Abu Darda’
‘Failasuf Dikalangan Sahabat’
Dikalangan Para sahabat Rasulullah s.a.w banyak sekali orang-orang yang berjiwa zuhud. Di antara mereka yang paling menonjol seklai ialah Abu Darda’. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai seorang sahabat arkab bahkan juga sebagai seorang sahabat berjiwa failasuf.
Ketika angkatan tentera Isalam sedang sibuk-sibuk menghadapi peperangan bagi menegakkan kesucian agama Islam, Abu Darda yang datangnya dari suku Khazraj dari golongan ansar menyataka “ Mahukah kuberitahukan kepada mu akan sebaik-baik amal untuk mendekatkan dirimu kepada Allah bahkan lebih baik dari wang dirham atau dinar?” orang-orang yang mendengarnya lantas bertanya “apakah itu wahai Abu Darda?” Abu Darda menjawab “Yaitu berzikir kepada Allah, kerana itu adalah satu amal yang besar.”
Kata-kata Abu Darda itu bukanlah sekali-sekali bertujuan untuk menghilangkan semangat dimedan perang malah beliau sendiri pun terbilang seorang sahabt yang besar semangat jihadnya demi mempertahankan maruah dan kesucian Islam. Tetapi memang benarlah pandangan Abu Darda itu bahwa berzikir adalah satu amal yang paling besar disisi Allah.
Abu Darda adalah salah seorang sahabat yang sering menyertai Rasulullah s.a.w dalam beberapa peperangan untuk menetang golongan musyrikin. Tetapi, setelah kembali dari perang atau ketika berada dalam keadaan aman dizaman Rasulullah, beliau dikenali dikalangan sahabat sebagai seorang ahli hikmat yang solatnya, ibadatnya, hidup dan matinyan untuk Allah pemilk sekalian alam.
Beliau lebih menonjol sebagai seorang ahli sufi, ahli falsafah ahli hikmat yang sangat diminati orang tentang kata-katanya yang berhikmah lagi dalam ertinya. Beliau pernah mengatakan bahawa “berfikir sesaat adalah lebih baik daripada beribadah semalaman”
Sebelum memeluk Islam, Abu darda adalah seorang saudagar yang kaya. Bahkan sebelum Rasulullah dan kaum Muslimin lainnya berhijrah ke Madinah, Abu Darda telah menghabiskan hampir separuh hidupnya dengan berniaga. Tetapi anehnya setelah beliau memeluk Islam, Abu Darda telah terus meninggalkan urusan perniagaan lalu menumpukan sepenuh hidupnya untuk beribadat kepada Allah.
Dalam hal ini, Abu Darda pernah menyatakan “Aku masuk Islam dihadapan Rasulullah yang pada waktu itu aku hidup sebagai seorang pedagang. Kemudian setelah Islam, aku cuba untuk mengumpul ibadat dengan perdagangan tetapi hal itu belum pernah terjadi. Dengan demikian aku menolak perdagangan dan aku menerima peribadatan. Maka kiranya aku tidakhlah gembira jika hari ini aku menjual dan membeli dengan keuntungan 300 dina setiap hari, walaupun misalnya kedai yang aku miliki itu dipintu masuk ke Masjid. Maka ketahuilah bahwa aku tidak sekali mengatakan kepada mu bahawa allah mengharamkan perniagaan. Namun akun sendiri tidak mahu menjadi orang yang dipermain-mainkan oleh perdaganagn dan jual beli guna berzikir dan mengingat Allah”
Demikian kebesaran jiwa Abu Darda setelah memeluk Islam. Dunia dengan segala isinya adalah rendah sekali nilainya pada pandangan sahabat Rasul yang berjiwa sufi ini. Selain dari itu, Abu Darda memang seorang yang terkenal cerdas, salih, jujur, benar, takwa dan dapat dijadikan guru besar dalam Islam. Bahkan beliau pernah diangkat sebagai seorang hakim oleh muawiyah Bin Abu Sufian semasa zaman Khalifah Uthman bin Affan.
Tatkala Pulau Cyprus ditakluki oleh kaum Muslimin, dan tatkala harta-harta rampasan perang dibawa masuk ke Madinah, Abu Darda menangis lalu kemudian ditanya oleh seorang sahabatnya tentang sebab beliau menagis itu. Abu Darda lalu menjawab, “Wahai alangkah hinanya orang-orang itu dihadapan Allah nanti kiranya mereka berani meninggalkan perintah-perintahnya lantaran terpengaruh oleh harta kekayaan itu, sedangkan mereka adalah umat yang kuat dan perkasa.”
Disini, terlihatlah pandangan Abu Darda yang jauh kehadapan. Beliau seolah-olah Nampak bahawa disuatu masa nanti ketika meluasnya penaklukan-penaklukan Islam kebeberapa negara, maka keimanan umat Islam mulai nipis disamping tersebarnya agama yang benar yang datang dari Allah dengan meluasnya. Abu Darda merasa khuatir sekali bahawa kaum Muslimin disuatu hari nanti akan lemah imannya setelah agama itu tersebar dengan luasnya dan bila harta kekayaan melimpah-limpah masuk kedalam perbendaharaan Kerajaan Islam nanti.
Sikap zuhud dan rendahnya pandangan Abu Darda terhadap harta dan kemewahan dunia dapat dilihat tatkala anak gadisnya dilamar oleh Yazid bin Muawiyah, iaitu anak kepada Muawiyah Bin Abu Sufian yang terkenal dengan kekayaan dan kemewahan itu. Abu Darda bukan sahaj menolak dengan tegas lamaran itu bahkan kemudian beliau mengahwinkan puterinya itu pada seorang pemuda miskin tetapi mulia akhlaknya.
Orang-orang tentu merasa hairan diatas sikapnya menolak permintaan Muawiyah. Apatah lagi Muawiyah merupakan seorang gabenor diwilayah Syam ketika itu. Abu Darda menjawab, “Apakah sangkamu pada Abu Darda jika puterinya nanti memiliki pelayan-pelayan orang-orang yang dikebiri, terpesona oleh keindahan istana, lalu ketika itu dimanakah nantinya, agama puteri ku itu?”
Abu Darda juga adalah seorang sahabat yang terkenal kerana sifat tawakkalnya yang kuat terhadap allah. Pernah pada suatu hari dilaporkan orang kepadanya bahawa kampungnya sedang terbakar. Memandangkan kepada besarnya api itu, kemungkinan rumahnya sendiri akan turut terbakar. Abu Darda tidaklah terkejut menerima laporan itu. Beliau dengan tenang saja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku pun.
Kemudian, diselesaikannya dahulu segala urusan dan perkerjaannya lalu barulah dia berangkat pulang menuju ke kampungnya untuk melihat sendiri kebakaran yang dikatakan orang itu. Pada saat-saat beliau sendiri tidak mungkin dapat berusaha untuk membantu memadamkan api itu kerana jarak perjalanan dari kampungnya itu dengan tempat urusan tadi adalah agak jauh. Maka tiada jalan lain baginya melainkan bertawakkal sahaja jepada Allah. Allahlah yang sesungguhnya berkuasa atas setiap sesuatu.
Apabila beliau sampai kekampungnya, Abu Darda menjadi semakin sedar tentang kekuasaan dan kebesaran Illahi. Sebab, semua rumah sudah terbakar kecuali rumah abu Darda sendiri yang masih jauh utuh dan terhindar dari bahaya kebakaran itu.
Ketika sahabat besar Nabi yang berjiwa sufi ini jatuh sakit dihari tuanya ramai para sahabat telah dating mengunjunginya. Mereka merasa sanagt sedih sekali melihat kesederhanaan hidup Abu Darda lalu mereka menyatakan’ “jikau engkau memerlukan tilam yang lebih baik maka dengan senang hati kami akan menyediakannya.” Ini adalah disebabkan melihat Abu Darda terbaring diatas tilam yang diperbuat dari kulit yang kasar sekali.
Mendengar keihklasan dari sahabat-sahabatnya, lalu Abu Darda berkata, “Rumah kami disana, dan kesanalah kami akan berkumpul, kesanalah kami akan kembali, kesanalah kami akan menuju dan kesanalah kami akan hidup abadi.” Inilah pandangan Seorang sahabat besar Rasulullah yang semata-mata congong kepada akhirat sahaja.
Semasa hayatnya, banyak sekali kata-kata dan hikmat yang diucapkan oleh Abu Darda yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran untuk difikirkan bersama dan kepada sesiapa yang mahu meningkatkan keimanan didalam jiwanya.
“Janganlah kamu makan kecuali dari yang baik dan hasil yang baik. Janganlah Kamu bekerja kecuali yang baik”
“Janganlah kamu masuk ke dalam rumah mu kecuali dengan baik. Terimalah rezeki dari Allah dan selamatkanlah dirimu.”
“Mengapakah kamu mengumpulkan harta tetapi tidak memakannya. Mengapakah kamu membangun rumah-rumah tetapi tidak mendiaminya?”
No comments:
Post a Comment