Nov 23, 2009
Teguran buat PAS : Adakah Ia Menghina ULAMA?
Berkenaan topik yang saya telah utarakan di atas, apa yang berlaku di sini adalah,ia berkisarkan tentang apa yang telah berlaku didalam 'parti politik PAS' kita pada hari ini
Apa yang menyedihkan saya beberapa minggu lepas adalah, berkenaan tentang respond yang telah di utarakan dan di berikan oleh bermacam-macam orang terhadap pandangan dan pendapat daripada Prof. Aziz Bari.
Saya begitu terkilan sekali apabila terdapat segelintir golongan atasan PAS sendiri yang mengeluarkan statement "...saya benci tengok muka dia (Prof. Aziz)! Kalau boleh saya tak nak jumpa dia langsung.."
Sepatutnya statement ini tidak patut dikeluarkan dari mulut beliau. sebenarnya, setiap ahli hendaklah berfikiran terbuka dan jangan biarkan minda kita terlalu sempit untuk menerima teguran. Sekiranya kita bersikap sedemikian, ia akan mengambarkan sikap kita yang buruk.
Kita sering menguar-nguarkan bahawa pemimpin UMNO tidak makan nasihat. Namun, kita sendiri lupa bahawa kita pun sama macam diaorang. Kembali kepada point yang asal, bila di fikirkan kembali, sikap dan perangai kita sebijik macam orang UMNO. Cepat beremosi dan berfikiran sempit.
Sekiranya kita tidak mahu menerima pendapat orang akademik atau orang berilmu sebagai panduan dan rujukan, maka kita nak rujuk siapa lagi? mungkin orang menganggap teguran itu tertuju pada Tuan Guru Haji Hadi sahaja. Namun lupakah kita, siapa yang berada di belakang Tuan Guru sebagai penasihat? bukankah juga pimpinan? Maka, secara tidak langsung, teguran yang di lakukan oleh Prof. Aziz Bari juga menuju terhadap pimpinan PAS sekarang. Jadi, ia bukanlah sebenarnya menghina ulama'.
Sebagai seorang yang akademik dan berpelajaran, kita janganlah jadi macam orang kampung, yang terus taksub membabi buta terhadap seseorang. Apa yang penting disini adalah kita hendaklah berpegang dengan apa yang dibawa, bukan siapa yang membawa.
Jadi, bila terdapat sebarang teguran dan peringatan, maka janganlah kita cepat beremosi dan menuduh sebarangan. ini kerana, sikap inilah yang membawa kepada pembunuhan 'Aristotle'- (ahli fikir Greek) dan 'Galileo' oleh ahli Politik Greek dan Pihak Gereja. Kemudian, selepas terbunuhnya kedua-dua ahli pemikir dan akademik, barulah pihak gereja dan ahli akademik menyesal dengan tindakan tersebut. Namun, apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
Harus di ingat, sekiranya kita melupakan sejarah, maka tiadalah panduan untuk kita. sekiranya tiada panduan, maka sejarah akan berulang dan tika itu, usahlah kita menyesal lagi.
Nasihat saya, sebagai seorang mahasiswa, kita hendaklah melebarkan lagi ilmu pengetahuan kita. janganlah kita asyik untuk membenarkan seseorang hanya kerana kita suka padanya semata-mata. namun, biarlah kita suka seseorang itu dengan apa yang dibawanya. Sekiranya betul, maka sokonglah. akan tetapi, kalau tidak betul, tegurlah. janganlah kita terus berdiam diri dan membenarkan segala kesalahan.
Sedangkan Rasulullah membenarkan pandangan para Sahabat seperti Salman Al-Faris dalam perang khandak (ahzab), Umar al-Khattab di ancam dengan mata pedang di lehernya oleh seseorang yang menegur tentang kesalahannya, dan banyak lagi kisah-kisah sahabat yang menerima pandangan dan teguran dari orang lain.
Maka, marilah kita sama-sama merenung kembali dasar perjuagan kita ini atas dasar apa. Adakah atas dasar kita minat pada seseorang itu? Atau kita berjuang atas dasar apa yang dia bawa?
Wallahua'lam
May 20, 2009
Masalah Social - Pengalaman -
Adik : Abg Ashraf, saya ni teruk kan……?”
Saya : Aik, kenapa cakap macam ni. Abg tengok kamu ok je?
Saya lihat mukanya semakin merah dan air mata mula memenuhi kelopak matanya. Menuggu masa untuk jatuh mengalir ke pipinya.
Adik : Sebenarnya……….. Saya ni takde maruah lagi dah.... Saya terlanjur dengan Azrul (bukan nama sebenar). Tapi……. tak lama lepas tu, dia tinggalkan saya..
Saya : Astarfirlah….
Cerita di atas merupakan satu kisah yang benar dan lagi nyata. Walaupun saya agak terkejut pada awalnya dengan pengakuan darinya, namun berdasarkan dari pengalaman saya, saya dapati bahawa perkara ini sudah menjadi satu wabak penyakit terhadap kehidupan remaja kita hari ini dan saya tidaklah begitu terkejut. Ini kerana, apa yang saya lihat, setiap ‘couple’ tidak akan terlepas dari masalah ini. Jika mereka tidak terlanjur pun, pasti buah-buah yang ‘ringan’ (maksiat) telah mereka lakukan bersama.
Namun, yang menjadi masalah sekarang ialah, kebanyakan mereka yang datang mengadu pada saya adalah perempuan dikalangan yang sedar tentang ‘kesalahan dan kesilapan’ setelah mereka ditinggalkan oleh teman lelaki atau setelah ‘Clash’. Cuma, terdapat 1 atau 2 kes sahaja dimana perempuan itu menyedari kesilapannya datang dari dalam dirinya sendiri. Kemudian, saya mengambil tindakan dengan memisahkan dirinya dengan teman lelaki kerana saya tahu, mereka pasti tidak akan dapat ‘berkahwin’ kerana keluarga tidak merestuinya.
Maka terselamatlah seorang perempuan diatas muka bumi Allah ini dari terus berada di kancah maksiat. Akan tetapi, bagimana pula dengan anak-anak dan adik-adik perempuan kita yang lain? Adakah mereka berada dalam keadaan yang selamat? Sepatutnya, perkara inilah yang kita perlu risaukan. Bukan sekadar mencari duit dan keperluan hidup sahaja. Ini kerana peratusan remaja yang terlibat dengan ‘Seks Rambang’ semakin meningkat, iaitu seawal usia 12 tahun, samada lelaki atau perempuan.
Ada beberapa kes itu yang melibatkan ‘pregnant’. Tapi, kandungan tersebut telah digugurkan disebuah klinik swasta Alhamdulillah, sekarang dia telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dan, saya dimaklumkan baru-baru ini mereka hendak mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini. Syukur kerana lelaki itu nampak banyak berubah dan lebih bertanggungjawab.
Berdasarkan kepada pengalaman saya, masalah ini tidak megenal siapa. Samada seseorang itu alim’, warak, solehah, social person, liar, atau nakal, semua terjebak ke dalam masalah ini. Mengikut pemerhatian saya, ada juga perempuan yang lemah lembut dan baik, terjebak. Malah ada juga yang Nampak macam solehah, tetapi pernah juga tersilap langkah.
Dalam hal ini, apa yang saya amati, saya tidak mahu menyalahkan terhadap perempuan 100%. Ini kerana, perempuan yang tergolong dalam kalangan yang lemah lembut dan baik ini, kebiasaannya mudah tertipu dan percaya dengan pujuk rayu dan tipu helah oleh teman ini kerana lelakinya. Ini kerana jiwa dan hati mereka sangat lembut dan mudah tersentuh dengan janji-janji serta kata-kata manis.
Jadi, kadang-kadang tu, saya sendiri tidak mempercayai yang adik angkat saya itu telah terlanjur. Ini kerana, cara pemakaian, akhlaknya dan cara dia bergaul dengan orang, tidak menunjukkan bahawa dia merupakan dikalangan orang yang seteruk macam tu. Sukar untuk digambarkan difikiran bahawa dia telah melakukan kesilapan sejauh itu.
Namun, selagi mana kita berfikir dengan rasional, insan manakah yang tidak pernah melakukan kesilapan, selagi itulah kita akan sentiasa merasa belas kasihan terhadap mereka. Cuma kesilapan tersebut samada besar atau kecil.
Sebab itulah, kita tidak boleh membiarkan mereka dan meninggalkan mereka begitu sahaja. Kita hanya pandai memarahi dan melemparkan kata-kat keji dan nista terhadap mereka. Namun, kita tidak pernah untuk mendalami dan menijiwai perasaan dan keadaan mereka. Sebenarnya, mereka sendiri tidak mahu perkara ini berlaku terhadap mereka.
Mengikut sesetengah cerita dari mulut mereka, semuanya berlaku dengan cepat dan pantas. Apabila nafsu bergelora dan bergolak, semua perkara menjadi tidak terkawal dan ia terus membuka ruang kepada syaitan untuk terus mengorak langkah dengan lebih jauh untuk merosakkan umat manusia.
Sebab itulah, kita hendaklah sentiasa diajar dan diminta untuk berdoa pada Allah agar dijauhi dari tipu daya dan helah syaitan agar diri kita terselamat.
Wallahua’lam
May 14, 2009
Kesan Terhadap Otak Manusia
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, ayuhlah para sahabat sekalian, marilah kita sama-sama mengamalkan amalan berzikir ini. Orang barat telah membuktikan dengan penemuan terhadap kesan zikir ini baru-baru ini, sedangkan kita telah mengetahuinya beratus-ratus tahun dahulu lagi. namun, kita tetak juga tidak mampu untuk mengamalkannya kerana hati kta keras dan telah tertutup dengan dosa-dosa serta noda.
Wallahua'lam.
May 13, 2009
Pemecatan Nizar
Berkenaan dengan penagguhan yang telah di benarkan dari Mahkamah Rayuan, ini telah memberi kesan yang mendalam di dalam minda rakyat terhadap kekukuhan dan ketelsan institusi kehakimanpada hari ini.
Menurut Perlembaaan Negara (Federal Constitution), terdapat dasar utama yang ditekankan di dalam Perlembagaan kita ini. Dasar tesebut adalah 'Separtion of Power' (Pemisahan Kuasa). Dasar 'Seperation of Power' ini melibatkan pengasinan kuasa antara Exsekutif, Kehakiman (Judiciary) dan Paliament (Legislative).
Berdasarkan kepada 'Seperation of Power', ia bermakna apa-apa keputusan yang telah ditetapkan oleh mana-mana dari Exsercutive, atau Legislative atau Judiciary, di boleh dicampur tangan oleh mana-mana pihak luar. Sebagai contoh, apabila judiciary telah menetapkan sesuatu keputusan, maka exsecutive atau legislative (parliament) tidak boleh campurtangan dengan mana-mana keputusan yang telah dibuat oleh Judiciay, iaitu mahkamah.
Namun, berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang menerima 'injunksi' (penangguhan) dari pihak perayu (Dr. Zambry) terhadap keputusan dari Mahkamah Tinggi yang menetapkan bahawa Ir. Nizar adalah merupakan Menteri Besar yang sah adalah tidak releven dan menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur campurtangan dari pihak luar.
Ini kerana, hal ini berlaku menyebabkan timbulnya persoalan dan cakap-cakap belakang dikalangan pengamal undang-undang. Maka, sekali lagi, imej institusi Kehakiman atau judiciary system tercalar dan diragui setelah apa yang berlaku terhadap Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 dimana kebanyakan Kes-kes kerajaan yang dibawa ke mahkamah tewas atau kalah.
Maka, disini, boleh disimpulkan bahawa keputusan dari Mahkamah Rayuan adalah merupakan hasil dari campurtangan dari pihak 'Exsecutive'. Sedangkan, telah termakud didalam Common Law dan Federal Constitution sendiri bahawa institusi kehakiman adalah penafsir undang-undang dan independence. ini kerana, dalam masa hanya 2 jam, mahkamah rayuan boleh menagguh sesuka hati keputusan dari mahkamah Tinggi.
Walaupun terdapat satu sistem yang lain, dinamakan sebagai 'Judicial Precedence', dimana mahkamah yang lagi tinggi dari mahkamah sebelumnya, mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan dari mahkamah yang lebih rendah dari kedudukannya.
"Susunan mahkamah : (Mahkamah Magistret --> Mahkamah Sesyen --> Mahkamah Tinggi --> Mahkamah Rayuan --> Mahkamah Persekutuan)"
Berdasarkan maklumat tentang kedudukan mahkamah diatas, walaupun mahkamah Tinggi berada lebih rendah dari Mahkamah Rayuan, namaun, untuk membuat sebarang keputusan, Mahkamah Rayuan hendaklah mengikut dan terikat dengan beberapa prosedur sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. melihat kepada perkara yang berlaku sekarang, mustahil bagi mahkamah dapat membuat sesuatu keputusan dalam masa yang singkat. iaitu hanya 2 jam sahaja. melainkan, keputusan tersebut tidak mengikut prosedur yang sebenarnya.
Dan, tidak mustahil juga dikatakan bahawa ia adalah merupakan campurtangan dari ketua Hakim negara sendiri, Yang Amat Arif Zaki. Apa-apa pun, semakin hari, institusi kehakiman negara semakin merosot dan menjunam prestasinya. Dan sebagai pelajar Undang-undang, saya pun terasa tempiasnya kerana bagi kami, kami berasa amat malu untuk mengaku pelajar undang-undang kerana persepsi masyarakat terhadap mengamal undang-undang semakin goyah. Oleh itu, sama-samalah kita menegakkan Hukum Allah, agar segala kekeliruan dan kacau bilau dapat diselesaikan dengan segera.
Wallahua'lam
Hak cipta adalah terpelihara.
Ditulis sendiri dari minda ‘Hujjati_Qalam’
Apr 22, 2009
Mengenali Sheikh Muhaddits Abdullah Al-Harari
Nama dan Tempat Lahirnya
Beliau adalah seorang yang alim, al Muhaddis, pakar dalam ilmu Feqah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan al Syaibi dan al Abdari[2].
Beliau juga merupakan Mufti Harar ( beliau di lantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun). Dilahirkan di Bandar Harar [3] pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah.
Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al Hadhramiah dan kitab al Mukhtasar al Saghir dalam ilmu feqah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.
Kemudian beliau mula menghafal ilmu-ilmu agama yang lain seperti matan-matan ilmu agama kemudian beliau mendalami ilmu hadits dan telah menghafal kitab hadits yang enam dan selainnya dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadits-hadits nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.
Guru-gurunya:
Beliau telah mempelajari ilmu feqah Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik dan al Luma’ 'dari:
1- Syeikh Muhammad Abdu Salam al Harary
2- Syeikh Muhammad Omar Jamei’ Al Harary
3- Syeikh Muhammad Rasyad al Habasyi
4- Syeikh Ibrahim Abil Gaish al Harary
5- Syeikh Yunus al Habasyi
6- Syeikh Muhammad Siraj al Jabruty
Manakala. dalam ilmu bahasa arab beliau telah ambil daripada;
1- Syeikh al Soleh Ahmad al Basir
2- Syeikh Ahmad bin Muhammad al Habasyi
Manakala dalam feqah 3 Mazhab dan usulnya beliau telah ambil daripada:
1-Syeikh Muhammad al Araby al Fasy
2-Syeikh Abdur Rahman al Habasyi.
Manakala ilmu tafsir beliau telah ambil dari Syeikh Syarif al Habsyi di kawasanya iaitu Jimmah.
Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari:
I- Al-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al Jabruty Mufti Habsyah,
II- Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al Habsyi.
Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim:
1.Syeikh al Muhaddits Ahmad Abdu al Muttalib al Jabaruty al Habsyi[4], beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Makkah.
2.Syeikh Daud al Jabruty al Qori
3.Syeikh al Muqri Mahtnud Faiz at Dair Atony, ilmu qiraat yang tujuh.
Ketika beliau berada di Makkah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulamak-ulamak Makkah diantaranya ialah:
1- Syeikh al Aalim al Said Alawi al Maliki
2- Syeikh Amin al Kutbi
3- Syeikh al-muhaddits Muhammad Yasin al Padani[5] (Berasal dari Padang Indonesia)
4- Syeikh Muhammad al Araby al Tabban
Beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat al- Naqsyanbadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al Afghani An- Naqsyabandi. Ketika beliau berada di Madinah Munawwarah beliau sempat belajar ilmu hadis dan membaca hadits-hadits nabi dari Syeikh al Muhaddits Muhammad bin All al Siddiq al Bakry al Hindi al Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke maktabah Arif Hikmat dan maktabah al Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana. dan di katakan beliau telah menghafal hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut.
Di sana juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulamak hadis iaitu Syeikh al Muhaddits Ibrahim al Khattani anak murid kepada seorang ulama yg masyhur iaitu Syeikh al Muhaddits Abdul Qadir Syalbi.
Manakala ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Kemudian beliau menuju ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulamak yang sangat alim iaitu al Muhaddits Syeikh Badruddin al Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan syeikh Abdullah al Harari ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al Harary menjadi rujukan dalam masaalah-masalah agama yang mana alim ulamak Syam merujuk kepada syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani dari segi ilmu. kemudian beliau di gelar sebagai "Al-Muhaddits Ad-diyar Asy-Syamiyyah"
Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al Rifaeyah dari Syeikh Abdul Rahman al Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al Kayaly al Humsi. Beliau sempat menerima ijazat tariqat al Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al Arbiny dan dari Syeikh al Toyyib al Dimasyqi.
Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector Al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.
Footnote :
[1] Bani Syaibah daripada Abdud Dar dari bangsa Quraisy. Abdul Dar adalah anak kepada Qusai pemegang kunci-kunci kaabah. Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallan telah meninggalkan wasiat agar dipegang kunci-kunci kaabah oleh keturunan mereka. Sila lihat: Saba 'ik al Zahab, m/s 68.
[2] Keturunan Bani Abdud Dar adalah dari keturunan Qusai bin Kilab iaitu Datuk Nabi kita Muhammad yang keempat. Sila lihat Saba 'ik al Zahab, m/s: 68.
[3] Harar adalah sebuah negeri yang terletak di benua Afrika. Dikelilingi oleh beberapa buah negara iaitu dari sebelah timur ialah Republik Somalia, dari sebelah barat ialah Habsyah, dari sebelah selatan ialah Kenya manakala dari timur laut ialah Djibuti. Mengikut sejarah bahawa kerajaan Somalia pernah menjajah Harar suatu ketika dahulu dan membahagikannya kepada lima bahagian. Dan Somalia barat dikenali sebagai Harar yang mana ia di bawah kuasa kerajaan Habsyah. Ketika itu pada tahun 1887 bersamaan 1304Hijrah.
[4] Beliau adalah Imam dan Syeikh Masjidil Haram di zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah iaitu di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid yang kedua pada masa itu.
[5] Sedia maklum bahawa Syeikh al-Muhaddits Yasin al Padani yang berasal dari Padang, Indonesia adalah seorang alim dalam ilmu hadits dan feqah di Makkah. Beliau mempunyai banyak ijazah-ijazah dan sanad-sanad dari guru-gurunya yang alim di Makkah. Kebanyakan ulama-ulama pondok atau selainnya di Malaysia, Indonesia dan Fattani banyak mempelajari daripadanya dan mengambil ijazah serta sanad dari beliau. Di antara kitab ijazah dan sanad beliau ialah yang berjudul Kifayatul Masanid Lima 'Ala Mm Asanid. Di antara ulama di Malaysia yang pemah belajar dengan beliau di Makkah ialah Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumboh Kelantan dan banyak lagi.
Disediakan oleh:
http://abulehyah.blogspot.com/
Kenapa Pelajar-Pelajar Jurusan Agama Kurang Menyerlah?
Satu persoalan yang telah lama terbelenggu difikiran saya ini. Kenapakah orang @ pelajar dalam bidang agama kurang menyerlah? Malah University atau IPTA sekarang kurang melahirkan golongan-golongan ustaz yang berkualiti dan bermutu tinggi.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa sebab-sebab utama yang menyebab ia terjadi demikian. Maka, disebabkan oleh faktor-faktor inilah yang memberi kesan dan sumbangan terhadap apa yang berlaku.
1) Result.
Kebanyakan orang atau pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Agama sekarang adalah bukan kerana mereka betul-betul meminati bidang Agama. Mereka mengambil bidang tersebut kerana mereka mendapat keputusan dan result yang rendah didalam ‘SPM’ atau ‘STPM’.
Maka, oleh kerana tidak mempunyai pilihan yang lain lagi, bagi mereka untuk melayakkan diri mereka untuk menyambung pelajran mereka, maka mereka pun mengambillah jurusan Agama itu sebagai pilihan pilihan terakhir. Jika tidak, mereka tidak mempunyai peluang langsung untuk menyambung pelajaran ke IPTA.
Sekiranya mereka mendapat keputusan yang baik dan tinggi, nescaya mereka tidak akan mengambil jurusan Agama ini. Melainkan hanyalah bagi mereka yang betul-betul meminatinya tapi tidak ramai yang berbuat demikian.
2) Minda Dan Pemikiran Yang Kurang Cerdas.
Kebiasaan dan kebanyakkannya, orang yang mengambil jurusan Agama sekarang ini adalah kerana dia mempunyai IQ yang rendah dan tidak dapat atau mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang yang kritikal dan mencabar. Ini kerana hanya tahap IQ yang tinggi sahaja yang mampu untuk menguasai bidang-bidang yang kritikal ini seperti dalam bidang Sains dan Matematik.
Oleh itu, tinggallah orang yang berfikiran lemah dan IQ nya kurang, mendalami dalam jurusan @ bidang Agama. Maka, sebab itulah, pelajar-pelajar bidang Agama hari ini cukup lemah dan kurang kreatif dan kritikal dalam pemikkirannya. sebab itulah, kita kekurangan fungsi pelajar Agama yang benar-benar berkualiti dan bermutu tinggi.
3) Galakan Ibu-Bapa.
Kebanyakan Ibu-Bapa zaman kini sudah tidak berminat dan tidak mempercayai dengan hala tuju dalam bidang Agama. Mereka fikir bahawa jurusan Agama tidak dapat menjamin pekerjaan dan tidak mendapat tempat yang utama didalam masyarakat.
Oleh itu, mereka mulalah meggalakan anak-anak mereka untuk memasuki ke bidang-bidang sains semata-mata tanpa disaluti dengan Ilmu Agama. Amat menyedihkan, ada juga segelintir dikalangan Ibu Bapa kita hari ini yang tidak menggalakan dan menghalang anak-anak mereka untuk menceburi dalam bidang Agama semata-mata.
Akan tetapi, sekiranya anaknya nakal, kurang bijak dan kurang pandai, maka, jurusan Agama lah yang menjadi pilihan yang terbaik oleh Ibu-Bapa terhadap anak-anaknya yang lemah dalam akademik itu.
Maka, tinggallah golongan yang fikirannya lemah dan tidak kuat itu, belajar dalam bidang Agama. Sekiranya hal ini berlaku, bagaimanakah kita hendak melahirkan Ulama-ulama yang terkenal dan terbilang? Sedangkan orang belajar Agama itu adalah dikalangan orang yang lemah fikirannya dan kurang pintar.
4) Serangan Pemikiran.
Hari ini, orang-orang kafir dan musuh Islam telah berjaya mengaburi mata kita. Di mana, orang yang menceburi bidang Agama tidak mempunyai masa depan yang cerah. Kesannya, para pelajar telah ditanam dengan ideology dan pemikaran seperti ini sejak di bangku sekolah lagi.
Guru-guru dan Ibu-Bapa diajar untuk mendidik, menanam dan memperkenalkan idola-idola kedoktoran, peguam dan ikon-ikon dunia semata-mata. Tanpa diberi penekanan terhadap bimbingan cita-cita untuk mejadi pejuang dalam bidang Agama. Maka, tidak hairan kenapa anak-anak kita sekarang tidak berminat untuk menyambung kedalam bidang Agama.
Kesimpulannya, disebabkan oleh faktor-faktor diatas inilah yang membawa fitnah dan tanggapan yang buruk didalam masyarakat terhadap golongan Ahli Agama.
Juteru, ayuhlah sahabat-sahabat. Kita masih belum terlambat lagi. Sama-samalah kita menghantar anak-anak kita mengaji Agama. Paling tidak pun, dalam sesebuah keluarga, seorang anak kita telah dihantar untuk mengaji Agama. Moga-moga, dengan berbuat demikian, ia akan menjadi ‘SAHAM’ dan ‘SYAFAAT’ untuk kita dihari akahirat kelak.
Wallahua’lam.
Hak cipta adalah terpelihara.
Ditulis sendiri dari minda ‘Hujjati_Qalam’
Apr 20, 2009
Membaca Minda
Ia juga tidak dapat dilakukan dengan hanya bergantung pada satu cabang ilmu sahaja, malah ia juga merangkumi ilmu yang berkaitan pemerhatian dan penilaian gerak geri seseorang dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Antara point-point yang penting untuk ditekankan disini adalah :
1) Biarkan dia bercakap :
Dalam hal ini, kita hendaklah membiarkan seseorang itu untuk bercakap dan mengeluarkan idea dan apa-apa isi hati yang tersirat didalam dadanya kerana dengan cara itulah kita akan dapat mengetahui ‘level’ atau keadaan semasa apa yang sedang difikirkan olehnya. Kebiasaannya, lagi banyak seseorang itu bercakap, maka lagi banyaklah kita akan dapat maklumat dan mengetahui apa yang bermain difikirannya.
Sebab itulah, bagi diri saya, saya paling takut untuk duduk bersama dengan orang ‘hebat’ yang mana, ketika itu dia mendiamkan dirinya dari bercakap. Maka, sekiranya dia diam, amat sukarlah bagi saya untuk mengetahui apa yang sedang berlegar-legar difikirannya dan seterusnya membaca fikirannya.
Silap-silap, dia pula yang sedang membaca fikiran saya dan evaluate saya.
2) Memerhati setiap gerak-geri anggota badannya.
Dalam fasal ini, anda hendaklah memehati betul-betul, dan dengan penuh konsentrasi, terhadap gaya dan gerak badannya. Ini kerana, ia sangat penting bagi kita untuk mengetahui kesahihan dan ketulenan serta kebenaran apa yang sedang diucapkan oleh seseorang itu.
Sebabnya adalah, ramai orang yang berjaya @ boleh membuat sebarang kenyataan yang tidak benar, palsu atau bercakap menipu, namun belum tentu dia dapat menipu dengan gerak-geri atau tindakan anggota badannya.
Ini kerana, berdasarkan kajian psychology, seseorang itu agak sukar untuk menipu didalam tindak-tanduk atau melalui anggota badannya. Kerana, apa yang bermain dihati atau diminda kita, memberi satu ‘message’ atau ‘maklumat’ terhadap gerka-geri badan kita.
Dan harus diketahui, bahawa maklumat atau message ini adalah berlaku diluar kawalan kita atau nama lainnya adalah ‘tindakan luar’ kawalan. Oleh itu, sekiranya berlaku seseuatu perkara, maka otak kita kan menghantar impulse terhadap anggota badan kita untuk merespond dan bertindak balas terhadap maklumat tersebut.
3) Menafsir dan menilai.
Setelah kita kumpul maklumat tentang percakapan dan gerak-geri seseorang itu, maka, tugas yang paling penting dan mencabar adalah untuk mentafsir maklumat tersebut. Kebiasaannya, sekiranya maklumat yang keluar dari mulut seseorang itu benar, maka maklumat itu akan selari atau ‘teli’ dengan gerak-gerinya. Kerana, gerak-geri seseorang yang tulen tidak boleh dibuat-buat atau diperlakonkan.
Kesimpulannya, ilmu membaca fikiran orang atau ‘mind presumption’ ini adalah merupakan satu ilmu yang baik dan berguna sekiranya ia digunakan dengan baik. Namun, sekiranya kita tidak pandai mengendali dan menggunakannya dengan baik, maka ia akan mengarahkan minda kita untuk terperangkap ke dalam situasi dimana kita akan sentiasa ‘bersangka buruk’.
Ini kerana, ‘bersangka buruk’ amatlah dilarang dan ditegah oleh Allah. Maka, berhati-hatilah dalam beramal dan jangan biarkan perasaan menguasai aqal dan nafsu menguasai iman. Bahkan, biarlah Iman dan Aqal menguasai segala-galanya.
Wallahua’lam.
Hak cipta adalah terpelihara.
Ditulis sendiri dari minda ‘Hujjati_Qalam’.