Think Big...! You Get Big...!
Memang tidak dapat di nafikan, dugaan dan cabaran sering silih berganti. Malah, masaalah perjuangan dan konflik dalaman sering membuatkan saya jatuh semangat. Akan tetapi, kata-kata inilah yang menjadi konkrit kepada pembangunan semangat saya.
Berfikiran besar bukanlah bermaksud mempunyai angan-angan 'mat jening'
Malah, berfikiran besar bukanlah untuk menjadikan kita bersikap 'takabbur' dan membesarkan diri.
Namun, ketahuilah duhai sahabat, apabila saya berfikiran besar, saya dapat rasakan bahawa saya mampu lakukannya. Saya boleh buat!
Itulah ungkapan yang selalu saya katakan pada diri saya terutamanya ketika berdiri di depan cermin. Apabila datang perasaan tersebut, maka dengan sendirinya saya akan rasa bersemangat!
Bersemangat untuk terus bangun! Bangun untuk membuktikan saya boleh buat. Malah, bangun untuk membuktikan kepada sesiapa yang ingin melemahkan saya dan mahu melihat saya terus jatuh tersungkur.
"Rise And Rise Again, Utill The Sheep Become A Lion"
Namun, saya tidak akan membiarkan kelemahan yang ada pada diri saya ini menguasai apa-apa kelebihan dan keistimewaan yang saya miliki...! Seharusnya, kita hendaklah membiarkan kelebihan yang kita miliki itu lebih menonjol dan seterusnya menutupi kelemahan saya.
I Think Big! I Got Big...!!
Bahkan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar! Menambahkan lagi keyakinan di dalam diri saya dan membuatkan saya berjiwa besar!
Sebutir permata @ berlian yang bernilai, tidak akan terhasil melainkan setelah melalui proses tekanan yang tinggi di dalam perut bumi. Begitu jugalah dengan manusia, orang yang hebat tidak akan terhasil kecuali setelah melalui liku-liku kepayahan dan kesulitan serta tekanan yang tinggi di dalam hidupnya.
Wallahua'alm
Dari Minda :
Hujjati Qalam