Pages

Dec 15, 2010

Cinta...

Cinta...





Cinta adalah anugerah. Namun, bagaimanakah kita menghargai perasaan Cinta itu? Apakah nilai yang sanggup kita bayar untuk mendapatkan Cinta?

Cinta. Ia bukanlah di pinta. Namun, ia datang sendiri. Tidak mengenal siapa. Tidak juga mengenal umur. Siapa sahaja boleh mengalami perasaan Cinta. Cuma, keadaannya sahaja yang berbeza. Hanya empunya badan sahaja yang tahu kemanisan dan nikmat Cinta.

Cinta pada rupa, tidak berkekalan. Kadang kala rupa boleh membawa bencana. Rupa juga boleh menyebabkan hati kita tidak tenang kerana asyik takut dan bimbang jika di kebas orang.



Rupa juga bisa membuatkan kita kabur dan hilang pertimbangan. Sebab itu, susah dan agak bahaya memilih rupa semata-mata kerana hidup pasti merana. Betapa banyak kes-kes orang yang kecewa apabila memilih rupa dan luaran semata-mata.

Owhh, Cinta... Betapa perit dan pedihnya penangan mu!! Namun, AWAS! Jangan sesekali membiarkan mata anda di kaburi oleh rupa-paras dalam membuat pilihan dan keputusan. Pilihlah yang terbaik, kerana kita hanya mempunyai 1 sahaja peluang untuk memilih.


Wallahua'lam


Dari Minda :

Hujjati Qalam

1 comment:

نور أميرا بنت أمينورالدين said...

yeah...berhati2 dalam memilih..smoga dpt yg solehah.amiin