Pages

Feb 13, 2011

Ciri-ciri Calon : Antaranya

Ciri-ciri Calon Pasangan : Antaranya....



"Ustaz, sempena hari terakhir ini, bagilah saya 1 nasihat atau tips...." minta saya dengan gurauan nakal. Biasalah, hari itu adalah hari yang terakhir bagi saya ketika berada di Madrasah KubangBujuk.

April, Memori ini tetap basah dalam ingatan walaupun sudah 6 tahun berlalu, iaitu pada akhir bulantahun 2005 sebelum menyambung belajar ke matrikulasi UIAM, Petaling Jaya.

"Hish, awak ni.... Ada-ada je... Tadi yang Ustaz berleter panjang lebar tu ape? Tak dengor ke?" kata Ustaz Wan.

Ustaz Wan adalah seorang ustaz muda yang berumur 29 tahun dan masih belum lagi mendirikanrumah tangga. Beliau merupakan seorang Guru tasmi' hafalan Quran di sebelah kelas saya.

Penerampilan dan gaya beliau yang sentiasa memakai serban ke mana sahaja beliau pergi telahmenarik minat saya untuk mendekati beliau tambahan pula beliau adalah graduan Pondok.

"Ala ustaz.... tu nasihat. Ni saya nak mintak tips pulak" beritahu saya dengan muka yang tersengih-sengih.

"Haa, tips pe pulak?" tanya Ustaz Wan.

"hehe.... Tips cari calon.." luah saya secara spontan dengan perasaan malu-malu. Hahaha

Tidak di nafikan lagi, Ustaz Wan ni memang seorang yang mempunyai banyak tips-tips dannasihat. Jadi, mana mungkin akan saya lepaskan peluang untuk membongkar tips-tips yang dimilikinya.

'"Ye la, umor saya kan semakin meningkat nanti, dan time blajar kat U ni lah peluang nakmengintai-mengintai' calon... he he he" tambah saya lagi.



"Hish gatal...! Orang masuk U, nak belajar. Awak masuk U, cari calon pulok doh" kata Ustaz Wan dalam ketawa kecilnya.

"Ala Ustaz ni, menyelam biarlah sambil minum air skali. Tak salah kan? Share la sikit ustaz...." minta saya dalam nada yang nakal.

Secara ringkasnya, antara banyak-banyak tips dan perkara yang Ustaz Wan share dengan saya, terdapat 1 perkara yang menarik untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan sekalian dalam mencari calon.

"Awak cari seorang yang dengar cakap dan nasihat awak. Apabila awak mengarahkannya @ suruhnya buat sesuatu, ia terus melaksanakannya dengan segera tanpa banyak soal dan sebarang bantahan."



"Dan seseorang yang tidak menunjuk-nunjuk kepandaiannya di hadapan suaminya. Apabila suaminya tersilap, ia akan terus memberikan pandangannya dengan penuh hikmah dan halus. Tapi, bukanlah dengan cara melawan."

"Dan carilah seseorang yang menjadikan suaminya sebagai seorang Raja nescaya dia tidak akan dapat jadi Queen Control" Kata Ustaz Wan.



"Kalu macam tu, saya kena cari yang jenis Ustazah la, kan?" tanya saya dengan penuh musykil.

"Oh, tidak! Tidak semestinya... Carilah yang mengamalkan agama dan sedia menerima tunjuk ajar dari awak. Kerana, tidak semestinya yang Ustazah-ustazah tu tergolong di kalangan orang yang mengamalkan agama dan sedia menundukkan dirinya di hadapan suami"

"Kadang kala, ada juga dikalangan Ustazah-ustazah yang 'Control' suaminya dan melawan cakapsuami. Bahkan, silap-silap dia pula yang akan keluarkan dalil-dalil dari Quran and Hadith untuklawan cakap awak. Akhirnya, awak pun jadi Pak Turut dan dia menjadi Queen Control" kah kah kah ketawa Ustaz Wan.

"Jadi? kalu camtu, macam mane nih?" tanya saya dengan keliru.



"Yelah, sebaik-baiknya, cari lah di kalangan yang :

1) nampak macam ustazah atau,
2) Islamic atau
3) memang ustazah,

yang mana di antara mereka ini memang amalkan agama" tambah Ustaz lagi.

"Kalu macam susahla Ustaz, cam mane saya nak tau..." dahi saya terus berkerut-kerut dengandi selubungi 1001 persoalan




"Lor, apa pulak yang susahnya..... Awak pilih la betol-betol dan lepas tu awak jalankan la ujian saringan" sengih Ustaz Wan.

"Ujian saringan? Macam mane tuh?" bertambah lagi la kepala saya menjadi kusut dan pening.

"Senang je... Ok, Macam ni, first, awak buat ......................... Second, ..........................................., Kemudian ........................................., Lepas tu, ..........................................." bagitahu Ustaz Wan dengan penuh strategi.

"Fuh, hebat jugak Ustaz Wan ni....." Bisik hati kecil saya.


*Untuk mengetahui langkah-langkah dengan lebih lanjut tentang Nasihat dan Tips-tips dari Ustaz Wan yang panjang lebar ini, sila nantikan keluaran E-Book dari saya nanti..

Nantikan Kemunculannya......



Dari Minda :

Hujjati Qalam



4 comments:

nur said...

salam..ape pandangan saudara tentang lelaki yg menyentuh wanita yg tidak halal baginya?bila ditanya alasan dia berbuat demikian,laki tadi menjawab semua tuh hanya utk uji sejauh mana perempuan tersebut utk dijadikan isteri,sedangkan tindakan lelaki tersebut sampai tahap ringan2 dan hampir terlanjur.. bila dah mcm tuh,laki tu tinggalkan perempuan tu dgn alasan perempuan tu tak layak jadi isteri dia..apa pendapat saudara dgn org mcm ni?

Anonymous said...

skdr pndgn..

terang2 lelaki tu nmpk mcm mbik ksempatan... nk uji pun biar bpada.. jngn sampai langgar syariat bro..

bg aku, bkn prempuan tu xlyak tuk die.. tp die yg xlyak tuk prempuan tu.. die ptut bwk btaubat..

ni cme pndgn aku, ape pndgn tuan empunya blog?

Hujjati said...

Salam.

To Nur : owh, dalam tips yg Ustaz Wan kemukan itu, tidaklah ia sampai pada tahap yg macam itu. ia sekadar melalui penilaian terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling.

Malah, ia juga melibatkan tentang pemerhatian terhadap perbuatan dan perlakuan seseorang.

Tidaklah sampai pegang tangan dan tengok apa yg ada pada diri wanita tersebut.

Sebagai contoh, kalu nak kahwin, apa yg boleh lihat adalah tangan dan muka. Bahkan, ada ulama benarkan tgk tapak kaki.

Contohnya, tgk jari tangan akan memberitahu dua perkara :
1) warna kulit seseorang tersebut.
2) saiz badan seseorang samada kurus, atau terlalu kurus, gemuk, atau sangat gemuk atau bersaiz sederhana.

Untuk penerangan yg selanjutnya, nantikan E-Book dari saya.

To Anonymous : Betol... saya setuju. biarlah berpada-pada. ilmu mencari calon sgt penting agar kita hidup bahagia.

Kadang-kadang, selera orang itu berbeza2.. tidak sama. ada orang sesuai dengan orang itu, manakala ada orang juga tidak sesuai.

Sebab itu, kena pilih betol2 agar kita tidak menyesal. InsyaAllah..

zul said...

Salam..
Cme nk tanya sblm buku trbit, nta dh try ke tips2 yg akn ada dlm buku 2.. Bjaya x? Ada ke mslmt yg lps ujian saringan 2?
klu ada, bleh ana smgat skit nk amlkn gak..