Membaca? Disaat ini saya terfikir tentang tajuk ini. Namun, mengapa ia tiba-tiba berlegar-legar difikiran saya? Sebentar tadi, saya baru pulang dari bersiar-siar ke ibu kota menaiki Train Putra. Apa yang saya lihat, tidak ramai orang yang memegang buku atau bahan bacaan untuk dibaca. Sungguh menyedihkan. Orang lebih suka memilih untuk menghabiskan masa perjalanan mereka dengan berkhayal, termenung, mendengar muzik dan melihat-lihat keadaan disekeliling mereka.
Mengikut apa yang saya perhatikan melalui persekitaran, apa yang saya nampak adalah tidak ramai dikalangan masyarakat kita yang mempunyai tabiat membaca. Hanya sedikit sahaja yang mempraktikan budaya ini. Oleh sebab itu masyrakat kita mundur dan tidak maju kehadapan seperti mana masyarakat lain, contohnya di Jepun. Masyarakatnya mempunyai kadar purata bacaan yang tinggi dalam sebulan. Malah, di Eropah pula, budaya membaca dikalangan masyarakat mereka dapat dilihat apabila mereka membaca buku dimana-mana sahaja samada didalam bas, bus-stop
Fakta yang saya keluarkan ini bukanlah untuk mengagung-agungkan budaya dan bangsa orang bukan Islam, namun budaya murni dan semangat yang mereka pratikkan begitu hebat sehingga mereka mencapai satu tahap intelektual yang tinggi, mengalahkan orang Islam pada hari ini. Jadi, tidak salah sekiranya saya mencalitkan sedikit nilai-nilai positif yang mereka amalkan agar ia dapat menyedarkan masyarakat kita hari ini.
Saudara, satu persoalan yang timbul difikiran saya. Apabila budaya membaca tidak dipraktikan didalam diri, apakah masih ada cara yang lain lagi untuk kita menambahkan ilmu di dada dan meningkatkan daya kefahaman didalam diri?
Sekiranya ilmu kita tidak bertambah, maka daya fikiran kita tidak akan berkembang dengan luas dan setiap idea yang kita lontarkan tidak begitu kukuh dan tajam. Ini kerana, inspirasi dan idea yang dilontarkan adalah berdasakan kepada kapasiti ilmu yang ada pada diri seseorang. Kadang kala, kita dapat mengetahui kapasiti ilmu seseorang dengan hanya membuat sedikit kajian atau penyelidikan terhadap idea-idea yang dilontarkan oleh beliau. Bagi seseorang yang mempunyai keilmuan yang cukup tinggi, ia akan dapat dilihat melalui cara dia berfikir, renungan yang tajam, idea-idea yang bernas dan kehadapan, dan penyelesaian masalah yang kreatif dan berkesan.
Kadang kala kita sendiri menyedari dan pernah mengalamai situasi dimana apabila kita dapat membezakan pendapat atau idea yang dilontarkan oleh rakan kita itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya kurang ilmu. Atau mungkin ketika berada didalam meeting, tiba-tiba terdapat satu idea yang kurang bijak dilontarkan oleh rakan sejawat. Maka, apakah reaksi anda ketika itu? Mungkin anda akan ketawa dalam diam atau anda akan berkata didalam hati yang ideanya adalah ‘bodoh’. Namun, cuba anda bayang sekiranya anda berada disituasi rakan anda tersebut. Sungguh memalukan, bukan? Walau apa-apa pun terjadi, janganlah kita biarkan diri kita diketawakan orang dek kebodohan kita. Paling tidak, adalah baik kita berdiam diri sahaja daripada kita bersuara lantang sedangkan kita tiada ilmu terhadap perkara tersebut.
Ketahuilah, membaca merupakan suatu proses. Ia tidak akan dapat dengan sekelip mata atau dengan kata lain melalui jalan ‘short-cut’. Maka, untuk menjadikan diri kita suka membaca, hendakalah kita berusaha kearah tersebut. Tanpa usaha tidak mungkin kita akan dapat menanam sikap tersebut didalam diri.
Kadang kala, mahasiswa sendiri dilihat keliru dengan cara kehidupan mereka. Tiada kesungguhan dan minat didalam diri untuk mendapatkan ilmu tambahan selain yang terdapat didalam kuliah. Ilmu yang mereka perolehi hanyalah sekadar pada nota-nota yang diberi dan sedikit huraian daripada pensyarah mereka. Tiada inisiatif pada mereka untuk mencari maklumat-maklumat tambahan untuk meningkatkan lagi daya kefahaman mereka. Mahasiswa hari ini dilihat seakan-akan telah hilang pada diri mereka minat untuk membaca. Perpustakaan dilihat kosong dan buku-buku penuh tersusun rapi tanpa diusik.
Sekiranya terdapat assignment atau tugasan, barulah mereka terhegeh-hegeh untuk mencari dan meminjam buku. Itupun disebabkan oleh faktor untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Namun, pada hakikatnya, tahap keilmuan dan pengetahuan mahasiswa pada hari hari ini cetek dan masih berada pada paras yang rendah miskipun terdapat perbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti. Bahkan, tahap keintelektualan dikalangan mahasiswa pada zaman sekarang berada dalam keadan parah. Kemudahan-kemudahan internet dan wireless disalah gunakan oleh ramai mahasiswa pada hari ini dengan menghabiskan masa mereka melayari laman web yang tidak berfaedah dan tidak memberi sedikat manfaat pun kepada mereka. Bahkan akan memberi mudhrat kepada mereka. Melayari laman web lucah akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan otak dan menyebabkan hati menjadi gelap gulita. Apabila hati semakin kotor, mana mungkin bagi cahaya ilmu untuk menembusi masuk kedalam hati.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor-faktor persekitaran luar dan sekeliling mempengaruhi nilai tersebut. Persaingan yang sengit dengan permainan-permainan video dan eletronik yang semakin maju kehadapan dengan peningkatan tahap teknologi pada hari ini,muzik-muzik yang begitu pesat berkembang dan dunia artis yang semakin popular, memberi tentangan yang hebat didalam diri generasi sekarang.
Namun, bukanlah ia menjadi satu alasan kepada kita untuk meminggirkan budaya membaca kerana membaca adalah teras kepada ilmu. Maka, sekiranya tiada ilmu, sesebuah negara itu tidak akan dapat bertahan dengan lama dan mungkin akan dijajah oleh negara lain melalui medium yang terkini. Dan penjajahan tidak semestinya berlaku dari sudut peperangan atau rampasan kuasa semata-mata, akan tetapi, penjajahan pada hari ini berlaku pada sudut yang berbeza. Namun, pada hakikatnya, negara itu tetap dijajah dengan cara yang halus dan tidak disedari. Sebagai contoh, IMF (bantuan kewangan bank dunia). IMF merupakan salah satu daripada bentuk penjajahan baru pada alaf moden ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa IMF merupakan satu bentuk penjajahan terhadap sesebuah negara kerana ia telah mengawal hampir semua pentabiran negara dalam pengurusan ekonomi bagi memastikan kestabilan ekonomi negara pulih dan dapat membayar balik hutang mereka dengan mengikut telunjuk jari mereka. Tidak ini menunjukan satu bentuk penjajahan?
Walau apa pun yang terjadi, kita hendaklah mempertahankan negara kita dari dijajah oleh negara asing. Oleh itu, hendaklah kita mempersiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan dengan secukupnya kerana kita tidak tahu apakah rancang dan bentuk penjajahan yang akan kita hadapi kelak. Allah berfirman :
“Hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan kekuatan (kelengkapan peperangan)...”
Namun, yang pastinya adalah, kita hendaklah bersedia dengan ilmu kerana hanya orang yang berilmu sahaja yang dapat menyelamatkan diri dari tipu daya dan muslihat musuh.
No comments:
Post a Comment