1) Kes Sivil (Civil Case)
2) Kes Jenayah (Criminal Case)
Maka, sudah jelas di sini bahawa, terdapat 2 cabang atau klasifikasi kes apabila ia dibawa masuk ke dalam mahkamah.
Jadi, timbul persoalan di sini. Bagaimanakah pula dengan 'Tahap Pembuktian' yang diperlukan terhadap sesuatu kes itu?
Di sini, ia mempunyai 'Tahap Pembuktian' yang berbeza antara 'Kes Sivil' dan 'Kes Jenayah'. 'Tahap Pembuktian' ini menjadi kayu ukur kepada Pendakwaya atau Plaintiff untuk mensabitkan kesalahan 'Orang Tertuduh' atau 'Defendant'.
Oleh itu, tahap pembuktian bagi :
1) Kes Sivil adalah sekadar 'Balance of Probabilities' - iaitu pembuktian sekadar imbangan kebarangkalian.
(Sekiranya kes anda lebih condong ke arah anda sebanyak 51% , maka ia sudah cukup untuk anda menang dalam kes tersebut)
2) Kes Jenayah adalah bukti yang musti sampai tahap 'Beyond Reasonable Doubt' or 'Beyond Any Shadow of Doubt' - iaitu pembuktian secara melangkaui sebarang keraguan.
(Sekiranya ada sedikit fakta yang meragukan, maka 'Orang Tertuduh' adalah dikira TIDAK BERSALAH)
Jadi, apa yang menarik di sini adalah, saya ingin kongsikan dengan anda tentang 'Tahap Pembuktian Bagi Kes Jenayah'. Iaitu : - "Beyond Any Shadow of Doubt".
Adalah amat penting sekali bagi Pihak Pendakwaraya untuk membuktikan sesuatu Kes Jenayah itu pada tahap pembuktian 'Beyond Any Shadow of Doubt'.
Oleh itu, segala bukti-bukti dan evidence-evidence yang dibawa masuk ke dalam mahkamah hendaklah dapat membuktikan kes tersebut secara tepat, perfect dan melangkaui sebarang keraguan.
Sebagai Contoh :
Seorang gadis, Umi telah membuat laporan Polis bahawa dirinya telah di rogol dan di liwat. Maka, di dalam laporan tersebut, nama Ibrahim telah disebut sebagai 'Orang Tertuduh' atau 'Suspect'. Malah, dalam tuduhan tersebut, tiada saksi di laporkan nampak kejadian tersebut berlaku.
Kemudian, Ibrahim didakwa di mahkamah atas dua kesalahan :
1) Merogol
2) Meliwat
Maka, semasa kes itu di bicarakan di dalam mahkamah, segala bukti dan evidence telah di bawa masuk untuk menyokong dakwaan bahawa Ibrahim telah merogol dan meliwat Umi.
Antaranya, terdapat laporan perubatan or 'Medical Report' yang menyatakan bahawa :
1) Terdapat kesan koyakan selaput 'Dara' pada kemaluan mangsa.
2) Terdapat kesan air mani pada kemaluan mangsa.
3) Terdapat kesan jolokan pada dubur mangsa.
4) Terdapat kesan air mani pada dubur mangsa.
Nah!!
Apakah pandangan anda sekiranya anda yang menjadi Hakim dalam perbicaraan ini?
Dengan bukti yang berada di atas, sudah pasti anda akan terus merasakan bahawa Ibrahim yang melakukannya. Bukan?
Tunggu!!
Bukan semudah itu untuk kita menjatuhkan hukuman pada seseorang. Apabila ia melibatkan bahan bukti dan evidence, maka kita kena lihat ianya dengan betol-betol agar kita tidak tersalah dalam membuat keputusan.
Hujahan Yang Perlu Diteliti Oleh Hakim Adalah Seperti Berikut :
1) Terdapat kesan koyakan selaput 'Dara' pada kemaluan mangsa.
Persoalan yang timbul, adakah kesan koyakan tersebut disebabkan oleh perbuatan Suspek yang merogolnya?
Jika kesan koyakan selaput dara itu disebabkan oleh Suspek, adakah Suspek itu benar-benar melakukan penetrasi dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan Mangsa? Dalam erti kata lain, adakah 'Penetrasi' dengan zakar Suspek betol berlaku?
Atau koyakan selaput dara tersebut disebabkan oleh kesan aktiviti tangan Suspek? atau mungkin juga kesan tangan Mangsa sendiri?
Ini kerana, harus diingat, selaput dara adalah tisu yang sangat nipis dan sensitif. Maka, ia mudah sahaja terkoyak tanpa memerlukan wujudnya aktiviti 'Penetrasi' untuk mengoyakkannya, seperti akibat daripada :
1) bersukan,
2) membuat kerja berat,
3) senaman gymnastik,
4) Aktiviti tangan (mastuburasi/onani)
5) dan bermacam-macam lagi......
2) Terdapat kesan air mani pada kemaluan mangsa.
Tunggu!
Ada kesan mani, bukan bermakna kita terus menghukum Ibrahim. Adakah dengan hanya wujudnya air mani di kemaluan Umi, maka kita katakan Ibrahim yang Rogol?
TIDAK!! Tunggu dahulu!!
Kita kena tengok dahulu samada Air Mani itu berada dimana? Samada di dalam 'Faraj' Umi atau sekadar di luar Faraj? Atau sekadar dibibir 'Faraj' sahaja?
Kenapa perlu tanya semua ini?
Kerana, sesiapa sahaja mungkin boleh letakkan Air Mani orang lain di Farajnya dan menuduh orang lain merogolnya! Kerana duit, orang sanggup nak buat apa sahaja, terutamanya pada zaman sekarang ini. Banyak kes macam ini berlaku disebabkan ganjaran dan habuan duit bernilai berjuta-juta ringgit.
Sekiranya benarlah sample air mani itu di ambil dari dalam Faraj Umi, so, kena check dahulu samada Air mani itu adalah benar-benar kepunyaan Ibrahim atau LELAKI LAIN?
Ujian DNA perlu dibuat!
Selepas ujian DNA dibuat keatas semple berkenaan, didapati terdapat DNA tiga lagi LELAKI LAIN yang ditandakan sebagai X, Y dan Z. Maka, terdapat 4 orang yang terlibat.
Ini sudah timbul keraguan BESAR nih!!
Ini kerana dalam polis report, Umi cakap dia hanya diRogol oleh Ibrahim sahaja. Tapi, terdapat 3 lagi DNA LELAKI LAIN di kemaluannya?
3) Terdapat kesan jolokan pada dubur mangsa.
4) Terdapat kesan air mani pada dubur mangsa.
Baiklah, berdasarkan bukti DNA tadi yang menyatakan ada lagi 3 individu lelaki lain yang terlibat, jadi TIDAK boleh kita katakan bahawa kesan jolokan di dubur Mangsa, Umi, di sebabkan oleh jolokan zakar Ibrahim.
Ini SALAH!!
Mana boleh kita terus katakan Ibrahim yang buat, sedangkan 3 individu lain bebas diluar sana tanpa disiasat?
Baiklah.... Katakan sahaja sekiranya Ibrahim memang individu yang merogol mangsa.
Tetapi, dengan kehadiran keputusan DNA yang menyatakan ada 3 individu lain, maka TIDAK boleh kita terus sabitkan Ibrahim yang LIWAT Umi...!! Ini memang terang salah! Mungkin individu X yang liwat...!! Atau Datuk Z yang liwat..
Atau, mungkin si Mangsa memasukkan benda 'LAIN' ke dalam duburnya untuk menyalahkan Suspek, seperti memasukkan :
1) Timun,
2) Terung,
3) Carrot..
Kesimpulannya :
Dalam kes yang saya analogikan di atas menunjukkan bahawa bukti-bukti dan evidence yang tepat tanpa wujudnya sebarang keraguan adalah sangat penting untuk mensabitkan kesalahan Suspek. Malah, bukti-bukti juga haruslah relevan dan tiada keraguan ke atasnya.
Sekiranya wujudnya evidence-evidence dan bukti-bukti yang tidak masuk akal, maka terus terang bahawa bukti tersebut TIDAK BOLEH digunakan dan WAJIB di TOLAK tepi. Biarpun dengan membawa 71 bukti sekalipun, sekiranya TIDAK RELEVEN, maka TIDAK BOLEH di TERIMA.
Sekiranya seseorang itu menerima Bukti or Evidence seperti itu, maka jelaslah bahawa ada something wrong yang berlaku disebalik sandiwara yang sedang dijalankan! Dan kalaulah dia menggunakan Bukti dan Evident seperti itu untuk menjatuhkan hukuman pada seseorang, maka dia MEMANG JAHIL!!
Wallahua'lam
Dari Minda :
Hujjati Qalam