Pages

Dec 17, 2010

Think Big...! You Get Big...!


Think Big...! You Get Big...!



Berfikiran besar, anda akan mendapat besar. Ungkapan ini sering kali saya guna pakai untuk menghadapi saat-saat kesukaran di dalam hidup saya. Boleh di katakan, ungkapan ini sering menjadi penyejuk hati saya dikala kecewa.

Memang tidak dapat di nafikan, dugaan dan cabaran sering silih berganti. Malah, masaalah perjuangan dan konflik dalaman sering membuatkan saya jatuh semangat. Akan tetapi, kata-kata inilah yang menjadi konkrit kepada pembangunan semangat saya.

Berfikiran besar bukanlah bermaksud mempunyai angan-angan 'mat jening'

Malah, berfikiran besar bukanlah untuk menjadikan kita bersikap 'takabbur' dan membesarkan diri.




Namun, ketahuilah duhai sahabat, apabila saya berfikiran besar, saya dapat rasakan bahawa saya mampu lakukannya. Saya boleh buat!

"Yes.... you can do it!"

Itulah ungkapan yang selalu saya katakan pada diri saya terutamanya ketika berdiri di depan cermin. Apabila datang perasaan tersebut, maka dengan sendirinya saya akan rasa bersemangat!

Bersemangat untuk terus bangun! Bangun untuk membuktikan saya boleh buat. Malah, bangun untuk membuktikan kepada sesiapa yang ingin melemahkan saya dan mahu melihat saya terus jatuh tersungkur.

"Rise And Rise Again, Utill The Sheep Become A Lion"


Memang betul saya lemah. Memang benar saya mempunyai kekurangan dan tidak sempurna. Saya akui fakta tersebut.

Namun, saya tidak akan membiarkan kelemahan yang ada pada diri saya ini menguasai apa-apa kelebihan dan keistimewaan yang saya miliki...! Seharusnya, kita hendaklah membiarkan kelebihan yang kita miliki itu lebih menonjol dan seterusnya menutupi kelemahan saya.

I Think Big! I Got Big...!!


Jadi, buat apa saya nak hiraukan orang yang cuba menjatuhkan saya dan melemahkan semangat saya? Bahkan, saya patut berterima kasih kepada mereka. Ini kerana perbuatan serta tindakan mereka yang memberi tekanan, kesusahan, kepahitan, dan kesulitan terhadap saya, menjadikan saya seorang yang matang.

Bahkan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar! Menambahkan lagi keyakinan di dalam diri saya dan membuatkan saya berjiwa besar!



Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah. Benarlah! Di dalam kesusahan (kesulitan & kepayahan) itu, terselit kesenangan (hikmah).

Sebutir permata @ berlian yang bernilai, tidak akan terhasil melainkan setelah melalui proses tekanan yang tinggi di dalam perut bumi. Begitu jugalah dengan manusia, orang yang hebat tidak akan terhasil kecuali setelah melalui liku-liku kepayahan dan kesulitan serta tekanan yang tinggi di dalam hidupnya.


Wallahua'alm

Dari Minda :

Hujjati Qalam

1 comment:

Anonymous said...

for your info, our batch motto is
"think big,start small". given by our dean. which for me, is to have big vision, ambition, aim and start with all that we have although it is not enough.

insyaAllah, all of us will succeed in our life.