Pages

Mar 15, 2011

Sukarnya Mendidik Hati

Sekeping Hati...


"Mat.... Abah nak pesan ni, jangan lupa jaga solat.. Kalau boleh, solat di awal waktu.." pesan abah.


"Baik Bah...." jawabku dengan ringkas.


"Bukan pe, dulu abah nampok Mat kuat dan bagus, cuma lening nampok semakin 'lere sket' (lagho sikit) dalam bab-bab smayang (solat) nih..."

"1 lagi abah jarang doh tengok Mat ngaji... Quran tu kena jaga, kalu dok (tak) dia lari dan cepat mudah lupa...." tambah abah dengan penuh ketegasan.


"Baik Bah.. InsyaAllah... Doakan Mat ye.." balasku....



Itulah pesanan yang selalu di sampaikan oleh Abah apabila setiap kali aku menelefon mereka di kampung. Sudah pastinya ia menjadi satu kata-kata atau pesanan yang terakhir sebelum kami memutuskan talian perbualan.

Aku bersyukur dikala aku dikurniakan seorang ayah yang cukup garang bagaikan seekor singa di tengah padang, maka terbentuklah diriku sampai sekarang. Jikalau tidak, sudah pastinya aku tidak lagi menjadi insan seperti sekarang.

Walaupun aku semakin menigkat dewasa, namun pesanan itulah yang selalu diberikan oleh Abah samada ketika aku mahu pulang ke pusat pengajian mahupun ketika berada di talian telefon. Hampir saja aku dapat hafal terus 'skrip' akhir yang keluar dari mulutnya.

Namun, itulah hakikatnya yang keluar dari mulut seorang Ayah yang selalu mengingatkan anaknya. Bukanlah bermakna kata-kata tersebut menggambarkan diri kita sebenar, namun ia adalah sekadar 1 perbandingan yang akan membuatkan kita untuk sentiasa lakukan yang terbaik dari semalam.

Namun, aku memang akui bahawa memang terdapat perbezaan dalam diri kita samada yang dulu mahupun sekarang. Ini kerana, manusia itu sentiasa berubah-ubah sikap dan perangainya...

Setelah di selidik kembali, baru aku tahu bahawa hati itu sangat susah untuk di jaga.

Malah, kerana 'Hati' itu tidak terjagalah maka akan membuatkan perubahan sikap dan perangai kita.


Bahkan, kalau kita perhatikan betul-betul tentang diri kita, barulah kita dapati bahawa aktiviti kita seharian adalah bergantung kepada hati kita.

Andai sekiranya kita rasa tidak selesa dan kurang gembira pada hari yang tertentu, sudah pastinya kita akan tahu bahawa ada 'something' yang tak kena sebenarnya dalam hati kita itu.

"Ya Allah, memang susah nak jaga hati... kadang-kadang aku selalu tertipu dengan ujian yang engkau berikan"

"Sesungguhnya aku lemah Ya Allah... Tidak terdaya aku untuk mengharungi tipu-daya mu melainkan hanyalah dengan pertolongan dan petunjuk darimu"


Kenapa perlu berdoa begini?

Sebab, kita selalu tertipu dengan ujian dan tipu daya dari Allah. Sebab kita selalu ingat bahawa diri kita hebat dan gah. Keegoan yang menebal akan menutup segala jalan cahaya menuju Tuhan yang Esa.

Ya Allah, peliharakanlah hati ku ini.

Banyaknya dosa dan titik-titik hitam yang bersarang di dalam hati.....

Dosa mengumpat,

Dosa buruk sangka,

Maksiat-maksiat,

Dosa kealpaan,

Dosa kelalaian,

Dosa ................ dan ........


...............

........................

.................................

Malunya..... sungguh malu aku untuk mengangkat wajah ku untuk menghadap mu....


"Ya Allah, andai hati aku sudah kering dan mati dari mengingati mu, maka gantikanlah hati aku ini dengan hati yang baru......."


Dari Minda :

Hujjati Qalam




2 comments:

mia said...

sangat tersentuh dengan tulisan anta sbb seolah2 kita serupa dan diluar sana pun ramai yang menghadapi situasi yang sama.
dalam membaiki hati memang amat perlu proses mujahadah bukan terus menghukum dengan berkata mu jahat dah.selagi Allah masih memberi ruang nafas untuk hidup,itu tandanya Allah masih memberi kesempatan untuk kita kembali..teruskan berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semalam,usah berhenti berharap,insyaAllah ada jalannya

Hujjati said...

To Mia : Thanks mia. Betol apa mia cakap tu.. Cuma, biasalah... kita insan... Selalu sahaja lupa dan mudah lupa....