Pages

Apr 13, 2011

Aku Bengang!


Aku Bengang!




Kenapa kita agak risau dengan kata-kata orang kat belakang? Adakah ia benar-benar menjejaskan jumlah nasi kita makan setiap hari?

Adakah ia akan membuatkan kita semakin kurus kerana kelaparan?


Begitu bodoh sekali kita sekiranya kita membiarkan diri kita terseksa kerana kita terus-menerus berfikir apa yang orang cakap-cakap tentang hal kita dibelakang.


Wal hal, sebelum ini, di saat kita susah batang hidung mereka pun tidak nampak.


Namun, bila kita senang mudah sahaja ada orang yang berkata-kata dan mengumpat pasal kita!


Apa kejadah mereka semua ini?

Tidak ada kerja je?
Atau memang kerja mereka mengumpat dan berkata-kata buruk tentang orang?

Ahhh!!

Banganglah! Bodoh! Bahlol....!!!!


Tahi Hidung Masin!!!




Inilah ungkapan yang sering kita lontarkan apabila kita berada di situasi yang sangat tertekan. Hati kita mula menjadi sensitif apabila orang mula-mula bercakap tentang hal kita.


Namun, kita tidak sedang bahawa kita juga pernah melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Semasa itu, kita sedikit pun tidak ada perasaan malu untuk menuduh dan bercakap-cakap hal orang lain.




Padahal, kita sebenarnya akan mengalami perkara yang sama sekiranya ia berlaku kepada kita. Bahkan, lebih lagi.


Kita akan mengamuk tak tentu hala dan akan terasa mahu menikam sahaja terhadap sesiapa yang membawa mulut pasal kita.


Yang kelebihan pada diri orang, kita tidak nampak. Yang nampak adalah keburukan dan gosip tentang diri orang. Padahal, keburukan diri sendiri kita tak pernah duduk seketika untuk memikirkan.


Tiada kerja lain dalam satu hari, melainkan hanyalah bercakap-cakap tentang hal keburukan dan kelemahan orang. Diri kita yang sudah busuk dan teruk itu, kita tak perasan. Bau busuk orang yang beribu batu kita boleh berbau.


Gajah di depan mata, tidak nampak. Kuman di sebarang laut, nampak dengan jelas.


Kalau dah dasar hati busuk, nak buat macam mane. Ia pasti busuk!


Namun, apakan daya. Kita tak sedar apa yang kita buat. Memang sedap bila mengata kat orang, tapi, bila diri sendiri yang kana barulah kita kenal langit itu tinggi dan bumi ini luas.


PENYELESAIAN


Sudah menjadi lumrah dan tabiat manusia unuk melihat kelemahan dan kekurangan orang. Kita terlalu sibuk dengan hal peribadi orang lain sehinggakan hal kita sendiri kita lupakan.





Sebab itulah, seorang wali Allah, yang bernama 'Rabiatul Adawiyah' jarang sekali berbicara dan beliau banyak menghabiskan masanya untuk memikirkan tentang hal dirinya sendiri.


Ya! Memang benar sekali...!!


Apabila kita sibuk menghitungkan kesilapan dan dosa-dosa kita kelmarin, kita pasti akan terlupa untuk memikirkan tentang hal orang lain. Bahkan, dosa-dosa kita kelmarin, tidak cukup untuk kita fikirkan dalam masa 1 hari.


Tidak lagi di campur dengan dosa-dosa dan titik-titik hitam yang kita lakukan pada zaman lampau.






Ya Allah, hanya engkaulah yang tahu siapakah aku yang sebenarnya.....


Umar al-Khattab pernah menangis teresak-esak mengenangkan segala kesalahan dan kesilapannya yang terdahulu. Sayup-sayup kedengan suara tangisan anak perempuannya kita beliau melangkah pergi meninggalkan anaknya di dalam lubang.


Bahkan, hakikat kesilapan dan kesalahan inilah yang membuatkan Umar al-Khattab terus menerus berdoa dan bermunajat kepada Allah. Beliau merasakan bahawa 'Tangisan' anaknya itu masih basah dan segar difikirannya. Bagaikan semalam peristiwa itu berlaku.


Ya.... Inilah dia...





Inilah dia kuasa penyesalan!


Yang dapat memberikan kita suatu kekuatan setelah kita melakukan kesilapan.


Namun, kita tidak mampu untuk merasai sedemikian. Kerana hati kita terlalu kotor!


Hati kita terlalu keras! Bagaimana mungkin kita akan dapat memikirkan kesilapan dan kesalahan diri kita.


Malu sungguh dengan diri kita.





Sedarlah. Sedarlah duhai diri ini. Masih ada lagi sinar harapan yang menunggu dihadapan sana.


Yakinlah.....


“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)







2 comments:

ungu said...

salam..

Hujjati, ana ada satu permintaan.

Boleh tak tolong cerita sikit sebanyak tentang nikah khitbah. Isu ini agak famous sekarang ni..

Syukran..

A Garden said...

taubat, then, buat lagi..
bagaimana tu? susah btol nk tinggalkan maksiat, bla dh sebati dgn hidup. xkan nk tunggu pengajran berat dr Allah, baru nk sesal?

ya Rabb.. takut untuk berdosa, tp susah mahu tinggalkan. bagaiman ya?