Pagi ini agak berlainan sedikit kerana tidak seperti hari-hari biasa. Setelah hari-hari makan nasi bungkus sebagai sarapan pagi, ia membuatkan saya rasa muak dan bosan. Kadang-kala, memang tidak dapat di nafikan, masakan di rumah yang kita masak sendiri itu lebih sedap dari di kedai.
Betul tak?
Pagi ini, lepas saya menghabiskan roti bakar 2 keping, bersalutkan dengan jem strawberry dan peanut butter, perut terasa masih lagi kosong. Terasa ringan je tangan nak bukak semua periuk yang berada di dapur dan saya dapati nasi kosong yang semalam masih ada.
“Wah!! Nasi ada lagi nih, nak buat ape ye….?” saya bertanya kepada diri sendiri sambil mengaru-garu kepala.
Kemudian, saya membuka peti sejuk untuk melihat bahan-bahan yang ada kat dalam tu.
“Semua bahan cukup nih, so aku wat Nasi Goreng je lah….. keropok lekor pun ada ni, boleh la aku makan dengan nasi goreng nanti”
Selepas itu, saya kumpul semua bahan-bahan, antaranya :
- Bawang kecil
- Ikan bilis
- Lada
- Kobis
- Kacang buncis
- Telur 2 biji
- Garam dan Gula
- Cuka
- Nasi putih
Setelah bertarung di dapur selama 45 minit, Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya menyiapkan menu Nasi Goreng Cina ala Terengganu bersama dengan Keropok Lekor Goreng Terengganu.
3 comments:
eleh abg ashraf, ana masak lagi bes dari ni,,hehe..
tkdelaa..
wah..nampak sedap sungguh..
postkan kat cni ckit boleh?=)
huhu
To aku_insan : ye ke sedap? kalu mcm tu, ana mari umoh nta lah kekgi. boleh? lepah nta balik dari Jordan.. huhu
To flower of love : owh, tak de masalah.. boleh je.. silakan..
Post a Comment