Pakaian Islam
Ramai dikalangan kita yang salah faham dengan trend pemakaian zaman sekarang. Bahkan, ramai yang terkeliru dengan pemakaian yang betul-betul mengikut syariat Islam.
Hari ini, orang salah faham dengan etika pemakaian Islam. Apabila kita lihat cara seseorang itu memakai pakaian ala 'orang arab', maka dengan mudahkan kita akan mengatakan bahawa pemakaian tersebut adalah 'Islamic'.
Bahkan, sekiranya seseorang artis itu mula menggayakan cara bertudung, maka dengan cepat kita ikuti dan jadikan mereka sebagai tauladan secara membabi buta. Malah, menjadikan cara pemakaian mereka sebagai panduan.
Akan tetapi, yang sebenarnya adalah pakaian tersebut tidak pun mengikut standard yang diluluskan oleh syarak. Namun, oleh kerana pengetahuan ilmu yang kurang, maka terjadilah macam tu.
Baiklah, ingin saya fokuskan kepada pemakaian 'Tudung' dikalangan kaum perempuan. Ketahuilah, yang penting dalam pemakaian tudung adalah, ia merangkumi aspek :
1) rambut & kepala
2) menutupi seluruh dada dan bahu
Kenapa?
Kerana percayalah, apabila bahagian-bahagian tertentu seseorang wanita itu terdedah, maka sudah tentunya ia memberi peluang yang mudah untuk sesetengah orang membaca tubuh badan wanita tersebut.
Percayalah! Dalam dunia ini memang wujud orang yang boleh membaca karektor, sifat-sifat peribadi, kerahsiaan dan 'kegadisan' seseorang wanita tersebut.
Oleh itu, apabila tubuh badannya sudah terdedah, maka tiada lagi yang 'SPECIAL' tentang dirinya. Dan ketahuilah, sekiranya ada mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya, ia hanyalah berdasarkan kepada Hawa-Nafsu semata-mata. Bahkan, lelaki tersebut bukanlah mahu menyintai dirinya dengan sepenuh hati, cuma kerana terpikat dengan keghairahan bentuk tubuh badannya.
Jadi, mahukah anda, duhai para wanita sekalian mendapat calon jodoh 'Suami' or 'kekasih' yang berperangai sedemikan? Biasanya, lelaki yang macam ini adalah bersikap :
Habis Madu, Sepah Dibuang
Cuba perhatikan Gambarajah di bawah, yang manakah mengikut syariat Islam?
Dari Minda :
Hujjati_Qalam
9 comments:
yg 1st pic tu bakpe x ok?
cm ok..
bertudung tak bermakna seorang muslimah itu 'baik'. :)
menurut pandangan ulama, tudung hendaklah dilabuhkan sehingga menutupi bahagian dada.
adapun sstgh ulama hendaklah menutup muka, termasuk dilabuhkan sehingga menutupi dada.
oleh itu, secara umumnya, ulama hanya berselisih pendapat antara dua pendapat ni shj...
Salam.
To nadia : sebab gamabr tu nampak anak rambut dan bahu...
To Farah : betol... saya setuju.. namun, sudah semestinya orang yang menutup aurat itu lebih baik daripada yang tidak menutup aurat...
Cuma, bila ia melibatkan 'hati' seseorang itu, samada bersih atau busuk, kita tidak tahu melainkan hanyalah Allah yang tahu...
Sebab itu kena pilih calon yang terbaik.. nanti E-BOOK dari saya.. InsyaAllah..
To KuFaiz : thanks for ur sharing info...
yg tudung ijau tu paling menutup aurat! :)
anak rambut? xnmpak pon..
owhh..bentuk bahu x leh gk erk??
yg pic tudung hijau tu lak?
p/s: cm ssh ckit nk komen, try ubah setting blog ni, kasi sng ckit..=)
macamla perempuan bertudung tp terdedah nak ambil kisah semua nie..kita yg pkai tudung labuh dikatakan pulak ustazah..susah nak ubah mentaliti masyarakat zaman sekarang..aduhai...
BISMILLAH. alhamdulillah. assalamualaikum.
secara sedar atau tidak- mendedahkan gambar2 sebegini secara tidak langsung mengundang fitnah juga.
apakata utamakan dan kemukakan saja kalam allah dan rasulNya.
itu lebih utama.
hati manusia juga terusik dgn sekeping gambar. apatah lagi gambar muslimah bertudung dan cantik.
wallahu'alam~
Post a Comment